Tangan Balik Kuang




Title : Tangan Balik Kuang
Medium : pen, paper, photoshop
Technique : Lompat, lentur badan kebelakang, henjut kaki dan landing.


Beberapa minggu kebelakangan ini saya mengalami gejala yang digelar 'brain dead'. Saya mati akal untuk menulis. Silap, saya malas untuk menulis.

Karier selaku jurukur bahan saya betul-betul menguji katabahan diri baru-baru ini. Banyak bangunan yang mahu bahan-bahan mereka dikira oleh saya. Sudahlah pula tidak sampai lima hari lagi acara salam tok kadi. “Sahaja aku…” atau “Aku terima…” mana satu yang perlu diguna pakai dahulu?

Kesimpulannya, saya kesibukan dan harus menjuruskan pemikiran saya lebih kepada hal-hal yang lebih perlu.

Dan entah kenapa, kata-kata “Only take One tree to make a Thousand matches, and only take One match to burn a Thousand trees” bagai satu kelegaan dalam kekusutan ini.

[ . ]


Semasa saya ke pasar tempoh hari, bukan yang ‘raya’ tetapi yang ‘basah’ punya. Mencari ikan tenggiri untuk dimasak kari, tiba-tiba saya terperangkap didalam sebuah situasi. Begini...

Penjual ikan: Belia bro…

Penjual ikan sebelah kiri: Dik, belia sini, dengan akak!

Penjual ikan Sebelah kanan: Bos, sini belia…

Ketua Penjual ikan sambil memegang ikan parang: Belia……(perlahan tetapi tegas)

Saya: Hey! What this ‘Belia’ thing all about?

Ketua Penjual ikan tadi merapati saya, dia menghunuskan ikan parang yang dari tadi berada dipinggangnya. Tangan ber-ikan parangnya tadi di lambung tinggi dan dia membuat dua libasan berbentuk ‘X’, lalu membunuh seorang pengemis dan seorang makcik yang baru selesai mengambil bakinya. Dengan bengis dan darah berlumuran di ikan parangnya dia berkata

“Beli…aa.., bukan belia”

“oooooOOwh~ bagi la 1 kilo”

Dan jika tiba-tiba saya menjadi guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya tiada masalah jika diminta pelajar memberikan contoh kepada ‘Bahasa Pasar’. Dan dengar katanya, Ketua Penjual Ikan tadi bebas tuduhan membunuh, dia kenal orang dalam. Kabel dia besar neraka.




P/S:: Rajah diatas ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh saya bernama “Back Flip Hand” dengan tujuan mengumpul dan membina bakat-bakat yang tersorok didalam diri anda. Sesiapa sahaja digalakkan untuk menghantar apa-apa hasil yang melibatkan imej tangan secara kreatif dan e-mail kan kepada saya di kha_marulisme@yahoo.com. Medium bebas, anda boleh lukis, tulis, cat, arca, patung, apa-apa sahaja selagi ianya melibatkan figura tangan dan kreatif. Setiap hasil seni yang dihantar akan ditapis dan yang terpilih akan disiarkan didalam blog ini secara berperingkat-peringkat.

P/S atas P/S:: Pemilik blog ini mengharap sangat permintaannya ini mendapat layanan. Dia juga mengesyorkan agar sesiapa yang prihatin menyebarkan berita ini. Kemasukan kamu ke kelab ini akan melengkapkan lagi ke'Belia'an kalian.

23 comments:

  1. m said...:

    Takutnya. There is a butt attached to the hand.

  1. anas afrohead said...:

    wahh tangan ada punggung la.
    nice artwork dude!

  1. mau join jugak tp xda bakat

    hadeh...

  1. bokbon said...:

    owh.gua pun dalam bidang qs ni, baru hari ni siap buat final projek. buat tender projek perumahan, oh banyak macam tu ke kerja seorang qs?

    kalau ada 3-4 projek sekaligus, separuh mati gua agak.

  1. s H i K i N said...:

    cute gile tangan 2..

    ermm..lagi 3 ari ni practice kena lebih sikit..jgn ada pape salah. hehe!

    gud luck in advance utk kamu..;D

  1. Amers. said...:

    "Beberapa minggu kebelakangan ini saya mengalami gejala yang digelar 'brain dead'. Saya mati akal untuk menulis. Silap, saya malas untuk menulis."

    Kau tipu. Tulisan kau kan sentiasa santai.

  1. Anonymous said...:

    selamat berkahwin sahabat! hadiah ada di sini; semuapunbukan.blogspot.com

  1. none said...:

    wah selamat pengantin baru.

  1. Mojojiwa said...:

    wow. tangan yang dipersonafikasikan.
    baru kali ini entry bersifat diari. bagus juga.

    selamat jadi pengantin baru bro.

  1. cUaK said...:

    selamat pengantin baru,bro~
    tanak jemput penjengah2 blog kamu ka?

  1. maaf kepada semua kerana lambat membalas komen kalian, inai kat jari merah lagi..heh!. dan ini komen balas buat semua:

    m: takut ke? saja lagi takut if there's a hand attached to my butt. huhu!

    anas: thank!

    bijan: bleh aih join, versi penulisan pun aku terima, tapi pastikan tema harus mengenai "tangan". selamat mencuba.

    bokbon: nasihat aku, kalau kau seorang yang suka buat kerja teruskanlah. tapi kalau sebaliknya, masih belum terlewat untuk lari bertempiaran. untuk pengetahuan aku pegang 7 projek. aku sedang reply dari alam barzakh ni. haha!

    shikin: benda aneh pun cute? kamu layak bergelar isteri kapada saya. haha!
    nasib tak gugp, alhamdulillah 2 kali henjut je. syukur..

    amer: kamu ini seorang yang bisa mambaca pemikiran manusia aneh kah? salute! aku mengaku bersalah..

    anony: thank encik axe..terima kasih juga sudi hadir.

    none: terima kasih banyak2.

    mojojiwa: bukan sengaja, sebenarnya tak tahu apa mahu tulis..gila kau lagi 5 hari nak nikah lagi nak fikir tulis blog? hehe! thank

    cuak: terima kasih.

    Insyallah kamu semua pembaca akan saya jemput pada kenduri di batu pahat nanti. tarikh akan diberitahu nanti, belum ditentukan lagi. santai bukan? hehe!

  1. meself,Ms Fint said...:

    anda di TAg. gladly let u noe.

  1. StingRay said...:

    wah...punggung makhluk punggung...

  1. hegira said...:

    wah. selamat pengantin baru.

    nak join the club! tapi tema tangan eh? erm..

  1. heretic preacher said...:

    wey selamat penganting baru

  1. Liyana said...:

    wah.. dah selamat berpengatin dah... baru plak tu.. hahahha

    best wishes...

  1. Rantong said...:

    Salam ziarah. Sekadar membuat hebahan. Mungkin ini dapat membantu orang-orang kita diwaktu gawat sekarang.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

  1. axe said...:

    oi, kawen pon ilek2 la. haha