Dilarang kesat disini



Title : Komik antik
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Komik versi 5 minit


Jika dirujuk pada entri sebelum ini. Kelihatan saya melukis watak sendiri versi gonjeng, atau kata sopannya berambut pendek. Adakah watak itu sekadar alter-ego saya, atau hanya watak ciptaan agar saya kelihatan segak?

Kedua-duanya tidak benar.

Pertama, secara “common sense”nya saya memang kacak dan segak (tak perlu terangkan lagi pasti semua kamu sudah sedia maklum).

Keduanya, rambut saya kini memang berupa sebegitu. Ternyata kekacakan saya tidak dipengaruhi oleh timbunan rerambut gulung itu selama ini. Kini boleh dikatakan, terlebih kacak sudah. Sudah kurang kelihatan lebah-lebah tersesat mencari sarang mereka.

Walaupun, saya secara peribadi faham yang kamu memang tidak mahu ambil pusing tentang ini. Sudahlah kamu mahu fikirkan tentang belanja sekolah anak, politikus-politikus yang kini popular melebihi selebriti, dan ekonomi yang makin teruk. Yang lebih membebankan disebabkan semua ini, niat mahu kawin dua kamu juga menjadi lebih rumit. Mana mungkin mahu fikir tentang seorang blogger, yang sudah kacak ditimpa segak pula ini.

Apapun, saya hanya mahu pesan jika kamu-kamu ini terjumpa saya dimana-mana.

Jauhkan diri dari saya jika kamu seorang yang “KESAT” sifatnya.




P/S:: Piawai keKESATan boleh dirujuk pada politikus sedia ada, mereka adalah peringkat tertinggi dalam piawaian ini.


10 comments:

  1. Elsa S said...:

    memang best blog mamat nih :) gambar die cun, tulisan die sharp. naaaiss!

  1. s.c.h.u.l.t said...:

    hahaha..comel!!

    xyah gune mancis dah..gune rambut je eh? :p

  1. mynncinonet said...:

    kiut2
    lamer x bce blog kamu.
    makin besh huh!

  1. Anonymous said...:

    benarkah?
    c u wednsday nite ok?
    pasti sudah lebih ringan kayak winger yang laju
    yeah!

  1. betty said...:

    kepala mikrofon pon bleh kan?
    tp contact to rough surface takda api dan smoke lah.
    ha-ha

  1. JackS said...:

    hey brade? wassup..lame x nmpk? kau dh btol2 kacak ke skrg? cit podah!! ke kau berkepala mancis dowh..

  1. Anonymous said...:

    lukisan kamu ini sahaja sudah cukup menceriakan hari saya.. :D

    tambah plak dgn tulisan kamu jadi lagi mantop.. haha!

    Fabulous!!

  1. BudAk hijAu said...:

    KESAT! adalah sejenis santapan di raja zaman dulu kala...kan,kan,kan..?

  1. Helmi Razali: Terima kasih, kamu punya citarasa yang bagus..tentang saiz tu, akan saya perbaiki. haih!
    owh~ dan gonjeng = berambut amat pendek daripada asalnya.

    elsa: naaais 2 you 2...;p

    s.c.h.u.l.t: hahahah..thank

    mynncinonet: dah sudi singgah pun ckup bg saya. pasni sjnggah la slalu2, kalau bleh jdikan amalan.
    heh!

    whammy: malangnya, futsal itu perancangannya terbatal..

    lola: kepala microfon kedengaran sedikit lucah..dok gitu?

    jackS: kau mmg jarang la nampak aku, sejak segak ni kawan2 ramai kurang perasan..heh!

    shikin: mcmni la baru tunang yang bagus..apa saya buat semua pun kamu suka.
    tak sia2..hehhh!
    haih! sebulan je lagi..

    budak hijau: sekejap..dalam buku sejarah takde cerita pulak, lagi pun bahasa melayu SPM 4. tambah tolak bahagi sikit2.
    sumpah saya tak tahu encik.......

  1. John Hafiz said...:

    wei, hang suka kot ni : http://www.bunnywax.com/drawings