23

Tangan Balik Kuang




Title : Tangan Balik Kuang
Medium : pen, paper, photoshop
Technique : Lompat, lentur badan kebelakang, henjut kaki dan landing.


Beberapa minggu kebelakangan ini saya mengalami gejala yang digelar 'brain dead'. Saya mati akal untuk menulis. Silap, saya malas untuk menulis.

Karier selaku jurukur bahan saya betul-betul menguji katabahan diri baru-baru ini. Banyak bangunan yang mahu bahan-bahan mereka dikira oleh saya. Sudahlah pula tidak sampai lima hari lagi acara salam tok kadi. “Sahaja aku…” atau “Aku terima…” mana satu yang perlu diguna pakai dahulu?

Kesimpulannya, saya kesibukan dan harus menjuruskan pemikiran saya lebih kepada hal-hal yang lebih perlu.

Dan entah kenapa, kata-kata “Only take One tree to make a Thousand matches, and only take One match to burn a Thousand trees” bagai satu kelegaan dalam kekusutan ini.

[ . ]


Semasa saya ke pasar tempoh hari, bukan yang ‘raya’ tetapi yang ‘basah’ punya. Mencari ikan tenggiri untuk dimasak kari, tiba-tiba saya terperangkap didalam sebuah situasi. Begini...

Penjual ikan: Belia bro…

Penjual ikan sebelah kiri: Dik, belia sini, dengan akak!

Penjual ikan Sebelah kanan: Bos, sini belia…

Ketua Penjual ikan sambil memegang ikan parang: Belia……(perlahan tetapi tegas)

Saya: Hey! What this ‘Belia’ thing all about?

Ketua Penjual ikan tadi merapati saya, dia menghunuskan ikan parang yang dari tadi berada dipinggangnya. Tangan ber-ikan parangnya tadi di lambung tinggi dan dia membuat dua libasan berbentuk ‘X’, lalu membunuh seorang pengemis dan seorang makcik yang baru selesai mengambil bakinya. Dengan bengis dan darah berlumuran di ikan parangnya dia berkata

“Beli…aa.., bukan belia”

“oooooOOwh~ bagi la 1 kilo”

Dan jika tiba-tiba saya menjadi guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya tiada masalah jika diminta pelajar memberikan contoh kepada ‘Bahasa Pasar’. Dan dengar katanya, Ketua Penjual Ikan tadi bebas tuduhan membunuh, dia kenal orang dalam. Kabel dia besar neraka.




P/S:: Rajah diatas ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh saya bernama “Back Flip Hand” dengan tujuan mengumpul dan membina bakat-bakat yang tersorok didalam diri anda. Sesiapa sahaja digalakkan untuk menghantar apa-apa hasil yang melibatkan imej tangan secara kreatif dan e-mail kan kepada saya di kha_marulisme@yahoo.com. Medium bebas, anda boleh lukis, tulis, cat, arca, patung, apa-apa sahaja selagi ianya melibatkan figura tangan dan kreatif. Setiap hasil seni yang dihantar akan ditapis dan yang terpilih akan disiarkan didalam blog ini secara berperingkat-peringkat.

P/S atas P/S:: Pemilik blog ini mengharap sangat permintaannya ini mendapat layanan. Dia juga mengesyorkan agar sesiapa yang prihatin menyebarkan berita ini. Kemasukan kamu ke kelab ini akan melengkapkan lagi ke'Belia'an kalian.