6

Apa Ada Dengan Siling



Title : Apa Ada Dengan Siling
Medium : Paper + Pen + Photoshop + Ceiling
Technique : Melakar, terlentang, menghadap siling


Kebanyakan pandai lukis sering berkata “Ilham itu ada di mana-mana”. Dan seperti selalu-selalunya jawab saya “Kan aku sudah kata …”, kerana si pandai tidak akan mampu menandingi si bijaksana, juga seperti selalu-selalunya. Terlalu selalu seperti melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol.

Suatu hari dengan minda yang lompong, niat melukis saya memuncak. Namun nafsu saya masih kekal tenang, barangkali kerana hari masih siang. Pada pandangan saya, mana mampu saya lukis apa-apa jika tiada sebarang ilham diminda. Televisyen pula tidak sudah-sudah dengan cereka dangkal mereka, yang modalnya hanyalah cinta.

Bosan memikirkan betapa bodohnya mereka yang ternganga dan buta-buta memuja cereka sebegitu biasa. Terlalu biasa seperti biasanya melihat ketiak-ketiak basah bagi seorang jurutol. Saya kemudian dengan perlahan menggelongsor malas, lalu berbaring membentuk formasi ‘L’ sepadan dengan bentuk sofa.

Mata yang terpejam pada kepala yang mendongak ke ceiling ini, sedang memikirkan betapa mustahilnya melukis tanpa ilham. Dan ilham yang dicari pula, tidak ubah seperti mencari gitaris bagi mesin jahit berjenama SINGER.

Kerana tidak mahu berfikiran negatif, maka saya cuba berfikir secara positif. Dan setelah 5 minit, apa yang terlintas di fikiran, hanyalah tanda campur dan logo bulan sabit merah sahaja.





P/S :: Pada ketika mata saya buka, muka watak dua dari kiri (rujuk rajah) telah terbentuk di ceiling. Terhasil dari keadaan plaster yang tidak rata, akibat kerja sambil lewa pihak kontraktor dan developer, anggap saya. Bentuknya sempurna, bentuk muka dan ‘shading’nya juga kelihatan sempurna. Pada ketika ini, saya mula rasakan itu bukan kebetulan. Mungkin Leonardo Da’Vinci ialah kontraktornya.

Owh~ dan sebelum terlupa. Jika kamu ternampak bunga api letup-letup, itu kerana 12.12.2009 adalah ulangtahun Otakkapasitirendah yang ke-2. Mari berdiri tegak bagi menghormati kehebatan tuan punya blog ini.

4

Bunga seragam, kumbang kaler macam-macam





Title : Bunga seragam, kumbang kaler macam-macam
Medium : Paper + Pen + Photoshop +
Technique : Sekolah Teknik dengan Vokasional tidak samakah?




Saya agak kurang selera menulis sejak kebelakangan ini. Untuk becerita tentang kemalasan saya, agak mengambil masa. Cerita kemaluan pula, apa ke jadahnya? Saya belum hilang akal lagi seperti kalian.

Mari saya bercerita tentang seseorang. Namanya Donaliah, menetap di kelantan. Beliau adalah kalangan oldies di daerahnya, oleh itu beliau lebih mesra dipanggil MekDonal. Kerja harian MekDonal adalah penjual burger secara pandu lalu dari tingkap rumahnya. Menjaga budak pula kerja part time warga tua ini yang di gelar MekD oleh budak jagaannya.

MekD mengakui burger beliau tidak sesedap mana, malah beliau menambah faktor nama yang banyak membantu kejayaan jualan burgernya. Ramai pelancong asing secara tidak sengaja telah dibawa ke kedainya oleh pemandu teksi yang salah faham. Di negeri MekD memang tiada McDonald seperti negeri-negeri yang ‘berparti di dahan jati’.

MekD fasih berbahasa ingeris, dulu dia penjaga Micheal Jackson. Malah MekD tidak percaya yang Jacko telah mati, itu kata MekD yang lebih selesa mengelar Jacko dengan nama ‘budok maike’ dalam bualannya. Dia mengaggap budok maike menipu kematian demi membayar hutang dengan lebih mudah dan mendapatkan kebebasan hidup selaku manusia biasa. “Ore banyok pitih, mampoh pun demo buleh Duplicate” kata-kata MekD mengakhiri ceritanya.

Saya lalu terfikir. Jika saya popular sejak kecil, dan setiap perlakuan saya sentiasa diadili dan diperhati. Saya adalah agung dalam bidang hiburan, idola setiap juara rancangan idola. Dan apabila populariti itu kian memakan diri, kontroversi lebih menbuncit berbanding perut-perut para politikus, hutang pula keliling pinggang seorang gergasi yang menceburi politik, dan hampir muflis. Cuba bangkit semula dengan persembahan paling hebat yang dijanjikan, namun faktor usia membataskan pergerakan lincah keagungan kamu selama ini. Dan jika ambil jalan mati, populariti menjadi berganda, konsert dapat ditontonkan secara rakaman dan kelihatan lebih hebat. Hutang langsai dan merasai kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Maka saya akan pilih……






P/S :: Maaf, saya masih belum habis pilih lagi.

12

Sekepala



Title : Sekepala
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Muncul kembali bagai Huodini setelah lama lenyap.

,
Tuan blog ini masih hidup lagi..

Kepada yang telah membuat repot polis tentang kehilangan saya amatlah saya hargai. Tidak lupa kepada yang meminta pertolongan dukun senoi kerana percaya saya telah diculik bunian. Keperihatinan pihak tuan amat saya hargai.
,
Sekembalinya saya kali ini untuk menghapuskan segala sangsi tadi dari hati kalian, justeru menegaskan bahawa sifat malas saya amat tidak terbendung lagi.
,
Sebelum saya mengarut dengan lebih lanjut, lebih baik saya berhenti disini.


,
*Iklan


,
Sesi soal siasat bersama Professor Serba-Serbi:

Q : Benarkah, anak kepada kakak saya adalah anak buah saya?
A : Salah, anak kakak kamu adalah anak ‘buah’ abang ipar kamu.

Q : Macam mana nak handle kalau banyak sangat jentik-jentik dekat rumah?
A : Cuba letak atas papan karom, pandai la diorang main nanti.

Q : Kenapa orang tidak bersalah selalu kena tangkap sekarang ini?
A : Sebab mereka ‘Salah’ faham dan kerap ‘Salah’ sangka. Atau orang atasan sedang serba-‘Salah’.

,
,
*Iklan




P/S :: 'Sekepala' adalah reflek kepada kehidupan semasa, menjurus sifat tamak dan penting diri dalam institusi dunia.

13

Pe Lastik



Title : Pe Lastik
Medium : Paper + Pen + photoshop
Technique : Deko bersama si bakat




Indah itu

Akan menjadi sangat

Memenatkan

Jika ada

Konsonan ‘P’

Di awalannya.





P/S:: Sejak menjadi ahlil deko separuh masa ini, masa itu perkataan sensitive. Masa dan bakat macam tidak seirama.

18

Missed Carriage



Title : Missed Carriage
Medium : Papper, pen, photoshop and wife on my side.
Technique : Menunggang kesedihan



Pada Tanggal 11 June 2009.


7.32 a.m : Isteri saya memberi khidmat pesanan yang agak ringkas, katanya “ I’ve missed carriage at 7.30 a.m this morning

7.33 a.m : Saya membalas cemas dengan “ Eh? Macam mana boleh missed? Sayang nak pergi mana 7.30 a.m naik carriage? "

7.33 12sec. a.m : Isteri saya membalas dengan khidmat pesanan yang sangat ringkas “Daaa~” katanya.


Setengah jam kemudian ( Setelah mengetahui makna sebenar)


8.03 a.m : Saya telah berjumpa para sekritariat pejabat untuk meminta perlepasan kecemasan. Dengan sugul Saya kata begini “ Kak, saya kena balik sekarang. Isteri saya keguguran ”.

8.04 a.m : Dengan muka terkejut palsu tapi kelihatan sangat asli, “ Hah! Wife kau missed carriage? “ Tanya mereka serentak bagai acara renang berirama.

8.05 a.m :Bukan, Wife saya dulu miss la, sekarang dah mistress. Lagi satu nama dia Shikin bukan carriage

8.07 a.m : Tiada tindak balas.

8.09 a.m : Tiada tindak balas lagi.

8.10 a.m : Saya tinggalkan para sekritariat pejabat yang masih tiada tindak balas, ditambah sedikit reaksi meluat bukan buat-buat dari mereka.


P/S from Shikin :: I missed my beautiful carriage. Dan ianya terjadi pada tarikh yang sama dengan pernikahan aku dua bulan yang lepas.

P/S Saya :: Lebih kurang macam main bola sepak. Bola sudah cecah jaring sekalipun, belum tentu dikira gol. Anggap sahaja kali ini kira Off Side.

14

Kebuk Wasap Yo!



Title : Kebuk Wasap (baca: Wassup!)
Medium : Rough Paper, Pen and Photoshop
Technique : Terbakar! Terus terbakar!



Penukaran status perhubungan didalam Facebook ke “married to Norashikin”, lebih menguatkan lagi gossip bahawa saya sudah berkahwin. Ya, saya sudah menjadi ‘tangga’ kepada seorang ‘rumah’ yang cantik dengan dua anak. Dua anak mata bewarna coklat berbaur ke emasan miliknya, adalah cecair peluntur yang menghakis sekian hati saya yang murni ini.

[Dikala saya sibuk menerangkan anjakan paradigma yang berlaku dalam hidup saya. Otak kamu pula tidak habis-habis memikirkan sejak bila saya rejister selaku pengguna facebook. Kamu semua terlalu berkelakuan typical atau berperilaku orang kebanyakan.]

[Saya juga sudah pandai tag gambar.]

Sejak memegang status selaku suami orang, atau kata kias orang tua-tua “keris” saya sudah “bersarung”. Dan jika bersembang sesama ulama selepas solat, adalah rusuk kiri ana kini telah cukup set lah. Dan jika dahulu isteri saya selalu mendengar pepatah pisang berbuah dua kali, sekarang beliau telah melihat sendiri ‘pisang yang berbuah dua’ itu berkali-kali. Mungkin lebih tepat ‘Monster pisang yang berbuah dua’.

[Pada waktu ini, hati kamu mula mengerang dan meronta-ronta. Rongga peparu mula mogok bencikan udara. Kamu kesesakan, dan dada kamu berombak kuat. Otot terasa kekenyalan, keras dan teregang tidak menentu. Kamu stress…. “Aku mahu Add encik kool ini sebagai teman facebook aku!” kata-kata yang jelas terpancar dari mata setiap dari kamu.]

Sejak mula memegang jawatan suami ini, tiada yang lebih menyakitkan selain mendengar soalan seperti “macam mana rasa kahwin?, Best tak?”. Maka saya akan jawab “Sekejap, Errrrrrmmm….rasa macam pudding susu”.

Untuk karya kali ini tiada langsung unsur kahwin yang saya ceritakan tadi, mahupun keinginan kamu menambah saya sebagai rakan facebook kamu. Lebih bersifat perasaan gembira, dan api yang datang tidak pasal-pasal itu membuatkan lukisan ini kelihatan kejam. Saya sendiri kurang tangkap apa yang pemikiran saya telah hasilkan. Saya sarankan kita sama-sama melihat sahaja lukisan yang awesome ini. Kita rungkai pemikiran si pelukis.

[Bagi saya, karya ini sedikit mengganggu dan pelik]

Untuk tajuk kali ini, soalan pembayangnya ialah: Peralatan makmal apa yang paling hip-hop?




P/S:: Ye la..Mohd Khamarulisme, kalau lagi 5minit tiada sesiapa yang add saya akaun itu akan saya lupuskan.

18

Tangan Balik Kuang




Title : Tangan Balik Kuang
Medium : pen, paper, photoshop
Technique : Lompat, lentur badan kebelakang, henjut kaki dan landing.


Beberapa minggu kebelakangan ini saya mengalami gejala yang digelar 'brain dead'. Saya mati akal untuk menulis. Silap, saya malas untuk menulis.

Karier selaku jurukur bahan saya betul-betul menguji katabahan diri baru-baru ini. Banyak bangunan yang mahu bahan-bahan mereka dikira oleh saya. Sudahlah pula tidak sampai lima hari lagi acara salam tok kadi. “Sahaja aku…” atau “Aku terima…” mana satu yang perlu diguna pakai dahulu?

Kesimpulannya, saya kesibukan dan harus menjuruskan pemikiran saya lebih kepada hal-hal yang lebih perlu.

Dan entah kenapa, kata-kata “Only take One tree to make a Thousand matches, and only take One match to burn a Thousand trees” bagai satu kelegaan dalam kekusutan ini.

[ . ]


Semasa saya ke pasar tempoh hari, bukan yang ‘raya’ tetapi yang ‘basah’ punya. Mencari ikan tenggiri untuk dimasak kari, tiba-tiba saya terperangkap didalam sebuah situasi. Begini...

Penjual ikan: Belia bro…

Penjual ikan sebelah kiri: Dik, belia sini, dengan akak!

Penjual ikan Sebelah kanan: Bos, sini belia…

Ketua Penjual ikan sambil memegang ikan parang: Belia……(perlahan tetapi tegas)

Saya: Hey! What this ‘Belia’ thing all about?

Ketua Penjual ikan tadi merapati saya, dia menghunuskan ikan parang yang dari tadi berada dipinggangnya. Tangan ber-ikan parangnya tadi di lambung tinggi dan dia membuat dua libasan berbentuk ‘X’, lalu membunuh seorang pengemis dan seorang makcik yang baru selesai mengambil bakinya. Dengan bengis dan darah berlumuran di ikan parangnya dia berkata

“Beli…aa.., bukan belia”

“oooooOOwh~ bagi la 1 kilo”

Dan jika tiba-tiba saya menjadi guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya tiada masalah jika diminta pelajar memberikan contoh kepada ‘Bahasa Pasar’. Dan dengar katanya, Ketua Penjual Ikan tadi bebas tuduhan membunuh, dia kenal orang dalam. Kabel dia besar neraka.




P/S:: Rajah diatas ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh saya bernama “Back Flip Hand” dengan tujuan mengumpul dan membina bakat-bakat yang tersorok didalam diri anda. Sesiapa sahaja digalakkan untuk menghantar apa-apa hasil yang melibatkan imej tangan secara kreatif dan e-mail kan kepada saya di kha_marulisme@yahoo.com. Medium bebas, anda boleh lukis, tulis, cat, arca, patung, apa-apa sahaja selagi ianya melibatkan figura tangan dan kreatif. Setiap hasil seni yang dihantar akan ditapis dan yang terpilih akan disiarkan didalam blog ini secara berperingkat-peringkat.

P/S atas P/S:: Pemilik blog ini mengharap sangat permintaannya ini mendapat layanan. Dia juga mengesyorkan agar sesiapa yang prihatin menyebarkan berita ini. Kemasukan kamu ke kelab ini akan melengkapkan lagi ke'Belia'an kalian.

8

Muka Piano


Title : Muka Piano
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Doremifasolatido, Dotilasofamiredo.



Kamal mundar-mandir dihadapan pintu besar itu, dia kelihatan resah. Dahinya kelihatan seribu kerutan. Peluh menitik jatuh dari runcing dagunya, dan sesekali nafasnya kelihatan tersekat-sekat.

Dibalik pintu itu berlangsungnya persidangan parlimen Malaysia. Politikus berpangkat tinggi tidak berubah sejak 25 tahun dulu. Carut dan fitnah menjadi ulam pertikaman lidah mereka dari tahun 2009 lagi hingga kini. Dan isunya sentiasa "Salah siapa lebih salah".

Keadaan huru-hara dibalik pintu besar itu makin meresahkan kamal. Tidak lama kemudia dia mematikan langkahnya tepat pada muka pintu itu, nafasnya tenang dan matanya membulat. Dia nekad.
'
Pintu besar tadi terkuak besar dek sepakan kamal, lantas dia menjerit “Syyyyyyhhh! Kamu semua diam!"

Keadaan serta-merta menjadi hening. Mata politikus-politikus tamak tadi semua tertumpu pada kamal.

“Diam, aku tidak mahu suara kamu mengejutkan anak kecil ini” Suara kamal lemah, sambil jemarinya lembut membelai rambut anak yang sedang lena itu.

“Dan dia mengetahui yang dunia ini bakal musnah...”
'
'
'
(Demikian sahaja cerita rakyat pada kali ini. Berita jam 6 selepas ini akan disampaikan oleh Mariamah Tijo)
'
'
'
'
'
P/S:: Muka Piano. Bunyinya merdu, tapi bisu tiada nota jika tidak disentuh sesiapa.
'

18

Mentari Ink is Back! Allright!


Tangan Kiri :
"Hei! kanan, gua bosan la. Khidmat mencebuk gua belum diperlukan lagi."



Tangan Kanan:
"Kalau macam tu, dengan hikmat cebuk kau dan hikmat suap aku, kita selesaikan masalah kiub pelbagai warna ini."



Tangan Kiri :
"Lu silap dengar tadi. Gua cakap khidmat bukan hikmat."
'
Tangan Kanan :
"Ah! jangan banyak cakap. Buat je la."



Tangan Kanan & Kiri :
"Tadaaa.....!"



Title : Mentari Ink is Back! Allright!
Medium : graphic marker, sepasang paha yang menggeramkan..
Technique : Lebih kurang macam perasan, tapi berat kearah berangan-angan.




Welcome Back to Mentari Ink!

Tattoo palsu kita pada kali ini bertajuk, “Sepasang Tangan yang suka menunjuk-nunjuk”. Pada yang berada di Negara mat Salleh “Hands that love to show off”

Sedikit penjelasan.

Terciptanya idea Tattoo ini berasaskan pemikiran “ Bagaimana mahu tangkap gambar kedua-dua tangan kamu, sedangkan kamu harus menggunakan tangan untuk tangkap gambar?”


Sekian sahaja episod kali ini.
'
'
'
'
'
'
'
P/S :: Owh! Sebelum terlupa, sila jangan ketap atau gigit bibir anda ketika melihat rajah diatas. Saya tahu ianya memang mulus.

12

Dilarang kesat disini



Title : Komik antik
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Komik versi 5 minit


Jika dirujuk pada entri sebelum ini. Kelihatan saya melukis watak sendiri versi gonjeng, atau kata sopannya berambut pendek. Adakah watak itu sekadar alter-ego saya, atau hanya watak ciptaan agar saya kelihatan segak?

Kedua-duanya tidak benar.

Pertama, secara “common sense”nya saya memang kacak dan segak (tak perlu terangkan lagi pasti semua kamu sudah sedia maklum).

Keduanya, rambut saya kini memang berupa sebegitu. Ternyata kekacakan saya tidak dipengaruhi oleh timbunan rerambut gulung itu selama ini. Kini boleh dikatakan, terlebih kacak sudah. Sudah kurang kelihatan lebah-lebah tersesat mencari sarang mereka.

Walaupun, saya secara peribadi faham yang kamu memang tidak mahu ambil pusing tentang ini. Sudahlah kamu mahu fikirkan tentang belanja sekolah anak, politikus-politikus yang kini popular melebihi selebriti, dan ekonomi yang makin teruk. Yang lebih membebankan disebabkan semua ini, niat mahu kawin dua kamu juga menjadi lebih rumit. Mana mungkin mahu fikir tentang seorang blogger, yang sudah kacak ditimpa segak pula ini.

Apapun, saya hanya mahu pesan jika kamu-kamu ini terjumpa saya dimana-mana.

Jauhkan diri dari saya jika kamu seorang yang “KESAT” sifatnya.




P/S:: Piawai keKESATan boleh dirujuk pada politikus sedia ada, mereka adalah peringkat tertinggi dalam piawaian ini.


21

Kejutan!



Title : Kad Harijadi Kejutan
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Meniup 25 batang lilin yang bernyala ceria.


Kekasih,

Dua puluh lima tahun,
Cukup menciptakan bidadari,
Yang tiga tahunnya,
Memberi sempurna kepada insan hina.

Terima kasih, beri aku bahagia
Terima kasih, beri aku sempurna

Terima kasih, menjadikan “KITA”
Terima kasih, kau terima kasihku

Ku syukuri kelahiranmu,
Bukan hanya sekali,
Bukan hanya pada hari ini,

Syukurku panjang,
Hingga tiada nanti.


Selamat Hari Lahir "NORASHIKIN BINTI MOHD THAIR"







P/S:: Ini juga merupakan entri Otakkapasitirendah yang ke-100!! Wah~ ironinya.


6

Kurang Pakai


Title : Kurang Pakai

Medium : pen, paper, photoshop
Technique : on your mark, getset…..GO!



Bukan berkaitan dengan lukisan :

Sekali-sekala saya sering teringatkan aneka drama swasta lama-lama. Saya sempat kenal watak bernama Tapa. Watak ini muncul takala bulan puasa menjelma, wataknya yang agak unik mampu memancing mata untuk terus mengenali beliau. Sengau, hitam dan kerinting serta catchy, membuatkan saya sering menonton “Rumah kedai”. Faktor lain yang menjadikan drama ini terkenal, kerana berakhirnya rancangan ini maka hampir masuklah waktu berbuka puasa. Arwah Pak Halim pula, kalau dalam Lord of The Ring dia macam Gandalf.

Jika kamu rasa ini cukup nostalgik, cuba kalau saya sebut “Santan Berlada”? lupakan sementara “Pi mai Pi mai Tang tu “. Komedi awal bermula dengan “Hikayat Hang Setia”, dimana Param juga berlakon, berlatar belakangkan kehidupan zaman panglima.

Komedi selepas itu pula, “Jangan Ketawa” dan “Gado-Gado”. Kedua-dua siri ini menampilkan komedi gaya sketch yang mendahului zaman. Kalau tidak percaya kamu boleh tonton semula, kebanyakan lawaknya kini sudah boleh diterima.

Kamu kini ketawa kecil kerana teringatkan sedutan-sedutan kecil dari cerita-cerita diatas. Sedang kamu juga patut sedar, yang kamu telah besar panjang. Saya tak pasti apa yang membesar dan apa yang memanjang? Mungkin membesar untuk perempuan, dan memanjang untuk lelaki. Agak saya.


Cuba dikaitkan dengan lukisan:

Maka, setelah sedar yang kita telah jauh meninggalkan zaman diatas. Pada segala tahun yang telah berlalu tanpa kita sedar. Apakah yang bermakna telah kita lakukan? Bukan pada dunia, tetapi sekurang-kurangnya pada diri sendiri?


Berkaitan dengan lukisan:

Jadi lakukan sesuatu, apa-apa pun, selagi ianya berfaedah dan bermunafaat. Apa pun yang kamu mahu buat, yang kamu minat. Belanja diri sendiri makan, atau mahu boikot Amerika dan Israel. Mahu beri saya wang atau mahu melihat alam ghaib, hanya lakukan. Walau sekecil bijan dikisar seratus nilainya, walau sehalus kelemumur kuman sekalipun.

Dan jika kamu mati selaku pengemis, dan kamu sempat menyatakan rasa cinta kamu kepada gadis kerja bank idaman kamu selama ini. Sekurang-kurangnya, kamu tidak...

“USELESS, like Starbuck…Sitting across a street, of another Starbuck”




...walaupun cinta kamu ditolak.






p/s :: Saya ada blog, dan jika saya mati selaku pengemis. At least, Useless like Restoran Tom Yam Ala Thai sahaja kot?

7

Silly boy in blue




Title : Malam yang sepi..pi..pi
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Salam cangkuk (Ptuih!)



Malam yang sepi~pi~pi,

Aku memandu seorang diri. Hari ini berlainan sedikit, aliran adrenalinku agak mengujakan. Nafsu pelumba lariku memomok ke benak fikiran. Dulu, aku tidak pernah mengalah memecut ke garisan penamat. Jika kalah pun, kerna pihak lawan memakai kasut ‘spike’.

Aku menoleh ke cermin sisi, kalau-kalau ada kereta yang cuba membontoti kereta aku. Pasti akan aku sahut cabarannya. Jika dulu aku bergelar Black Stallion, hari ini watak itu bakal muncul kembali. Setakat 150km/j di lebuh raya wilayah memang bukan masalah, kalau mahu lebih. PS2, need4speed boleh la sikit-sikit.

Sedang ligat otak ini memikirkan gaya yang mahu dipadankan. Samada mahu sendal kepala guna sebelah tangan gaya initial-D, atau sebelah tangan memegang tombol gear gaya kebanyakan filem-filem semasa. Mataku terpandang cermin pandang belakang, lampu tingginya di kilas beberapa kali, menandakan mahu cari pasal. Aku tersengih.

Aku memberi laluan, bersedia dengan gaya sendal kepala (gaya memegang tombol tidak masuk akal, kereta auto). Seperti biasa, langkah seterusnya. Pancung belakang, tekan minyak agak rapat, seinci bumper ke bumper.

Selesai memasuki langkah pertama, tiba-tiba kurasakan telurku mengalami pengecutan yang begitu mendadak. Serentak dengan itu telefon bimbitku menjerit pinta di sahut. Kini gaya menjadi lebih lebih rumit, posisi kekal gaya sendal kepala, ditambah lutut kepit stering, tangan kiri menjawab panggilan sambil menurunkan volume radio.

+ : Wei! Cepat la sikit!

Aku : Aku tengah pecut ni, tapi ada kereta depan.

+ : Apa ke bongok, potong la.

Aku : Tak boleh la.

+ : Cucuk la. Pancung kiri ke? Hebat sangat ke kereta tu?

Aku : Kereta Wira je, dengan ada tulisan polis sikit..
.
.
*Sunyi*


+ : Ok, ingat pesan aku ni. Biar lambat asal selamat.


Aku kembali ke posisi pemandu tauladan. Dan tidak lama kemudian, saiz telurku kembali normal.





P/S :: Kabare?

21

Review blogger ternama bernama....


Title : Primajohnna
Medium : Photoshop and brushes
Technique : Ukur lilit pinggang yang mengejutkan!



John Hafiz. Nama yang tidak perlu diterangkan lagi, umum mengetahui penulisannya yang berunsur jenaka + bimbo + dibenci, (that is so 2008 ~ ).Dari segi perwatakannya, dia sarat dengan isi yang terbonjol di kantung perutnya.

Selaku penulis blog yang ternama, amalan seperti menukar link blog adalah mainan biasa beliau dan golongan pandai tulis ini. Malah, John Hafiz cuba menggunakan pendekatan baru, dengan cubaan menukar-nukar domain pula. Dari Autojohnography ke Autojohnografi dan kini Primajohnna. Sempena nama timangan perut beliau yang maju, iaitu Perut-maju-na.

Beliau mengangkat diri selaku terlalu hebat bagi mana-mana perempuan. Kebanyakan perempuan-perempuan ini terpedaya dengan ilusi. Menyangkakan bengkakkan besar itu adalah kelibat Denver. Hakikatnya, Denver tinggal didalam bengkakkan itu, menyorok dan ketakutan. Tempat itu bagaikan rumah agam zaman kolonial jika dibandingkan dengan saiz Denver.

Wajah jejaka ini boleh dilihat seperti rajah diatas. John Hafiz.

Ehem!*punya perut*Ehem!.

Benar, dia tattoo wajahnya sendiri di permukaan mulus perut beliau. Memorial Park mungkin.

Dengan keputusan cemerlang ‘A’ saya dalam mata pelajaran karangan UPSR. Saya merasakan penulisan John Hafiz ternyata berlainan. Dalam erti kata muziknya (Juga mendapat ‘A’ dalam peperiksaan hujung tahun), kedengaran Raw tetapi mempunyai komposisi dan jalinan muzik yang menarik. Tetapi demi perasaan egois, saya katakan penulisan beliau cetek.

Cukup disini saya mencemarkan mata kamu dengan gambar dan cerita sebegini dosa. Maaf jika kalian terpaksa samak mata selepas ini. Saya tidak mampu meneruskan review, maaf, ini terlalu menyiksakan. Pelbagai kejadian aneh berlaku ketika saya mahu menyiapkan gambar dan review ini. Seperti bau hanyir yang memualkan mula muncul secara tiba-tiba dari celah papan kekunci.



P/S:: Kadang-kala, ada yang menyangka John Hafiz memakai kuali di perut. Apa hal? Logik la skit.











13

Padan muka




Title : Padan Muka
Medium : Paper, pen, self photo, and photoshop (disaturate photo, cutout effect, laid on drawing)
Technique : Pengelupasan kulit



Arahan pada entri yang sebelum ini, perintah agar pembaca melihat persamaan gambar singa dengan wajah tuan blog ini, agak kurang berjaya. Ternyata kebanyakannya mendapati kurang bukti tuan blog ini berwajah elegant persis sang singa.

Akibatnya, saya jadi kurang senang dan mula berasa sakit perut. Setelah beberapa kali ke tandas akibat cirit-birit, saya meneruskan apa yang saya gelar “Karya bukti yang tak tersangkal dek akal”. Tujuannya hanya satu, saya tidak mahu menanggung sakit perut ini lagi dan, saya memang kacak seangkatan dengan singa.

Tranformasi yang dilakukan keatas wajah ternyata kacak saya dilakukan tanpa bantuan pakar bedah plastik. Jika diperhatikan rajah, kecacatan maksima secara kekal saya lontarkan pada wajah saya tanpa belas, apatah lagi kasihan. Walaupun beribu karakter serta kenderaan saya susun agar kelihatan muka-selalu-kena-reject, ternyata 1 peratus kekacakan saya pun masih tidak tergugat.

Kacak, jika diselidik didalam kamus dewan mahupun kamus antarabangsa. Maksudnya tiada pernah menyatakan nama otakkapasitirendah sebagai sinonimnya, mahupun maksud keduanya. Kerana itu bukan nama sebenar saya. Cuba rujuk makna bagi “Tampan”.

Namun apa yang dikesalkan, rata-rata bersetuju menyatakan wajah pada karya ini lebih kacak dari wajah sebenar. Dialog-dialog tersasul seperti “Bekham afro? Kacak gile!” atau “Model antarabangsa mana yang kau edit muka ni?” amat membuat gegendang telinga saya bagai dicengkam apit-G, kadangkala bagai ditoreh penoreh getah hati saya dibuatnya.

Sesekali, pernah saya terfikir mahu tattoo muka saya dengan design seperti dirajah. Adakalanya saya habiskan seharian semata-mata meng”google” saloon mana ada buat tawaran mengkeretakan rambut. Saya runsing, perlukah setiap rambut yang dikeretakan itu harus punya pemandu atau tidak? Bagaimana pula dengan tali pinggang keselamatan bagi penumpang belakang? Skirting, spoiler, turbo, bagaimana pula?

Mengapa saya terus mengarut dan kamu masih terus baca? Kerana saya kacak mungkin..

Dan dengar khabar angin yang menghembus, weeeeeeuuuu~ fuuuuuuuuuuuuuuh~ (bunyi angin kencang) yang bermaksud ; Sesungguhnya, pada tarikh yang kurang pasti dan waktunya pasti muncul. Darah merah diatas baju pengantin bakal memilikinya. Dengan itu tampallah pada baju, pastikan semua mereka yang percaya memakainya.

~hembusan dari angin tenggara

Bermakna, design ini bakal dijadikan baju dalam dua kemungkinan. Pertama akan dicetak atas nama kugiran Bloodonweddingdress. Dan jika mereka mengubah fikiran, ianya tetap akan dicetak atas nama Otakkapasitirendah. Dua-dua pun bagus, tetap akan ada gambar si kacak ini Perkara ini kamu tidak perlu risau sebenarnya, kamu hanya perlu sediakan duit dan beli tanpa banyak bicara.

Secara tidak langsung kamu telah menjana ekonomi salah satu dari kami. Kalau tidak pun, simpan sajalah duit kamu di bank, kerana diakhirat kelak orang yang paling banyak simpanan di banklah yang bakal ditempatkan ke syurga.



P/S:: Hei! Semua…Angin lintang kirim salam.









7

Singa Tangan Tiga ( Singa mana ada tangan?)




Title : Singa Tangan Tiga ( Singa mana ada tangan?)
Medium : Photoshop
Technique : Tarian singa



Buat pertama kali, iaitu yang julung-julung kalinya, maka bererti permulaan bagi sesuatu agenda, dipersembahkan sebuah karya yang bukan milik saya.

Jadi, apakah kejadahan yang cuba saya lakukan ini?

Pun begitu, saya secara peribadi menganggap karya diatas adalah penghargaan buat saya. Dimana jika kalian selidik rapat-atas(close up), akan terjumpa karya saya yang INI, digunapakai.

Penyalahgunaan hak milik?

Tidak, kerana karya yang INI memang sudah diserahkan pada Thirdarm Record. Dan mereka tiada kena mengena dengan kumpulan berunsur garisan atau warna. Mereka lebih kepada melakukan aktiviti kerja-kerja amal, rombongan sambil belajar ke negara-negara jiran, dan semestinya bukan bergaduh tidak tentu pasal dan berlagak kebal.

Dan, mereka gemar muzik. Seperti muzik masak kicap, muzik O ais limau, tonton filem The Sound of Music, tonton muzik-muzik dan main muzik-muzik.

Tapi kenapa singa?

Owh~ yang ini sila rujuk gambar pemilik blog ini….fesyen gerbang yang sama bukan? Elegent.
'
'
'
P/S :: Ini karya dari Man Dagu Manggo. Tak kenal? Sila rujuk archieve. Si Dagu, jasamu ku kenang

11

Skandal Bersama Tukang Kebun Sasa




Title : Buat Cinta
Medium : paper, pen, marker and photoshop
Technique : Cangkung atas jamban duduk.


*Sila amati lukisan dan baca


Berkhayal lah, jika ia membuatkan kamu terpana,
Tenunglah, jika ia membikin mata kamu bersinar,
Termenunglah, jika ia membuatkan kamu terkenang kisah lama,

Lihatlah sedalam mungkin,
Berharaplah seharap yang mungkin,
Mana tahu ianya mampu bercerita.

Saya mencoretkan cerita, cerita cinta.
Mungkin….

Mungkin….
Saya mencoretkan cerita, cerita yang tidak mampu diceritakan.

Mungkin….
Saya telah mencipta,
Sebuah KEPINGAN TERAGUNG?






P/S:: Kita tanya pula, apa kata survey? Owh~ satu lagi, "Liga M bukan bola sepak" kata jurulatih Malaysia, "Liga M ialah bola poket" saya mencelah pula.

9

Jangan Di Sisir



Title : Jangan Di Sisir
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : Ayuh berontak!



“Di jabatan Negara kami sering meramalkan, bahawa sekiranya Perdana Menteri Israel mengisytiharkan dunia ini leper, dalam masa 24 jam kongres Amerika akan meluluskan resolusi mengucap tahniah kepadanya atas penemuan itu”
- Donald Begus (Bekas Duta Amerika) -


Petikan diambil dari buku tulisan Henry Ford (pembuat kereta Ford) bertajuk, Yahudi Antarabangsa

Apabila Hanry Ford menulis buku ini, apa yang penting baginya ialah supaya rakyat Amerika amnya, dan golongan bukan Yahudi atau Gentile khasnya, sedar akan bahaya pengaruh pelobi Yahudi di Amerika Syarikat pada masa itu, iaitu pada tahun 1920. Mereka mahu menjadi bangsa ‘Super’ yang memerintah dunia, dengan meletakkan kuasa besar dunia (Amerika) sebagai boneka.

Tulisan beliau menyelongkar rahsia “Protokol-Protokol Ketua-Ketua Bijaksana Zion”. Artilkel-artikel asal telah diterbitkan dalam Deborah Indipendent (Akhbar Alternatif Oleh Ford sendiri). Memandang kepada keadaan dan aktiviti membawa kepada Perang Dunia II, dan keadaan dunia masa ini yang timbul akibat kekacauan di Palestin, menekankan sifat terus mata artikel-artikel asal yang kini deterbitkan semula didalam Yahudi Antarabangsa.

Maka, kamu akan sedar. Sudah berdekad-dekad lamanya kita dan nenek moyang kita hidup dalam atucara Yahudi, dididik dengan idealogi Yahudi. Segala sistem dan teknologi, pembaharuan dan kemajuan adalah propaganda besar mereka.

Jika kamu masih kurang sensitif lagi tentang penindasan kemanusiaan Yahudi terhadap Palestin. Kurangkan guna ubat gigi Sensodyne, kerana bukan gigi kamu sahaja yang jadi kurang sensitif, malah hati kamu pun begitu juga.






P/S:: Hampir kesemua cetakan asal buku ini telah dimusnahkan oleh Yahudi, mereka mencurinya di perpustakaan dan membakarnya. Naskah cetakan semula ini amat sukar didapati, sebar-sebarkan jika kamu memilikinya.

10

Orang Rumah


Title : Orang Rumah
Medium : Photoshop
Technique : Gesek-gesek mouse, tiba-tiba…KaaaBoom!


Kalau nanti dah berbini, dengan kawan-kawan lelaki, kita bahasakan bini kita sebangai ‘Orang rumah’. Pernah kita (lelaki) terfikir, apa pula gelaran pada si suami apabila para bini bersembang sesama sendiri?

Jika bini menjadi rumah, dan perkahwinan digelar ‘Rumah tangga’. Saya teka, para suami patut digelar ‘Orang tangga’.

Adil, kerana perkahwinan perlukan pengorbanan. Dan lelaki berkorban untuk dipijak-pijak.

*****************************************************************

Air dalam paip semua tersejat. Saya bersiap ke pejabat. Pagi itu sangat dingin.

Air dalam tangki jamban duduk, saya ceduk. Saya celup dua jari, calit hujung mata.
Air dalam tangki jamban duduk, saya ceduk. Saya gosok gigi, kumuh secukup rasa.

Pagi itu sangat dingin. Saya bersiap ke pejabat. Air dalam paip semua tersejat.





P/S:: Sepatutnya saya lukis sekali orang lelaki berkepala tangga disebelah gambar sediaada. Namun, saya agak ianya kurang menarik.

8

Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris?



Title : Kenapa tidak itik berbahasa Inggeris?
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : Mengkarate lipas dikala subuh (zaman UJANG quote ni gila funny)


FAHAM?...
.
.
OK, JANGAN SALAH FAHAM?
.
.
.
.
P/S:: Wassup Duck?