Otakkapasitirendah tiga dimensi




Title : Otakkapasitirendah yang bongkah
Medium : paper, pen, marker and photoshop
Technique : Meletupkan jemari


Susulan peristiwa tanah runtuh baru-baru ini, makcik-makcik ofis sudah semakin lancar dalam bidang pembinaan. Sudah kenal dinding gabion, pengagihan beban rasuk, struktur dan komposisi tanah, rezab hutan, dan lain-lain. Kisah rumahtangga Baby Babadi dan Moron Hakim sudah tidak “ummmph!” lagi. Maka, tunggulah saya selama 30minit untuk satu urusan pos laju, demi membenarkan makcik sekalian berkongsi ilmu pembinaan ketika bekerja.

Ingin saya tambah sedikit ilmu-ilmu makcik sekalian ya. Bagi arkitek, jurutera, juga jurukur, mereka mempunyai singkatan bagi profesion masing-masing. Ar. (Arkitek), Ir. (Jurutera) dan Sr. (Jurukur). Dan singkatan ini akan diletakkan pada pangkal nama masing-masing (contoh: Ar. Polan Jr. bin Polan). Apabila sudah faham yang ini, kita maju lagi.

Secara maklum, kita tahu ada beberapa pelakon Malaya yang juga seorang arkitek. Contohnya, Azhar Sulaiman, dan Afdlin Shauki. Tahukah makcik-makcik sekalian, seorang lagi artis juga bergelar arkitek?

Kenal A.R Badul?



P/S:: Otakkapasitirendah sudah setahun pada 12/12/2008. Ah!~ lihat ada bunga api letup-letup.

16 comments:

  1. ha a.. baru aku perasan.. bijak2

    haha~

    congrats!

  1. bingbong said...:

    Ir.Wan???
    cis!!
    diskriminasi.

  1. zeera said...:

    ouh really? wht a info. tataw pulak artis pon arkitek. nmpk sgt u slalu tgk melodi neh haha. well, makcik2 skrg dh makin advance huhu

  1. Fareenz said...:

    hahaahah!!

    damn..kamu sgt kelakar okey!!hahahaa..

    tak tahan la pulak AR badul..kekekek!!

    hey, nice drawing!!selalu mmg impressed pon..

    *dengki*

  1. Anonymous said...:

    Interesting!

    finally,kamu dpt share lawak kamu dgn yg lain.. hehe!

    congrats utk anniversary blog kamu.
    errr,xnak sambut secara kecil-kecilan ke? only u n me...
    (real punya xnak olok2) haaaaa~

  1. tu tak kira yang arkitek zaman p.ramlee..A.R Tompel.

    hehe!

    thank!

    BingBong: what a coincidence. baru prasan hang ialah pekerja utusan yang jurutera.

    arafat: H tu hahaha! pecita? lama xjumpa hang.

    zeera: really...xcaya gi tanya badul sendiri. hehe!

    fareenz:kamu punya gelak sampai tersedak badul tgh mkn. hehe! thank ske lawak saya. leh join senario tak?

    shikin: mcm perli je bunyinya. kamu la yang set celebration tu. saya hanya menyambutnya sahaja.

    private itu mesti. hehe! nak lilin atas kek ke badan? hahah!

  1. Al Hadi said...:

    aku mmg kagum dgn design kamu. aku ni tahap amatur lagi ber-photoshop. blog kamu ni aku dah ikut sejak 5-6 bulan lepas lagi.

    btw, aku suka template baru ini.
    keep it up!

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Anak Aman Ramli semua arkitek, bai!

    Halim Othman, Kaer, Nikolas Saputra pun arkitek.

  1. Anonymous said...:

    bukan perli la, kamu ni yang salah paham sebenarnya

    kamu yang patut set de~ its ur celebration not me

    of course la lilin atas badan! Yeah,baru best! muahaha~~!

  1. @tune® said...:

    nice gler...
    bog ni ala2zaman dulu..
    sgt nostalgik!

  1. pengejar masa: thank bro..cheers! aku blanja ko kopi jantan pasni. heh!

    neem: hurm..rupenye byk lagi. haha! thank info. kalau penyayi kita ada A.R Rahman...ingt x?

    shikin: lilin atas badan, mahu berapa batang? lilin leh nyala ke yg xde sumbu? haha! licik btol la komen ni!

    Tooney rooney: ye ke ala2 zaman dulu? pergh! saya ingat ini sudah paling moden. hehe! cheers!

  1. Anonymous said...:

    Tuan minat blog ni senyap2.
    Sekian.

    Jap2.
    Ko mcm budak usrah Tuan, fikir pelik2.

    Ko pernah amik ekonomi, pastu kantoi, tukar art kan?

  1. ali aiman said...:

    ar badul hahaha

    eh tp xsemestinya sorg engineer ada ir pd awalan nama mrk.kena amek sjenis exam dulu setau sy.baru lyk dletak.arkitek n surveyor xpastilah.xpernah tau n baru tau.

  1. hegira said...:

    as always. like ur technicals.

  1. Tuan Caracol: penah kantoi ekonomi, tapi tak sambung art. tapi kalau sambung tali guna ikatan buku sila pandai la. hehe! thank tuan! (sambil tabik)

    tokalisuper: ooya~ lupa nak beritahu perihal peperiksaan tu. IR,AR & SR semua pun kena amik test dulu. sekarang kamu tahukan? haha!

    hegira: as always..thank alot. singgah2 selalu.