6

Apa Ada Dengan Siling



Title : Apa Ada Dengan Siling
Medium : Paper + Pen + Photoshop + Ceiling
Technique : Melakar, terlentang, menghadap siling


Kebanyakan pandai lukis sering berkata “Ilham itu ada di mana-mana”. Dan seperti selalu-selalunya jawab saya “Kan aku sudah kata …”, kerana si pandai tidak akan mampu menandingi si bijaksana, juga seperti selalu-selalunya. Terlalu selalu seperti melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol.

Suatu hari dengan minda yang lompong, niat melukis saya memuncak. Namun nafsu saya masih kekal tenang, barangkali kerana hari masih siang. Pada pandangan saya, mana mampu saya lukis apa-apa jika tiada sebarang ilham diminda. Televisyen pula tidak sudah-sudah dengan cereka dangkal mereka, yang modalnya hanyalah cinta.

Bosan memikirkan betapa bodohnya mereka yang ternganga dan buta-buta memuja cereka sebegitu biasa. Terlalu biasa seperti biasanya melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol. Saya kemudian dengan perlahan menggelongsor malas, lalu berbaring membentuk formasi ‘L’ sepadan dengan bentuk sofa.

Mata yang terpejam pada kepala yang mendongak ke ceiling ini, sedang memikirkan betapa mustahilnya melukis tanpa ilham. Dan ilham yang dicari pula, tidak ubah seperti mencari gitaris bagi mesin jahit berjenama SINGER.

Kerana tidak mahu berfikiran negatif, maka saya cuba berfikir secara positif. Dan setelah 5 minit, apa yang terlintas di fikiran, hanyalah tanda campur dan logo bulan sabit merah sahaja.





P/S :: Pada ketika mata saya buka, muka watak dua dari kiri (rujuk rajah) telah terbentuk di ceiling. Terhasil dari keadaan plaster yang tidak rata, akibat kerja sambil lewa pihak kontraktor dan developer, anggap saya. Bentuknya sempurna, bentuk muka dan ‘shading’nya juga kelihatan sempurna. Pada ketika ini, saya mula rasakan itu bukan kebetulan. Mungkin Leonardo Da’Vinci ialah kontraktornya.

Owh~ dan sebelum terlupa. Jika kamu ternampak bunga api letup-letup, itu kerana 12.12.2009 adalah ulangtahun Otakkapasitirendah yang ke-2. Mari berdiri tegak bagi menghormati kehebatan tuan punya blog ini.