10

Kaki Bikin



Title : Kaki Bikin
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : sit-up dan tekan tubi barang seratus dua


Pada sekian tahun, semasa saya dibangku sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah hebat.

Semasa disekolah rendah, seluar tempah yang tengah trend adalah seluar G.Q. Potongan straight-cut, ada besi dekat pinggang, lipatan dipoket depan, kaki siap lipat, bekas iron yang kelihatan sangat tajam, dan tidak lupa haruslah dari fabric bewarna striking (hijau pokok pisang misalnya). Selalunya dipadankan dengan t-shirt putih, masuk dalam, dan tali pinggang “Boy London”. Sarung lofers kulit, keluar pekan, gerenti semua awek darjah 5 kenyit-kenyit mata. Itu pun, jika kamu boleh buat rambut belah tengah, sodok tepi kasi rapat.

Naik darjah 6, seluar boot-cut kain kotak-kotak. Siapa yang tak tempah lagi, tak boleh join turun pekan ramai-ramai. Dekat pekan, ramai-ramai pergi kedai tempah, ukur seluar jeans warna biru muda, potongan sama. Kalau jeans biru muda tu sarung dengan t-shirt putih, baju kasi keluar, tegur makwe pun konfiden. Perjalanan balik dalam bas, ramai-ramai belek kad tempahan. Dalam ada tulis saiz pinggang, panjang, dengan bukaan kaki, lepas tu ada dilekatkan sample kain.

Bila sudah naik tingkatan, masih panas lagi seluar boot-cut. Kali ini dia mengalami beberapa modifikasi pula. Eksperiman mula dilakukan pada seluar sekolah. Poket tepi kasi poket jeans, poket belakang buat lidah bentuk levi’s, bukaan kaki kalau tak 23” boleh kena hina dengan rakan-rakan seangkatan. Ada yang letak besi pinggang, poket kecil untuk pen, poket tersembunyi, dan zip dilutut yang kalis pandangan. Semua modifikasi mengikut tahap imaginasi masing-masing. Tapi saya kekal dengan keterampilan yang boot-cut-asli-tak-kecoh-sangat. Oh~ tidak lupa, kasut pallas jazz, atau penguin.

Beberapa tahun kemudian, jenis potongan baggy mula muncul. Kedai-kedai tempah, sudah ada yang mula menyediakan baju dan seluar tempah siap jahit. Seluar dan baju mereka lebih bersifat budak nakal. Ada tag kecil di seluar yang tertera nama mereka. Baju sekolah pula, kalau masuk dalam, cikgu tak perasan. Kalau keluarkan, boleh nampak corak-corak tribal dan nama jenama menutup bahagian bontot. Untuk perempuan pun ada, baju kurung lengan siap sensing sampai siku.

Kali terakhir saya menempah seluar, pada tingkatan 5. Baggy pinggang saiz 34”, padahal masa tu pinggang baru 29”. Semua kerana fesyen.

Sekarang pakai seluar, baru saiz 30”, eh~ 31”, eh~ ke 32”? Takkan nak kena pakai seluar masa tingkatan 5 balik kot?

Pada masa ini, semasa sudah habis sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah berperut hebat.

13

Apa kata cutter?



Title : Ikhlas Membunuh
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : lipat kaki belakang tengkuk.


Bayangkan situasi ini.

Kamu sedang memandu kereta, dalam keadaan gopoh-gapah. Tunang kamu ditempat duduk sebelah sedang makan jajan. Kamu sedang berikan teknik terbaik pemanduan selama ini. Seluruh pengalaman memandu kamu curahkan, sudut selekoh kamu minimakan, bagi mempercepatkan gerakan. 110km/j, itu hadlaju mengarut.

Sampai disatu selekoh yang radiusnya sedap layan. Kamu bersemangat. Radio berkumandang lagu dari PCD, kamu mula perasan seperti lewis Hamilton. Nicole sherzinger sedang menyayikannya untuk kamu. Tunang kamu di tempat duduk sebelah, masih makan jajan.

Masuk selekoh, kamu sengetkan kepala melayan inersia, tekan pendikit minyak. Pegang stering sebelah tangan. Kamu elak setiap lubang yang ada, walau sebesar batuk kuman. Kamu tahu, lubang-lubang itu tidak menjejaskan pemanduan, kamu sengaja untuk buktikan kepakaran.

Tiba-tiba tunang kamu hulur jajan kemulut. “nah makan” katanya.

Bayangkan,

Selekoh-laju-sambil-elak-lubang-dan-makan-jajan. Adik-adik, jangan tiru aksi ini dirumah, sila tiru dijalan raya.

Tak semena, senikata diradio berkumandang “I hate this part right here..” kata PCD.

Nicole cemburu agaknya.



P/S:: ‘Ikhlas Membunuh’ design proposal bagi sebuah kugiran bawah tanah, Tools of The Trade. Kugiran muzik teknikal kisar dan bermain pantas ini sangat mengilukan. Bayangkan bunyi besi kena kisar. Pedih…Dan ianya akan ditempekkan ke baju, ditambah dengan tulisan tajam-tajam dan darah merata tempat.

Berita terkini, mereka tolak design ini. Kurang kejam katanya.

16

Otakkapasitirendah tiga dimensi




Title : Otakkapasitirendah yang bongkah
Medium : paper, pen, marker and photoshop
Technique : Meletupkan jemari


Susulan peristiwa tanah runtuh baru-baru ini, makcik-makcik ofis sudah semakin lancar dalam bidang pembinaan. Sudah kenal dinding gabion, pengagihan beban rasuk, struktur dan komposisi tanah, rezab hutan, dan lain-lain. Kisah rumahtangga Baby Babadi dan Moron Hakim sudah tidak “ummmph!” lagi. Maka, tunggulah saya selama 30minit untuk satu urusan pos laju, demi membenarkan makcik sekalian berkongsi ilmu pembinaan ketika bekerja.

Ingin saya tambah sedikit ilmu-ilmu makcik sekalian ya. Bagi arkitek, jurutera, juga jurukur, mereka mempunyai singkatan bagi profesion masing-masing. Ar. (Arkitek), Ir. (Jurutera) dan Sr. (Jurukur). Dan singkatan ini akan diletakkan pada pangkal nama masing-masing (contoh: Ar. Polan Jr. bin Polan). Apabila sudah faham yang ini, kita maju lagi.

Secara maklum, kita tahu ada beberapa pelakon Malaya yang juga seorang arkitek. Contohnya, Azhar Sulaiman, dan Afdlin Shauki. Tahukah makcik-makcik sekalian, seorang lagi artis juga bergelar arkitek?

Kenal A.R Badul?



P/S:: Otakkapasitirendah sudah setahun pada 12/12/2008. Ah!~ lihat ada bunga api letup-letup.

11

Flora, Fauna Dan Manusia


Title : Flora, Fauna Dan Manusia
Medium : A3 paper, pensil, pen, and photoshop (brushes)
Technique : Mencipta erti seksi menggunakan minda.



PERHATIAN! GAMBAR RAJAH DI ATAS SEBAGAI PELARIS BLOG INI.

Pulang beraya tempoh hari, saya bertemu dengan satu-satunya sepupu yang membaca tulisan saya disini. Bercerita dari kisah sama-sama membesar dulu, kutuk sepupu lain, hinggalah ke cerita “Pelaris”. Bila saya bertanya samada beliau pernah melihat jenis-jenis pelaris, dia kata tidak. Bila giliran saya ditanya pula, saya jawab, “Pelaris tu, ialah PELARI yang ditambah konsonan ‘S” dihujungnya”.

Apa cerita?

Cuba sebut “S” depan Mat Saleh perempuan, tengok tangannya yang mana singgah kat pipi kamu dulu? Kalau tangan kiri, maknanya dia kidal.


~Flora, Fauna dan Manusia~

Indah nian ciptaan,

Seindah serangga dan pepohonan,

Manusia senantiasanya iri,

Maka yang indah dibawa lari,

Didirikannya ciptaan,

Dari tangan-tangan,
Yang menyebab korban.




P/S:: Bagi saya pelaris haruslah sesuatu yang indah di lihat, macam pepatung.

8

Otakkapasitirendah Pandangan Dari Awan



Ini LOGO, seeloknya diletakkan seperti header mukasurat diatas? (Kelihatan penulis mengalami kesukaran meletakkan ia ngam-ngam dalam kotak disediakan) Parkinson mungkin. Bukan Parkson!







Atau letak atas baju? Hitam..Fuh~









Kalau kaler merah pula? Peh! Apakan daya?





P/S:: Pa Cite~? Pe de hal? Pe la lu?

6

Bingkai Maya (model sedia lawa)


Title : Itu semuanya disana kekasih

Medium : Photos and photoshop

Technique : Gambar berbingkai yang mahu dibingkaikan



Kekasih,


Disana,

Ada insan yang terkorban, ada tanah yang diceroboh, ada anak yang yatim, ada bayi yang piatu.

Disana,

Ada alam yang yang tercemar, ada sungai yang kontang, ada ais yang mencair, ada taufan,tsunami,gempa dan bencana.

Disana,

Ada mereka yang berebut kuasa, hilang sifat timbang rasa, insan-insan yang semakin gila, insan yang insane.

Disana,

Ada penindasan agama, tinggi rendah nilai kaum, sistem dunia yang rosak, orang yang tamak, akhlak yang punah secara mutlak.

Disana,

Ada kebenaran hanya khayalan, culik, bunuh, rogol, bakar, peras, dan ugut, seleweng.

Disana,

Ada perang antara saudara, perang antara jiran tertangga, perang merebut kuasa.

Disana,

Semuanya hampir punah, musnah.


Disini,

Aku jumpa bahagia,

Dalam,

Suam pelukan erat.

...mu.



P/S:: Ehem…ehem…bingkai la, bukan bangkai!

9

Stesen Kerja


Title : Stesen Kerja
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Menjawab TAG!


Ini kali ke-3 dia TAG saya, dan siap cakap lagi, “kalau rajin boleh lukis”. Apa dia ingat mamak ke? Main oder-oder? Akibat tidak membalas TAG ke-2 beliau yang lalu, maka saya dengan relanya membalas yang ini. Jangan tuduh saya tak friendly ok.

Arahannya, tangkap gambar work station anda. Dalam kes saya, lukis gambar stesen kerja saya. Arahan ke-2 saya tak mahu ikut.

Merujuk gambar, saya ada 2 stesen kerja. Gambarajah atas ialah stesen kerja dirumah, yang mana meja computer itu hasil kerja tangan sendiri, diberi nama jolokan “Meja computer yoga”. Gambarajah bawah pula stesyen kerja di pejabat. Dan kalau anda bijak sila jawab soalan objektiv ini:

Apakah profesyen saya merujuk pada gambarajah stesen kerja yang bawah?

A. Pencipta pemandangan selepas taufan
B. Penternak lipas dan tikus secara komersial
C. Pengumpul kertas-kertas terpakai
D. Pembekal tempat untuk menyorok ketika solat jumaat
E. Semua diatas + PEMALAS





P/S:: Saya mahu TAG encik altraboy. Sila sujud syukur kerana kamu terpilih. Kalau tak puas hati, call kosong satu dua puluh enam, tiga ratus tiga puluh lima, tiga ratus lapan puluh enam.

8

Ayu tapak binaan




Title : Ayu Tapak binaan
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Kepala Hotak Berjambul

'

Ayu,
Bagaikan,
Tapak binaan,

Sentiasa rela,
Diteroka gunung-ganangnya,

Tidak endah dipalam cerucuk,
Apa saiz pun masuk,

Ayu, gemarkan Ilmu Hisab.

Tiada kali berhenti,
Menegakkan tiang-tiang seri,

Tiada pernah terngadah,
Walau dicurah simen ke lurah,

Ayu,
Bagaikan,
Tapak binaan,
Demi hidup mewah,
Tanpa maruah.

P/S:: Tapak binaan bukan tapak sulaiman.

6

Bawa Mulut



Title : Bawa Mulut
Medium : paper,pen and hurm….photoshop
Technique : discolour fusion, enamel embrace, plus e-9.


Mak Tom stoking, seperti biasanya, duduk di pangkin pokok mangga. Ditangan kirinya menyimpul sireh. Tangan kanannya melambai-lambai, takala terpandang Jefri Plastic Surgery melintas malas di halamannya.

“Ape yang lembik sangat tu? Meh la singgah dulu” dia menyapa, sambil stoking kakinya dibetul-betulkan. Akalnya, Mak Tom Stoking, mahu tahu cerita panas Jefri Plastic Surgery. Dengar-dengarnya, Jefri Plastic Surgery nampak Kak Nab Mekap pakai push-up.

“Cerita la kat Mak Tom, cerita panas kau tu” pancing Mak Tom Stoking, sebaik Jefri Plastic Surgery melabuh punggung bikinnya. Jefri Plastic Surgery mencebik. “Dah agak dah, bukannya nak tanya pasal tulang serviks baru otter saya ni?” sambil memintal bucu beg plastiknya.

Dua, tiga hari sudah, Kak Nab Mekap datang mengadu dekat Mak Tom Stoking. Satu kampung kecoh dia pakai push-up, sebab nak mengurat Lebai merdu. Lagi heboh, bila ada yang tambah dia sumbat tisu. Datang Atan biskut anak Mak Tom Stoking pula, katanya, dia nampak Jefri Plastic Surgery bawak mulut sampai ke baruh. Makin panas push-up Kak Nab Mekap.

“Betul ke kau yang punya kerja ni Jefri?” sapa Mak Tom Stoking lembut.

Ceritanya, 3 hari sudah, Jefri Plastic Surgery melaram dengan Myvi barunya. Juah hatinya, bawa kereta sambil julur kepala luar tingkap. Entah macam mana, angin deras, ter”bluek” jatuh, mulut bikin Jefri Plastic Surgery dari soketnya. Gelabah dia mencari, dijinjingnya sampai ke baruh. Dr. Gopal anak lelaki Lapog cakap, dah sampai masa, kena tukar baru. “Ni ha, dalam plastic ni saya baru beli, ada yang macam Angelina jolie, Jessica Alba, yang macam Lebai merdu pun ada.”

“laa..jadi betul la kamu ke baruh bawak mulut?” tanya Mak Tom Stoking yang terkekeh sambil hidu stokingnya. Bengang benar Jefri Plastic Surgery, cerita tulang serviks dan Myvi barunya tak up langsung.
.
Esoknya kecoh, Kak Nab Mekap nenennya tumbuh mulut. kiri Angelina Jolie, kanan Jessica Alba.






P/S:: Saya dahagakan komen…..jangan biarkan pelukis ini kontang. Sila beri komen membina'sakan' kalian.

5

Gajah Lelaki

`
.




Title : Elephant:Man
Medium : photoshop and brush
Technique : rebonding




Elephant:Man
The important function of an elephant inside every of us (man):Important:Yes:Very


Keberkesanan sistem ekonomi yang diamalkan oleh en. Bijan pada masa ini telah sedikit sebanyak terbukti. Apa yang amat ditakuti oleh kebanyakan peon-peon, bisnesman atau women, pesara-pesara kerajaan, pengarah, machai-macahi picisan, juruteknik, peguam, hakim, pemakan suap dan segala jenis pekerjaan nin- to-five, kini kembali tersenyum. Kes ini tidak melibatkan suri rumahtangga, dan pekerja syif malam. Sebaliknya, mamak-mamak mula berniaga dengan kurang ikhlas, ludah dalam kuah atau titiskan sebaldi peluh kedalam masakan mereka. Ini semua kerana,

Harga roti canai turun!

Sepatutnya hampir seluruh warga Malaysia-sia bertempiak “HOOray!”, betullah, ekonomi kita sudah stabil.





P/S:: Saya mula mengorek karya lama-lama untuk di letak disini supaya tidak kosong, agar kamu semua tak tuduh saya blogger yang tidak true. Saya juga masih berhutang satu design untuk sebuah kugiran. Maaf jika terlewat, saya agak ribut semusim dua ini. Saya akan kembali komited selepas ini, simpan dalam minda semua.

6

Kukuq Kepala




Title : Kukur kepala
Medium : Paper + Pen + photoshop
Technique : lukis atas kertas, scan beberapa ketika, colour dlm photoshop dan save as.


Siapa yang tak pernah melihat alat tradisional yang ala-ala kuda berkepala duri seperti dirajah, saya umumkan anda sebagai hingusan atau terlalu kebandaran. Yang pernah nampak tapi buat-buat tak tahu, “babboon-lupa-diri-dan-perasan-muda” saya gelarkan pada kalian semua. Itu ialah kukur kelapa, dulu mak bapak kamu semua kalau parut kelapa, nak buat santan, akan bertenggek atas kuda punk ini la. Kalau terasa nak tengok kat muzium, masuk ikut pintu depan, pergi terus, pergi kiri, lepas tu straight lagi, and then pergi mati. Apahal, kukur kelapa pun tak tahu, tak kampung langsung!

* *

Sesi soal siasat bersama Profesor serba-serbi:

+ Kalau pergi mamak dan oder Roti Pak Lah, dapat roti apa?
= Roti kosong.

+ Kenapa roti kosong?
= Sebab Pak lah tekde telor, nak jadi roti telur.

+ Kalau air Pak Lah pula, air apa?
= Air cuci tangan. Sebab lepas ni, dia makan nak kena suap sendiri.







P/S:: Saya mahu tidur, esok nak bangun awal breakfast roti pak lah, kat kedai Romlah.

6

Bila Bijan nak naik roti






Title : Bila Bijan nak naik roti
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Tarik clutch, Cungit gear, ZuuuuuPpp!


Aku dah naik bisul mata, selak sini, selak sana. Orang sekarang pakat mengata merata. Macam dah lumrah, semua orang salah. Sumpah! Ludah nanah! Muntah melamine ke tanah! Yang nak turun orang tak nangis, yang nak naik tak habis-habis tabur najis. Yang si Bijan nak pukul si Hal, sebab si Hal dah tak tau nak beza mana yang halal.

Garu lutut ingatkan gatal, rupanya pijat lompat bantal. Raba sini, raba sana, cari nadi tak jumpa. Tekan tengkuk barat daya, cuba kira denyut tuanya, sudah hampir hilang sisa remajanya. Tapi masih belum jatuh citarasa, mahu semua luar Negara. Pernah sekali cuba yang Mongolia. Cerita lama, dah bercampur tipu dengan rahsia.

Pagi bangun berdiri, ingatkan dah jadi menteri kepada menteri, rupanya kat situ lagi. Raba nadi, rasa denyutan terkini, manatau ada feel luar biasa, macam dah tiba masa capai cita-cita. Tangan dok melambai kot depan, merah-merah macam setan. Mesti get ready, baru nampak steady.

Dulu suka main meriam, sekarang dah kena pegang uang. Ape jadah kau bagi pinjam duit aku, dia dan kami kat kompeni yang menjunam? Banyak cantik kau punya kurap? Kalau bankrup, baru nak menjawab tergagap-gagap.

Alahai si Bijan, bibir merah jambu nak jamin masa depan. Yang takde kena-mengena tak payah risau, jangan harap dia nak hirau. Dapat isteri si gila nama, muka macam coli pasar malam, mana ada hati bijan nak palam. Dapat pangkat, dapat darjat, dapat syahwat, rembat sampai penat. Tunggu saja masa, semua yang kau mahu ada depan mata. Yang salah jadi rahsia, yang tipu jadi berita.

Jangan letak bijan atas roti, intinya dah cukup basi. Aku mual makan hati, bagi janji berkati-kati, sampai hati. Kalau dah menteri semuanya kurap, ada tangan tapi makan bersuap. Cikgu agama pernah kata, “belajar memberi bukan menerima”. Kalau kau dah tahu memberi, baru kami fikir nak terima.
Itupun jika kami tak lupa.

18

Jangan call, Saya Engaged





Title : Cinta separa bersatu, dan aku adalah telefon bimbit yang kehabisan kuasa
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : kolarburit (apasal bunyi mcm mencarut?) bersama enchik ledisodre. Terima kasih paling istimewa buat beliau



Ya, mungkin, kita berbeza, dan ya, kita berselisih faham setiap masa, dan ya, ada masanya aku tak sanggup memandang matamu, tiap kelipnya adalah prasangka. Dan ada saatnya aku tak sanggup lagi mencerna kata-kata dari kita yang curiga.

Menilai tiap apa kurangnya kita, sedangkan manusia akhilnya tak akan sempurna,Tapi kau perlu tahu, kekasih, aku lebih tak sanggup hening hari-hariku tanpa mendengar suaramu, dan aku lebih bangsatkan saat-saat yang tanpa kita berdua. Sedang pertengkaran antara kita, adalah melodi jika aku bersendiri. Seribu waktuku tak akan sunyi, jikalau kau sentiasa disisi,

kanan atau kiri.

Dan kau juga perlu tahu, bahawa setiap perbezaan antara kita itu adalah kuasa yang mengikat hati kita bersama; kekurangan kita bagai nota-nota orkestra, yang bercantum menjadi irama bahagia. Maka kau perlu percaya, kekasih, bila aku katakan, aku ingin memilikimu,

Memilikimu, dan kekuranganmu. Setiap inci darinya.

Sah, dan ya. Aku bekata, tanpa syak wasangka.


(~ ledisodre + otakkapasitirendah)




Kau sebagai platlet darah,
Yang mengalir kedalam tubuhku,
Nadiku adalah suaramu,
Yang membuat darah itu,
Mengisi setiap ruang anggota
Kehadiranmu adalah jantungku,
Yang menafikan kematianku,
Kau yang membuatkan aku terus hidup,
Untuk mencintaimu terus,
Dan kau mengizinkan ia.

(~ otakkapasitirendah a.k.a Maiden & Khamarul)



P/S:: Hari ini saya ialah sebuah telefon bimbit, yang sudah tiba masanya kehabisan kuasa bateri. Maka, hari ini 25hb Oktober 2008, jika sesiapa cuba menghubungi saya, kamu tak akan berjaya. Kerana “Hari ini saya ENGAGED”.

5

Kehidupan adalah sekotak kematian



Title : Kehidupan adalah sekotak kematian
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : hasilkan bunyi "KRAKK!" dengan jemari
-
-
-
Entah lah, mungkin saya sudah amat kurang masa. Kurang waktu, bukan masa depan.
Dalam kotak pemikiran ini dah beratur benda nak dilukis, tapi semuanya hanya mampu makan hari berulamkan masa sahaja. Lebih bikin panas, bila kelakuan aib diri sendiri dibenarkan dirakam dan di pertontonkan. Apa ke terencat mereka ini. Itulah tarian sampan, mutasi dari tarian samba ye adik-adik. Jaga tiru aksi itu dirumah, jika ada maruah.
-
-
-
Kalau kalian perasan mamat yang tergelek-gelek yang agak lucah tadi, dia adalah pengetuk deram bagi kugiran Infinite Delay. Kelakuan tidak bermoral beliau itu, adalah kesan sampingan apabila saya tidak mahu buat design baju kugiran beliau. Akibat tidak mahu kawan saya jadi cacat, maka saya buatkan juga.
-
-
-
Jadi adik-adik, dapatkan baju kugiran ini bila keluar nanti. Ada ura-ura dalam perahu mengatakan, ianya akan mula dijual pada 26 haribulan ini, di gig menyambut Conquest For Death (kugiran USA) bertempat di dewan MCPA. Warna baju dan design mungkin berubah.
-
-
-
Selain design itu awesome, kugiran Infinite Delay juga adalah kugiran permainan laju bercorak abstrak yang tersendiri, dan tidak akan mampu ditandingi mana-mana kugiran lain, termasuk HUJAN. Kecuali perangai pemain derumnya yang kurang sopan dan agak terencat peringkat ke-3.
-
-
-
P/S:: .....................................................huuhu! takde P/S, anda tertipu........................huhu!

8

Berak Disaster


Title : Berak Disaster
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Mengingati laluan untuk pulang.

Jam kakiku tepat pukul 9. Ketika aku mula memandu, keadaan sudah gelap. Ini bermaksud pukul 9 malam, bukan pagi lagi. Tiba di sebuah simpang, aku lihat sebiji timun berlendir ditepi jalan, lalu aku kutip. Rupanya se-ekor gamat sesat, hanya ada se-ekor sahaja?, mana yang lain?. “Oowh..” aku baru sedar, ini la SEGAMAT.

Jam randikku tepat pukul 9.45. Keadaan diluar masih gelap, malam lagi agaknya. Aku ditahan sekatan jalan raya. Turun cermin, mati radio, aku tanya kenapa. “kamu dah fikir masak-masak ke nak teruskan pejalanan ni?” tanya berbalas tanya. “dah” jawabku ringkas, “yang ini je mentah” sambungku lagi sambil telunjuk tepat pada gamat kutipanku tadi. “Memang sini je mentah” balas beliau. “kalau nak keluar dari kawasan ni, kene fikir masak-masak dulu” kata beliau lagi. “Oowh..” aku baru sedar, ini la JEMENTAH.

Aku meneruskan perjalanan.

Jam talifon bimbitku menunjukkan angka 10.15. Setelah 1jam 15minit, keadaan masih lagi malam, belum pagi lagi. Dari cermin pandang belakang, aku lihat sebuah kereta peronda merapatiku. Tuan polis tadi cuba mengejar aku? Apa pula salahku? “berhenti, tinggalkan benda mentah tadi di jementah” suara dari kereta peronda tadi. “owh! Tidak, gamat mentah ini milikku” aku terus menekan pedal minyak serapat rambut mawi. Aku larikan diri. Polis yang ketinggalan terus bertempik “Tangkak dia, tangkak!” terlepas slanga kelantannya akibat tergocoh. “Oowh..” aku sedar lagi, ini TANGKAK rupanya.

Aksi kejar mengejar belarutan hingga ke lebuh raya tambah (PLUS) utara selatan.

Dengan bantuan trafik yang sendat, aku menyelit untuk menjauhkan diri. Tiba disuatu tempat, airnya agak keroh. Lalu aku menangguk di AIR yang KEROH, namun mereka masih mengejarku. Dihadapan sedikit, aku menyusuri ALOR kepunyaan GAJAH, tapi mereka masih perasan. Usahaku hampa.

Setelah 45minit mereka mengejarku. Salah seorang dari mereka cuba menyemburku menggunakan penyembur lada dari tingkap sisi. Akibat kebodohan beliau, dan bantuan angin lintang, semburan itu mengenai mata beliau sendiri. “PEDAS, PEDAS!” jerit mereka. Jam randik dan kakiku menunjukkan pukul 11.00. Malam masih lagi malam, “Oowh” aku baru sedar, kini aku di PEDAS.

Setibanya aku disebuah tempat, kelihatan sebiji senjata api ditepi jalan. Kereta polis sudah makin dekat. Dalam terdesak, aku menggapai senjata api tersebut, halakan kearah mereka, aku tarik picunya. “Cis! Aku ingat senapang, rupanya SENAWANG” aku kembali memecut, dari jauh kedengaran polis-polis tadi terkekeh-kekeh menahan tawa.

Akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri. Terima kasih tak ternilai kepada anak kemaluan lelaki (Dickson). Kerana memberi aku sembunyi di ‘PORT’nya. Bantuannya tak ternilai hinggalah apabila aku sampai di NILAI.

Dari situ aku susur keluar ke lebuh raya menuju ke Klang. Sehinggalah aku terjumpa seorang Punker yang duduk seorang diri di bahu lebuh raya. Aku berhenti, aku tanya apa kes duduk situ sorang-sorang? Sambil meludah dia menjawab “Inikan SEPANG, mana boleh ada ramai-ramai punk”. Jawapannya aku terima, nasibnya sama seperti gamat tadi.

Tidak lama selepas itu, dari jauh kelihatan polis yang mengejarku tadi duduk diterpi jalan. Kereta bersiren merah kuning mereka tertonggeng didalam jurang. Aku turunkan cermin, mati radio. Bila sudah menghampiri mereka, aku mengata “Haa..tu la, orang DENGKi dan degIL macam korang ni, memang patut tersadai kat DENGKIL ni!” setelah mengucapkan padan muka, aku meninggalkan mereka terngaga.

Jam dipapan kenyataan digital lebuh raya, tepat menunjukkan pukul 11.30. Aku menguap ngantuk tanda masih malam. Susur keluarku seterusnya di USJ, aku menuju kebelakang. Harapku bila kebelakang, aku bakal jumpa konsonen yang sebelumnya, USI, USH…..hinggalah aku bakal tiba di USA, dimana tempat asalku. Tapi, tekaanku menyimpang. Aku terkandas dijalan yang dipenuhi matahari, dan akhirnya aku ditangkap oleh matahari berjawatan polis. Polis matahari itu kata “Kamu ditangkap, kerana tidak menggunakan jalan yang ditetapkan, ini SUNWAY bukan MANWAY”.

Waktu masih lagi malam, aku tidak tengok jam, tapi aku tahu waktu masih malam. Malam itu mata aku pejam, di mahkamah matahari. Yang mana hari-hari aku bakal mengkerekot, di MENTARI COURT.



P/S:: Gambar rajah dan cerita seribu peratus tidak punya kene dan mengena. Lukisan ialah versi kedua karya Tank Are Hard To Make ‘U’ Turn. Tajuk sekundernya pula, Berak Disaster akibat banyak makan ketupat.






3

Snek untuk perantau


Title: Ding Dang Perantau
Medium: Image and photoshop, dan imageku yg bersih
Technique: Balik Kampung wei!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAFKAN DOSA BETA YANG SIKIT-SIKIT ITU, DOSA KAMU YANG BANYAK SANGAT ITU, BETA DAH MAAFKAN.


Kepada mereka yang terpaksa menderhaka pada ibu bapa, tidak pulang ke kampung disebabkan pekerjaan, tiada pengangkutan, kena tipu dengan ulat bas, terlajak tido atau merajuk, juga yang belajar diperantauan, tidak ketinggalan juga yang cuba menjiwai lagu P.Ramlee, sehingga kamu ambil keputusan beraya sebagai perantau. Dengan ucapan, "raya kat kampung BEST wooo..." dan kad raya ini, khas buat kamu sekalian.

Kepada yang tidak terlibat, selamat bergembira. Tiada kad raya untuk anda.



Salam ibu dapat lima ringgit,
Salam ayah dapat sepuloh,
Salam kakak dapat kurang seringgit,
Salam saya, sori liposen berkarat, tangan berpeluh.




P/S: Kepada mereka yang mahu menghantar kad raya maya kepada saya, sila kirimkan kealamat ini, kha_marulisme@yahoo.com. Dan duit raya ke akaun ini, CIMB 089000121688120009.

9

Proposed cover for "Happy Little Creatures" compilation CD



Title : Proposed cover for "Happy Little Creatures" compilation CD
Design by : Otakkapasitirendah
Art Director : John Hafiz



Setelah selesai perjumpaan dengan konon-konon art director, enchik john pervert hafiz.
.
.
Seminggu masa diberikan, lalu siaplah cadangan kulit CD seperti terhidang diatas. Begitu menggagumkan sekali hasilnya bagi beliau, tapi hampir tiada apa-apa makna bagi si bakat seperti saya.
.
.
Seminggu masa diberikan, kepada si art director merealisasikan contoh maya kepada realiti. Dari editing, printing hinggalah kepada hasil akhir, semua beliau buat. Tugas art director disini, lebih kurang seperti balaci. Tetapi beliau senang begitu, kerana sekurang-kurangnya ada juga pangkat, dari terus-terusan menjadi pengalah (loser).
.
.
Dua minggu, masih tidak siap.
.
.
Tiga minggu, ada masalah teknikal dari pihak printing.
.
.
Final,
.
.
Design diatas sama sekali diubah, tiada aksi lipat-lipat istimewa lagi. hilang nilai seni. Art director mana yang buat ni?
.
.
OOOOO......patut la.

5

Muntah vegetarian (design baju T Foliage)



Title : Muntah vegetarian (design baju T Foliage)
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Memintal buih

Lapan hari saya tidak kemukakan apa-apa entry, jangan tanya lagi, saya malas.

Seperti rajah diatas, adalah design baju T untuk kugiran bawah tanah berketuakan kelasi kaya yang tidak kacak. Gigi kapaknya sudah patah satu, tetapi kekayaannya men’deny’kan kepatahan itu dengan kos RM1,500. Walau sudah tidak rongak, dia tetap tidak mampu jadi kacak, so, what’s the point? Sama saja seperti buat pertukaran kerajaan tapi sistem tidak berubah. Pembaziran.

Dengan lengan besar seperti popeye akibat menjadi kelasi, dia mengugut saya men’design’kan baju T kugiran beliau. Saya yang tergamam melihat tattoo sauh dibahu beliau, terpaksa akur. Kerana lengannya saja besar dan bahunya keding, sauh itu kelihatan seperti mata kail.

“Foliage” dalam bahasa saintifiknya ialah dedaun. Maka manusia muntah akar, manakala kepalanya dijadikan pasu menanam tumbuhan, adalah pilihan saya. Dia gembira sambil melompat tinggi apabila ditunjukkan design ini. Saya kemudian mengambil kesempatan, membuat tumbukan sauk ke jejunum beliau semasa beliau mahu landing. Resultnya sama seperti gambarajah diatas. Muntah vegan.





P/S:: Jangan lupa beli baju ini bila keluar nanti, bukan kerana anda support kugiran ini, tapi kerana design saya.

10

Kerastangan



Title : Cita-cita tak kesampaian
Medium : Chopping board, mesin pengukir manual, kertas pasir
Technique : Menunggu waktu berbuka


Segmen baru kita hari ini adalah pengganti sengmen Mentari Ink sebelumnya. Mentari Ink terpaksa saya berhentikan seketika kerana menghormati bulan puasa. Tak baik buat tattoo bulan-bulan puasa ni, susah nak sembahyang terawikh. time sujud terjongket kain pelikat, terpampang tattoo harimau, ada yang imam suruh saya sedekah more tiap-tiap hari.

Karya kerastangan diatas telah saya buat pada bulan puasa lima tahun sudah. Sebelum saya menjadi pakcik lagi, dan sebelum ada sedikit pun niat gatal nak bernikah lagi. Ini adalah kali pertamanya saya gatal mencuba kerja-kerja yang boleh mendatangkan habuk tebal, tak berapa seronok juga, walau hasilnya membanggakan selaku beginner, namun aktiviti menyapu hampas-hampas kayu setelah selesai, sangatlah Hampas sekali! tidak sesuai bagi mereka yang malas.

Habuk-habuknya sangat susah nak disapu, kita tolak kedepan dia terbang semula kebelakang dengan lebih garang. Kalau kita buat laju-laju, impak terbang kebelakangnya bisa masuk ke ruang-ruang terbuka dan seterusnya membatalkan puasa. Rasanya tidak sedap, seperti Hampas!

Tajuk karya ini ialah "cita-cita tak kesampaian". Kerana saya yang langsung tidak reti bermain papan selaju ini, sangatlah bercita-cita mahu fasih mengawal benda alah itu. Saya juga yakin, jika saya bergaul dengan kawan-kawan yang into papan selaju ini, dengan permulaan umur yang betul. Saya sudah bergelar Datuk dan mendapat pencen RM3000 sebulan, kerana pasti sangat saya dah berjaya mengharumkan nama Negara seharum pewangi Airwick. Pasti juga saya sudah punya permainan video "pro skaters" atas nama saya sendiri.



P/S:: Setakat ini, saya hanya mampu oley setebal duit syiling lima puloh sen. boleh beat ke?

13

Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.



Title : Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Parkir sisi dibahu jalan.


Pasti, saya sangat pasti. Persoalan yang bermain di minda setiap dari anda, “Adakah itu Bendera Negara Kita?”


Jangan salahkan anggapan kamu, dan jangan salah tafsirkan ia. Kerana mampu membawa pelukis kesayangan kamu ini ke dalam penjara.


Ini sekadar pencetus pemikiran, maka fikirkan. Saya sayangkan Negara ini yang telah pun merdeka. Walaupun hanya merdeka pada dalam minda kita sahaja. Kerana merdeka kita telah dipolitikkan mereka.


Hakikatnya, dalam pandangan saya, kita merdeka dari penjajahan. Tapi dijajah semula oleh kebusukan aturan, ketamakkan bajingan yang korupsi, penyelewengan dan undang-undang yang dicipta sendiri. Semua dibawah nama yang kotor. Kuasa politik yang keji pada masakini.
Politik yang tidak lagi asli, kita ditipu oleh phsycology mereka-mereka yang mengaku sejiwa, sedangkan rakus merebut harta. Sandiwara dipentas realiti yang telus mementingkan diri. Mereka ini yang membuatkan pejuangan asal itu menjadi keji. Sekeji najis babi.


Perhati, mari semua perhatikan. Setiap inci perjuangan mereka. Adakah kita masih merdeka? Atau merdeka hanya pada nama? Sedangkan kita terpenjara dibawah payungan bendera tercinta kita, yang setiap motifnya membawa maksud kesejahteraan, kemakmuran, perjuangan, kedaulatan dan perpaduan. Atau itu semua sekadar sejarah asal kemerdekaan kita yang kian dimamah sigila kuasa?


Seperti persoalan awal pada minda kamu sekalian semua. “Benderakah?”,“Bendera Malaysia kah?”. Jawab saya “Tidak, itu hanya silap pada mata kamu”.


Dan sila jawab persoalan saya ini pula.

“Merdekakah?”
“Merdekakah kita semua?”


Adakah jawapannya sama, seperti jawapan saya untuk soalan kamu sebentar tadi.






P/S:: Saya kehilangan pen kesayangan dan kini tidak punya laptop. Seperti disebut tadi, adalah alasan kelembapan entri-entri terkini. Jangan putus harap, saya seorang yang merdeka, pasti saya akan usahakan caranya. Oh~ sebelum saya terlupa, sila baca tulisan diatas dengan ritma rap.

14

Panorama Dasar Terbuka


Title : Biasa dia ni, nak kena ni.
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Sula dengan teknologi terkini


Panorama diatas ini, sudah menjadi benda biasa di Malaysia.
Jangan tengok lama-lama, nanti rasa rimas. Yang sejenis pula mungkin mula meramas. Ramas buah manggis atau kedondong mungkin perbuatan dibenarkan, ramas buah begentangan didalam kerandut sendiri dan mula terangsang, adalah dilarang didalam blog ini. Nak ramas masa baca blog watak lain saya benarkan.
Yang perempuan pun nak ramas juga? Boleh, dan jangan lupa pasang telefon tigaG anda dan rakam, beri pada teman lelaki yang sedang kusam, suram dan muram. Gerenti beres! Betul kata abang-abang sKRU.



P/S:: Jangan kata lukisan saya lucah, benda macam ini dah boleh bawak pergi masjid, pegang Al-Qur’an dan masuk TV kerajaan.

11

Benar yang salah dan salah yang dibenarkan



Title : Benar yang salah dan salah yang dibenarkan
Medium : Paper, pen, photoshope dan seribu ketenagan
Technique : Meneka waktu walau sudah punya dua utas jam rolex di kiri kanan tangan



Ini hanya luahan, dari apa yang tersemat,

Enam ratus empat ribu lapan ratus saat, dan aku hanya ingin ianya berlalu cepat/
Bagi aku ianya telah padam. Aku kerugian segala masa yang disebut tadi, hanya sepemejam/
Hanya monolog pada diri, berbisik dan memujuk hati. Mengenang erti hidup dan aku hanya mahu ianya pergi/
Selepas waktu itu selesai, aku mahu dosa silamku langsai/
Kelahiran semula adalah keajaiban yang tidak mustahil, bagi diri yang sudah lama jahil/
Percaya atau tidak, aku pernah rasa terbang diawangan/
Percaya atau tidak, aku kembali percaya padaNya, yang hampir aku lupakan/
Disana aku belajar betul yang disalahkan, dan salah perbuatan yang dibetulkan/
Keliru, dan aku tahu, pasti hidup lebih bermakna dari itu/
Aku sebut kembali syair-syair dan puisi indah dari langit. Terasa lekat di lelangit/
Kerdil bukan lagi pada tubuh, tapi pada jiwa yang kesat dan tak luntur walau di sagat hebat/

Luahan ini tamat, hati yang kebal dari keinsafan, kini sudah lumat.


*************************************************************

OtakKapasitiRendah datang lagi, kali ini dengan permainan gari-gari dan insaf.

Kehilangan saya boleh disabitkan dengan tarikh 30 julai 1982, dimana sang kacak berkepala menggerutu ini dilahirkan. Dan pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang ke-26 ini, saya terima hadiah yang super duper hebat. dariNya. Cukup jika saya katakan, dua utas jam tangan rolex + satu sut oren + dan percutian tujuh hari tujuh malam termasuk makan dan minum dan 24jam berpengawal peribadi, untuk 6 orang.

Saya yang kacak dari darjah dua ini, masih lagi kacak dengan rambut yang sedikit kembang. Cuma agak runsing dan keliru, mungkin atas kejadian sekeliling yang mendungukan. Jika ramai orang kacak yang bodoh berkeliaran di sana-sini, si kacak yang ini ialah dari jenis yang bijak. Masih tahu, jika orang mati dengan kesan tembak dikepalanya dan terdampar jauh didalam tempat yang sunyi, tidak boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Itu cerita lain.

Yang ketua Negara versi alim pula sudah mula kusam. Mana yang awal-awalnya jadi imam disana-sini, hadith dan ayat-ayat suci disegenap ucapan, kini bisu bila isu agamanya diperkotak-katikkan? Tekaan saya, dia sedang dalam kelambu bersama isteri mualaf itu. Mungkin bermain permainan “sat-sat lari” atau “had lari”. Mana pula ketua orang-orang muda, yang dulu terpekik terlolong, tapi kini menyorok dalam tong? Ada orang kata, peguam-peguam dinegara ini banyak pegang rahsia Negara, betul agaknya? Harap-harap ketua Negara kita (yang lepas ini) tidak begitu. Sebab ini juga cerita lain, dan politik Negara lain.

Apa-apa pun, sepanjang kehilangnya saya buat sementara waktu itu, saya mula belajar. Terlalu banyak salah yang diperbetulkan, dan betul yang disalahkan.


P/S : Sekurang-kurangnya dinegara ini masih ada tempat yang aman, dan bukan bukit aman.






11

Aku Tak Tahu Tajuk bagi Benda Ini


Title : Aku Tak Tahu Tajuk Bagi Benda Ini
Medium : Paper, pen, marker dan juga sedikit photoshop
Technique : Kalau diterbalikkan gambar ni, posisi tangan adalah seperti mahu buat bayang burung depan cahaya.


Saya mahu design ini dicapkan pada sehelai T-shirt pagoda dengan tulisan "Aku Tak Tahu Tajuk Bagi Benda Ini".

Jika siapa-siapa rasa caption itu bisa memusnahkan ke canggihan lukisan ini? Sila beri pendapat (konon-konon) bernas kamu itu.

7

Tanks are hard to make U-Turn




Title : Tanks are hard to make U-Turn
Medium : Pen, paper, photoshop
Technique : Lipat kaki ke belakang tengkuk, rapatkan tangan, dan buat bunyi OHM…


Kepada segala kian penyinggah, usah gusar, saya muncul lagi. Masih berbaki masa untuk saya terus terangkan sekian lukisan dan menyingkap cebisan cerita-cerita panas tanah&air kita. Untuk maaf yang ke-100 saya pinta atas kelewatan isi-isi terkini, saya sertakan bersama beberapa sebab yang mungkin membantu pemahaman penyinggah bersama. Saya diberi peluang untuk mengikuti sebuah kugiran dari You As & A berselindung dibawah nama GRAF ORLOCK. Jahat? Ya, mereka kejam dan sangat jahat dari aspek musiknya. Beberapa kali saya di”ICU”kan, akibat kerobekan organ-organ dalaman especially jejunum. Mereka membuat kembara seluruh Malaysia, Singapura Indonesia dan Australia. Saya berkesempatan hanya hingga ke singapura sahaja. Terima kasih sampai kiamat juga pada sekian teman-teman yang memberi tempat lindungan dan layanan mesra.

Selain dari sebab diatas juga, saya amat sibuk dengan menyesuaikan jadual perjalanan dan masa kerja-kerja pejabat yang banyak.

Setiba saya ke tanah&air ini, saya dengar kata ada seorang rakyat Malaysia yang DNAnya ada tarikh luput? 10 tahun sahaja boleh pakai? hairan saya?. Sebab yang beginilah saya masih sayangkan tanah&air saya ini. Banyak kejutan yang mengujakan.



# Tanks are hard to make U-turn

There is no man’s law,
There is no pave between the grave.
There is only chain mark,
From the passed by tankers
Whites are running,
Blood by blood,
Red’s blood.
Crawl, it’s, deadly, weak
Coz’ tank revert us
But it won’t reverse.
Yes, it won’t,
It won’t reverse.




p/s :: Tiada "P/S" untuk kali ini.

2

Karya berjaya bukan kerjaya: 2


Title : Project Happy little Creature
Artwork by Otakkapasitirendah
Art Director : John Pervert Hafizyuna
Project Manager : Man Dagu Manggo
Artwork by Otakkapasitirendah


Kalau org tanya ini apa benda?

Ini ialah flyers gig sembilan puluh sembilan peratus muzik terlalu kasar dan langsung tidak bertamadun. terlalu banyak aksi lompat kangkang, memekup kerandut rakan, tarik menarik ditarik tertarik, gigillan badan luar kawal, lontaran kedalam, juga aksi hentak siku bagai Ong Bak. Dan untuk majlis sebegini yang sangat mendapat protes dari golongan emak-emak, dilabel ritual korban rakan dan arnab comel oleh akhbar-akhbar tempatan. Saya dapati, ini flyers paling alim dan sopan untuk acara yang sebegitu neraka bagi pandangan seorang penuntut sekolah agama.

Ini juga merupakan Iklan dari label bebas 3rd Arm record, untuk projek Happy little Creatures. Jika ini sepatutnya rahsia, maka ianya rahsia, sila simpan.


9

I Law You So Much, Come Lick My Organ




Title : I Law You So Much, Come Lick My Organ
Medium : Pen, paper, photoshop
Technique : Ikatan buku sila.


Apa yang kamu lihat bukan sebuah lukisan tanpa maksud, walau pada dasar sekali pandang ianya lebih menggetus hati berkata “What the Heck?” atau “Nonsense!” mungkin “To be Ignore, maybe the suitable title for this piece of crap”. Getus hati disebut dalam bahasa inggeris, bagi pemahaman pembaca luar Negara. Namun, untuk memudahkan pemahaman pemerhati (dalam konteks ini, pemerhati ialah anda), saya bekalkan bersama pengertiannya dalam versi yang paling hebat saya boleh sampaikan.


Tajuk Penuh:

I Law you so much, come lick my organ

Penerangan:

Sebiji kepala dengan bebola mata, keluar dari mulutnya jentera-jentera berat, kereta kebal menghambur powder letupan, beberapa ekor seladang (Bull) dan tahinya (SHIT!), dalam pada masa yang sama sekumpulan askar hormat pada BULLSHIT! tersebut, sambil membawa sepanduk formasi panda, sedang sebiji jantung mahu dijilat lelaki infatuated + mad + possessed. Boneka-boneka tangan yang dimainkan tangan lain, sedang asyik men”juggle” atom dan letupan, ber”synchronize” tangan membentuk formasi LOVE tanda mahukan kedamaian.

Ada Faham?





P/S:: Maaf, jika anda fikir saya kurang bijak menterjemahkan lukisan. Siapa boleh faham sikit-sikit pun, saya ishtihar anda bijak. Selamat mencuba

5

Mentari Ink Sepesel Edisyen




Title : Mentari Ink Sepesel Edisyen

Medium : Graphic marker, Lengan sasa_ku, dan Lengan seksi_mu.

Technique : Bergembira tepuk tangan sama-sama.



Welcome to Mentari Ink!, ini yang sepesel punya.


Tattoo palsu kita pada kali ini ada tiga (3).


Pada nombor yang pertama. Ia adalah contoh bakat yang mendatangkan tunai. Lukis guna inai. Sebelah tangan, simple, beberapa minit dan ringgit Malaysia lima belas sahaja. Dan si pemunya tangan pula, kurang sedar bahawa teman lelakinya merupakan pelukis yang telah 5 kali menang anugerah “Jemari paling bakat” dan “Golden fingers of The Year”………walau hanya mimpi belaka. Pun begitu, saya beri kredit pada keseksian struktur tulang tangan beliau, serta lima belas bintang untuk kemulusan kulit.

*Iklan

Pada nombor yang ke-dua pula. Demi sifat mahu berjimat, maka saya buktikan saya juga mampu buat begitu. Tentang motif lukisan, kita boleh sembang kemudian. Yang paling utama, malam berinai kenduri saya kita tukar jadi “malam bermaker”. Satu keluarga pun takde hal punya.

Tajuk tattoo palsu ini “jaga-jaga kuderat saya dua kali ganda”.

*Iklan

Pada nombor yang ke-tiga pula. Sungguh dahsyat kerja seni ini sebenarnya, kelihatan begitu buruk, kerana pelukisnya cuba menterjemahkan rupa parasnya sendiri dengan lukisan. Dan boleh saya katakan ianya sangat persis. Garisan dijemari itu ialah “buku lima” kata beliau, “Ini tompok Dalmatian” sambil tunjuk pergelangan tangan saya. Akhir sekali ialah karya paling azab, “days I spent in Jail” tambah beliau sehabis menconteng lengan sasa saya dengan garis-garis halus. Terima kasih John Hafiz (sepatutnya saya dapat kredit kerana menyebut nama beliau).

*Iklan

Habis….

************************************************************************

Sedikit sisipan tentang isu semasa. Kepada Pak Hal, “Hang pi cari modai lain la..yang hang pakai la ni, depa dah pakai time KLCC baru nak naik dulu.”

Jika dulu ada orang yang betul-betul percaya encik Anwar bersalah atas tuduhan main belakang itu. Mesti la, mahkamah dah kata salah…tak elok ingkar mahkamah ooo…Tapi kini, mungkin sebahagian dah mula kurang percaya. Mereka sudah mula boleh baca, taktik basi. Encik Anwar sendiri, jika betul dia bersalah pun, tidak la sebodoh itu untuk ulangi kesilapan sekali lagi. Pak Hal, Che’det bagitau saya “Hang kasi perosak dia punya program la”.

3

Selak-selak gambar bunga






Title : Selak ( E pepet )
Medium : Peper, pen and photoshop
Technique : Selak buku, tengok no. akhir mukasurat, ambik jadi score untuk liga bola kelas tingkatan (1 Agama 2) Sek. Men. Jitra.





Saya bercerita tentang selak, sekeping sehari, tiap-tiap hari wajib selak.
Mula putih, bersih tapi tidak jernih. Habis hari baru tahu apa isi.
Hitam, putih, bunga, duri, air atau api kadang antara teh dan kopi.
Selak semalam, ada kapal yang karam,
Selak hari ini, mula agak happy tapi tak tahu lagi.

Kadang ada hari rasa hendak koyak, tapi rasa macam terlalu banyak.
Bila rasa ragu, saya selak mukasurat yang sudah bertanda buku,
Dekat situ saya tahu, betul dan salah itu yang mana satu.
Kata orang, kalau nak ke depan jangan toleh belakang,
Saya bilang, boleh juga kalau kadang-kadang.

Lupa nak beritahu kamu, ada dua yang diselak bukannya satu.
Sebelah gambar bunga, sebelah lagi gambar yang bertentangan dengan syurga.
Lebih kurang macam dosa dan pahala, gula dan cuka, duri dan bunga.
Saya yang pilih semua, bukan ada siapa-siapa. Kamu punya pun sama.
Sendiri pilih mana yang kita lebih suka.

Saya pilih bunga.
Kalau boleh..

Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,

Sampai bila-bila.





6

Infinite Delay




Title : Cadangan kulit depan dan belakang CD untuk kugiran ganas
Medium : photoshop sahaja
Technique : SeMaya dan menggunakan "Karen" yang mungkin

Seperti tertera di teknik yang digunakan dalam penghasilan kulit CD kugiran diatas, perkataan "karen" atau "karan" sudah amat jarang digunakan. Begitu juga dengan perkhidmatan telegram, tak pernah dengar? Begini, dulu-dulu masa internet dan telefon takde, orang pakai telegram untuk sampaikan masej-masej ringkas. Zaman itu, sesiapa yang didatangi telegram, adalah bersamaan sembilan puluh lima peratus akan mendapat berita buruk. Kebanyakan berita kematian si polan atau si polin.

Sedondon dengan perginya cerita kita tentang kulit CD, saya sedang membantu merialisasikan idea seorang teman, tugas saya lukis apa yang dia bayang. Lebih kurang macam kerja sambung ekor beruang la. Dia memang tak berapa bijak, maka dengan kurniaan yang saya ada, apasalahnya saya tolong budak kurang upaya itu. Maksudnya, sekarang sepatutnya saya tengah busy.

Berhenti, lipat, patah balik, celah masuk cerita tentang karya diatas semula. Ini hanyalah cadangan yang saya kemukakan pada mereka (Infinite Delay), 1,2,3,4...ok, empat tahun dulu, namun sampai sekarang mereka tak keluarkan rilisan sendiri. Mereka kecil, tapi pemain drumnya punya otot kenyal, kepalanya bengkok sikit (entahlah, orang kata memang dari kecik). Pemain gitarnya, tak main gitar. Hebatkan? Pemain Bass pula, takde, tambah hebat lagi. Penyanyi pula sudah tua, giginya tinggal dua.

Bersempena nama kugiran mereka ini, INFINITE DELAY. Saya kata, "Tolong jangan sibuk-sibuk, aku tengah sibuk". Maaf atas ke "delay"an entri-entri terkini.








P/S :: HAaaaaaaaaaCciuwwwwwwwwwwwww!..............
















5

Jom Kawad!




Title : Jom Kawad!
Medium : Paper, pen, marker dan photoshop.
Technique : memutar skru bagaikan juruteknik.



Ayuh kawad dalam dakwad,

Sempat, derap ikut syawat,

Kawad pacak, terpijak, terlajak,

Kawad duri, si perdana menteri.


“Kau suruh orang ramai-ramai demonstrasi, tapi kau duduk rumah, mana nak jadi?” respon saya ketika sesi bual pagi di gerai mamak. Teman saya ini percaya jika ramai orang sertai demonstrasi nanti, pasti kerajaan akan turunkan harga minyak. Saya sependapat dengan beliau, jika seluruh rakyat bersepakat tidak mustahil berlaku. V for Vendeta, contoh termudah. Namun, kebanyakan kita hanya mampu berfikir sahaja tanpa disusulkan tindakan. Saya dalam golongan itu.

Mengapa? Kerana, kita tak cukup disusahkan lagi dan tak cukup rasa ditindas. Walau harga naik, tapi kita masih mampu beli. Di Negara seperti India dan Indonesia, terdapat jutaan yang tidak mampu makan sebelum harga minyak naik, apatah lagi selepas? Maka, perjuangannya bersifat bermati-matian. Perkara ini tidak terjadi di Malaysia, perjuangan bersifat bijak pandai, kerana hanya memperjuagkan sedikit peratusan dalam slip gaji. Walau ada pun, jumlahnya tidak besar.

Mungkin ini yang Pak Hal fikir dalam kepala hotak dia? Saya kata, “mungkin”. Maka, jika benar, apakah kita mahu terus-terusan digunakan atas dasar pandang remeh kita? Bila sudah betul susah, baru nak bertindak? Kita, merujuk kepada golongan “tahu fikir, tapi tak reti buat” dan saya.

Kita tak ubah seperti “Makan tahi, bila kena suruh, lepas itu cakap FUCK! Belakang-belakang”.

Ok la, aku nak makan megi. FAK! la buli rakyat!

Aku suruh makan nasi,

Engkau makan,

Aku suruh makan tahi,

Engkau saran,

Makan nasi gaul tahi.




P/S :: Seluruh teks diatas ditaip menggunakan jari hantu kedua-dua belah tangan, tanda protes!

11

Tertekan Ditekan-tekan



Title : Tertekan Ditekan-tekan.

Medium : Paper, pen dan photoshop. (Again? Boring…)

Technique : Membersihkan bilik menggunakan penyedut hampagas bukan sumbangan SINGER.




Ini untuk kamu sekalian Tanggungjawab, noktah bertindih


Kepada Ibu dan bapaku,

Seluruh ahli anggota keluarga bahagia,

Kepada kerjaya,

Kekasih dan teman wanita, (sorang sahaja)

Saudara yang mara, sepupu belah ayah mak dia.

Dunia hiburan

Lukis dan tulis.

Bidang sukan dan kesihatan.

Amalan dan rutin harian.

Flora dan haiwan serangga,

Dunia reality

Dan alam maya,

Para penyinggah berbahagia

Kedai kopi lepak sampai pagi.

Juga pada Diri sendiri.



Kamu adalah tanggungjawabku,
Apabila setiap kali aku tidak mampu menanggung kamu,
Dan setiap kali itu aku terpaksa menjawab.
Wahai kamu, seperti diatas yang menjadi disebab,
Kamu akan aku tanggung, sehingga hujung hisab (koma dan noktah)





Yang bertanggungjawab untuk menjawab,
SAYA (yang menunggu bola tanggung)

*************************************************************



Segmen soal siasat bersama Professor Serba-Serbi.


+ Kenapa harga beras naik?
= Sebab kita banyak harapkan "Pagar" yang suka makan padi.

+ Kenapa harga minyak naik?
= Sebab orang atasan dah ramai menggatal, suka "jual minyak".

+ Itu aje ke?
= Dan ramai orang atasan kita terpaksa guna minyak nak bagi "Ehem!" tu naik. Sekian Terima Kasih.










9

Kepala Sabit


Title : Kepala Sabit
Medium : paper, marker and photoshop
Technique : Kecewa



Semalam satu Lembah Kelang mengalami PANIC!


Barang siapa yang terdahulu memangkah si dacing tu, pasti gembirakan? Ini yang kamu mahu. Jangan lupa buat sujud syukur. Kalau ini bukan salah satu sebab kamu pangkah dia, apalgi? Saman je la.


"Pak Lah buat hal" Eh, silap, Balik semula.
"Pak Hal buat lah.."


Saya berani jamin, pasti ada salah satu juak-juak mereka, yang baru sertai MLM yang jual sekeping plat jimat minyak, yang berharga ratusan ringgit itu.

Perkara paling terjejas akibat kenaikan mendadak harga minyak ini, sebenarnya ialah, SILATURAHIM.


Mahu balik kampung pun orang dah mula berkira. Raya tahun ni, duduk rumah sahaja la jawabnya. Longgar la Ukhwah, ini lah dia Islam ada Had dan ada Hari.

17

Anak dan Ibu yang kuning



Title : Anak dan Ibu yang kuning

Medium : berus-berus pelbagai dari photoshop

Technique : pilih berus, klik kanan tetikus, gerakkan pergelanagn tangan dan KApoW!




Lihat rajah, dan

tenung lama-lama…



Hey! Kamu!

jangan nak fikir bukan-bukan!


Hah! Yang tu!

keluarkan tangan dari seluar kamu, ini arahan!



Neutralkan diri anda dari segi pemikiran.

Fikir dalam-dalam, sedalam seluar dalam, didalam lautan yang dalam.


Sekarang,

sebagai seorang yang berfikiran neutral dan rasional.

Terangkan apa yang kamu faham.

Dalam sesuka hati patah perkataan.







P/S :: Ini puisi separa arahan. Jangan abaikan suruhan beliau..PLEASE!



9

Bebiri pergi ke syurga, kambing pula ke neraka


Title : Bebiri pergi ke syurga, kambing pula ke neraka

Medium : paper, marker and photoshop

Technique : Banyak sangat.



Cake itu sebuah kugiran,

“Bebiri pergi ke syurga, Kambing pula ke neraka” ini mereka kata.

Masinlah hendaknya dan benar belaka,

Jika tidak, saya bebiri pertama yang berjumpa mereka di neraka.

Bebiri selepas di trimed, itulah saya.

Berbulu hitam,

Genetic perkasa.




Tahun depan umurku 27, akan saya nyanyi setiap hari,

communication – the cardigan” Itupun jika hidup lagi.




“Tetra Suci Lestari”

Pula, nama pekerja kilang dalam lif tadi. Name-Tag dia besar.




Kata otak saya ketika berfoto,

“Senyuman yang cantik, ialah bila kau dapat lihat pipi sendiri” Senyum yang pahit pula, bila lepas minum kopi.




Cuba Tikam “1774”

Ini nombor pesanan mcdonald saya sebentar tadi.








P/S :: Perenggan pertama sahaja ada kena mengena dengan rajah, selebihnya sekadar meludah kahak pekat perasa coklat.