4

bloodonWEIRDingdress


Title : bloodonWEIRDingdress

Medium : picture of BloodOnWeddingDress and photoshop

Technique : menganehkan lagi mereka yang sudah aneh…


Satu malam ketika aku sedang dalam mood Lazy, aku mendapat pesanan text ringkas dari si anu(buat masa ni nama dirahsiakan), salah seorang mangsa yang pernah menjadi kutukan dalam blog ni..text beliau bertulis begini :

"aku juga manusia.......shape muka kita mungkin berbeza, tapi shape hati kita tetap sama... -yang terluka-"

From: ~M@n D@Gu M@NGGo
10:44pm 25/1/08

(*
Peringatan: ini hanfon motorola)

Pertama, nama dia dah tak rahsia lagi..dan kedua, untuk pengetahuan anda dia dari kugiran 'BloodOnWeddingDress'....benar, itu ialah nama kugiran, dan bukan mitos sebuah tajuk cerita lucah dari uganda.
Ketiga, aku tujukan karya diatas ini khas buat dia, si dagu "AWAS! boleh mencucuk mata". dan..
Akhir sekali, shape muka kita dulu mungkin berbeza...tapi kini tidak lagi, lihatlah dagu kami.

Cuba teka, yang mana MAN DAGU MANGGO yang asli?





.

5

aku mahu kamu, yang biru..aku gemar engkau, yang hijau


Title : aku mahu itu, yang biru
Medium : blue paper, pen, and photoshop
Technique : memandang kelagit…dan berfikir..lukis dan photoshopkan.



Aku suka itu..

Yang biru…

Aku mahu kamu..

Yang biru…

Mataku dilangit tinggi..

Warnanya biru..

Bukan mataku,

Tapi langit itu…

Yang biru..

But how?…

Ah!

Buat apa nak hirau,
Aku tak risau..

Aku lebih gemarkan engkau…

Ya...
engkau..

engkau,
Yang hijau..



2

Lupa diri lalu mati


Title : Lupa diri lalu mati

Medium : brown paper, pen, and photoshop

Technique : idea from “pg99” release cover + selipar “mixstar original”…cuba lukis, menjadi, lalu scan dan terhasil begini

Weekend baru ni aku telah pergi ke Melaka..ada acara kugiran anak-anak muda katanya. Akibat dari trip to have fun, dan disokong oleh pertemuan dengan jenis manusia lupa diri baru-baru ini, dan beberapa kematian yang tragedy dan belum pasti. Maka, aku kisarkan perkara-perkara tersebut untuk dijadikan tali, dan dengan tali itu aku bisa simpulkan kesemuanya dalam satu ikatan yang sama…




Dulu kau tak mewah...

Tapi itu mencukupi

Bila kini dijulang tinggi..

Kau lupa itu dulu hanya mimpi

Kini mewah itu kau rasa tidak indah..kelat, pekat masalah

Rindukan budi pekerti.

Rindukan kejujuran hati.

Rindukan ketulusan memberi.

Rindukan kasih yang sejati.

Kini hidup telah hilang seri…hilang paksi..

Kau lupa..yang kau lupa diri

Kau sedar kau pasti mati..satu hari nanti

Tapi kau butakan hati.

Lalu kau bunuh diri.

Kau sedar kau pasti mati..satu hari nanti

Tapi kau lupa diri..

Lalu mati.




5

Kembara si anarchist wannabe.


Title : Kembara si anarchist wannabe.

Medium : paper, pen, marker and photoshop

Technique : kerja dihari cuti…suka idealogi anarchist, lalu cuba libatkan diri..

23hb January 2008

Hari ini aku ingkar kepada kerajaan, kerana bekerja pada cuti umum yang diberikan..menurut buku aku boleh di kira anarchist, kerana bertindak tidak mengikut arahan yang di perintahkan, aku ingkar kata kerajaan, aku ingkar cuti yang baru di isytiharkan, itu semua rancangan membida undi dan menjaga hati, paklah..paklah. aku tetap redah, tanpa peduli dan tanpa rasa kesah. Dalam hati terbuku juga rasa benci..siapa yang sudi, pergi out station pagi-pagi hari. Cammon la..cuti ni.

Aku kuak kabus-kabus pagi, dikala pengikut hindu membuat ritual suci. Inilah thaipusam paling hambar dalam hidup aku berbanding tahun-tahun sebelum ni..hihi! dalam radio aku dengar si DJ pun tak puas hati, keje time cuti. Tambah pulak berita Keith Ledger mati. What a day..aku Cuma menanti apa yang bakal datang lagi lepas ini.

250 km, dan 500 km all together pergi dan pulang. Destinasi dari sunway ke kuantan pahang. It is like flying to the moon and back nak habaq kat hang. Apalah yang merasuk aku sampai sanggup kembara semata-mata untuk meeting bersama mereka. Ya, mereka yang bergelar dato’ yang sangat pelupa…sentiasa lupa, lupa siapa diri mereka, sentiasa alpa yang mereka itu manusia biasa. Jual cerita sana-sini tinggi-tinggi, jari telunjuk tegak menunding kemuka-muka rakyat biasa seperti aku..biarlah mereka. Aku seperti biasa tutup telinga, buat-buat leka. Politik bukan aku punya selera.

Habis meeting, dato’ nak belanja lunch. Dalam senyap aku menyelinap larikan diri dari golongan pelupa ini. Bukan apa, bukan tolak rezeki atau saja cari bala..aku Cuma kurang selera bila makan semeja. Mulut sekor-sekor bau najis, cakap semua nak manis. Aku terus pulang…

Jarak 250 km yang seterusnya..aku masih berasa seperti anjing. Bayangkan, projek bos aku punye, fees bos aku punye, reputasi bos aku punye, tapi…kerja aku punye, mengembara aku punye, maki hamun aku punye, penat sengkang mata aku punye, yang letih-letih semua aku punye, dia duduk relax letak tangan atas peha dan aku dapat gaji tetap macam biasa.

Aku tertipu dengan taktik bos aku, dia kata “kau pergi la meeting dulu, nanti khamis ganti cuti kau tu”. Dengan mudah dia meng’HINDRAF’kan aku. Taktik kotor kerajaan memberi cuti untuk mengambil hati penganut hindu. Kini dia guna kat aku. Nak buat macam mane lagi, jawatan aku kuli. Inilah nasib seorang anarchist (idealogi yang tak mungkin boleh buat aku lupa diri) wannabe..

Tetapi aku kembali tersenyum kerana sebab-sebab yang begini :

- 500 km x 60sen (mileage)

- RM 28 x 2 (toll)

- RM 60 (allowance)

- 8hrs x RM 19 (overtime)

Total = RM 568 (Horay!) + khamis cuti (double Horay!)

0

gebang kuat!


Title : gebang kuat!

Medium : paper, pen, marker and photoshop

Technique : cuti, aku nak cerita tapi tak reti menaip….lukis dan scan




Entri ini mungkin nampak paling bising..

Tengok dulu, lepas tu korang cerita la dekat aku, apa yang korang tahu..huhu!

Cerita kat menantu, cucu-cucu, cikgu serta guru…satu persatu, jangan melulu.

4

Encik! Aku si rambut aneh, dada terbelah, hati pecah dan aku tak kesah


Title : Encik! Aku si rambut aneh, dada terbelah, hati pecah dan aku tak kesah

Medium : paper, pen, and photoshop

Technique : balik kerja, tanpa mandi, tanpa makan, lukis, dan scan

Ini adalah aku…. Jika rambut bagi wanita adalah makhkota, rambut aku pula persis mop lantai pasaraya. Aku tak pernah peduli apa orang kata, kamu nak maki, kamu nak cerca, kamu nak persenda, kamu nak buat bahan ketawa, nak tangkap gambar and MMS kat rakan sebaya, whateva~ Jika lukisan ini aneh, maka aneh la aku, semua ikut suka hati kamu. Sumpah aku tak pernah kesah, dada dah pun terbelah, hati aku dah lama pecah..,Kalau sudah memang begitu di matamu, aku tak akan ganggu. Jika nak peduli apa orang lain kata, dah lama aku lenyek korang bawah kereta. Kalau ditanya apa perasaan… maaf, ini bukan kaunter pertanyaan, so..aku malas nak layan.

5

nama saya mig"RAIN"


Title : nama saya mig”RAIN”
Medium : paper, pen, marker and photoshop
Technique : tak kerja, m.c, Boring + Migraine, lukis kasi tenang hati

Aduh! Sengalnye kepala, rasa macam kena tokak serigala. Cucuk dari segenap hala, tikam tengah-tengah mata..aku terseksa! Bahana banyak terdengar lagu nyanyian RAIN, aku kini kene migraine. Kulit kepala rasa kene tarik dengan kren, dah tak larat nak komplen..I hurt my brain, my brain in pain!

Kalau jajahan dikawal oleh kerajaan, maka aku dikerajaani oleh minda sendiri..kadang dia turuti perintah empunya diri, kadang dia buat sesuka hati. Kala begini aku mula mengerti..otakku punyai limitasi. Dia punya ruang, dia punya kekosongan yang perlu di isi..tapi, aku isi dengan api-api berahi, aku isi dengan imaginasi dan fantasi untuk onani, dan samar-samar terlihat kelibat isi-isi berinfomasi, itu pun kat belah-belah ujung sisi kiri benda yang di panggil mentality ini.

Aduh! Seksanya, terencat segala kata-kata. tertangguh segala cerita. Bagai marak api dari neraka, membakar habis segala kota-kota minda. aku tak mampu…..tak mampu karangkan lagu bagi dia sentosa, tak mampu pujuk dan rayu bagi dia bahagia…aku mampu tutup lampu, biar gelap gelita…..dalam kelam aku derita, harap-harap akan timbul cahaya.

2

aneh


Title : Aneh
Medium:
Technique :

aku dikelilingi haiwan fantasi
sesama sendiri mereka menari-nari
walaupun berdiri tetap bergoyang kanan dan kiri

aku dikerumuni haiwan fantasi
pelbagai bentuk pelbagai posisi
walau begitu tetap punya kaki dan gigi..tapi harga diri?

teruslah menari haiwan fantasi
penuhkanlah lagi segala imaginasi...para lelaki
Terangkan lagi persepsi seksi..kita muda-mudi

teruskan menari haiwan fantasi
serlahkanlah celah-celah sisi isi..segala misteri
terangkan lagi maksud tersembunyi...dunia masa kini.

2

Ape ni?


HARI INI ANDA KETEMU, BUKANLAH SATU KARYA BERMUTU, HANYA AKU MAHU ANDA TAHU, BUKAN SEMUA LUKISAN ITU BISU.

Title : ape ni?

Medium : pen, kertas, adobe photoshop and kemarahan

Technique : teknik melempiaskan kemarahan keatas kertas-kertas!

Lama sudah aku tak buat coretan hidup..kata-kata aku makin ringkas, kurang kemas, mainan bibir sahaja yang mampu aku lakukuan. Aku bukan ahli bahasa, aku bukan penggila kosakata, aku sekadar insan kepada yang esa. Jika lemahnya aku terletak pada tajam akal aku mengolah bahasa, sehingga menjadi senikata? so, aku terima. Aku bukan emo, Cuma terlebih makan chipsmore. Have you heard about a band called Paramore? Nahh!...forget about it, aku Cuma nak bagi dia rhyme some more.

Dalam pada aku menyepi dari menulis isi hati dan tentang diri. Baru-baru ini aku di label nerdy, gara-gara aku tolak peluang berParty. I’m telling you, there are still a thousand of these narrow minded berkeliaran sekitar kita, kat lorong-lorong kota, dalam kereta, sebelah meja, tempat kerja, lapangan terbang antarabangsa, merata-rata. Bangsa yang fikir gaya hidup metropolitannya tu adalah segala-galanya. Paling up to date, paling top, paling da’boom!

Penghina : eh? Kenapa tak join party lepas dinner semalam? Boyfriend tak kasi eh?

Teman wanita : a’ah~ (sambil makan kuaci dan ludah kulit tanda protes)

Penghina : oow..dia memang tak suke eh? Kalau tak clubbing, malam-malam tak bosan ke? Watpe je?

Teman wanita : a’ah~ dia memang tak suka sangat clubbing-clubbing ni.

Penghina : dia nerd eh? (muka yakin, tanpa fikir tentang hati orang lain)

Teman wanita : erk! Dia tak pegi clubbing, tapi….

Penghina : whatever~ Nerd la tu... (muka sangat yakin)

Teman wanita : kalau tak clubbing tu nerd ke? Daa~ puf! (sambil ludah kulit kuaci kat muka penghina)

Berhentilah..sudahlah…jaga la maruah tu, jangan sampai orang panggil engkau Goblok, lepas tu engkau nak marah, Mengamuk tak tentu arah. Eh? Boleh blah lah!

Sebenarnya aku tak rasa marah pun, cuma kesian dengan orang moden berfikiran zaman jepun. Aku ape pun tak peduli, susah ape? Tutup telinga dengan guli kasi tuli. Akhir sekali, campur semua, tolak amarah, and then bahagi-bahagi dan kali-kali. Tercapailah maksud karya aku ini.

Tentang aku dan sakit hati.

Marah aku tak tahan lama,

Sejenak aku hambur maki,

Sat lagi aku tabur dedaun aneka warna.

0

Bapaknya bernama Abdullah, adalah sepucuk pistol.



Title : Bapaknya bernama Abdullah, adalah sepucuk pistol.
Medium : paper, marker and photoshop
Technique : testing marker, conteng-conteng, dan scan

Be careful my dear son,
Don’t suddenly trigger your gun..

Be careful my lovely son,
Don’t you run too far from fun..

Please, be careful my son,
I don’t wanna wake up within nine months..

Where I’ll have a Grandson,
His father is one of a gun….

Versi alih bahasa

Hati-hati wahai anak abah,
Senjatamu jangan diludah bersepah-sepah..

Hati-hatilah anak abah,
Bergembiralah tapi jangan sampai rebah.

Tolonglah, hati-hati anak abah,
Abah tak nak 9 bulan lagi abah naik marah, sumpah seranah!

Bila kamu terpaksa bersumpah,
Sumpah abah…ini bukan anak Pak Lah!

3

Ini serius Sangat Berat!


Title : Ini serius Sangat Berat!

Medium : white paper, pen, and photoshop

Technique : Draw on paper, scan, Edited in Photoshop, and..Ding Dong Yoo!!




Berat.

Berat

Berat..

Tentang restu dan rahmat.

Berat.

Sangat.

Berat.

Tentang nikmat dan berkat.

Sangat.

Sangat.

Hebat.

Tentang Hikmah dan Hasrat.

Tentang Tangan yang kita angkat.

Tentang Limpah yang kita nikmat.

Ingat.

Ingat.

Ingat.

Ini serius sangat BERAT..

1

Bencikan Hates



Title : bencikan hates
Medium : white paper, pen, and photoshop
Technique : Draw on paper, scan, Edited and coloured in Photoshop, and..Walla!!


Hari ni aku nak story..kat dunia ni dah tak ada maksud harmony..lagi. semua dah tahu, pemberita dah cakap, akhbar-akhbar dah ungkap. Tak ada tersembunyi lagi semua dah tersingkap. It’s so fuck up!


Ini bukan sakit mental lagi, tapi mentality. Manusia mula hilang morality. Tak tau beza mana fantasy mana hakiki. Benci-menbenci! Sakit hati! Busuk hati! Bunuh mak sendiri, anak bini, bayi, menteri, bekas menteri, pejalan kaki, pengundi, paderi, tok aji! Sudah-sudah lah….sedarlah kita semuanya lemah. Sampai bila-bila pun tak sudah. Tak guna betikam lidah, sumpah seranah, Panah memanah, ludah meludah! Jangan sampai DIA marah..pemerintah segala pemerintah, pemilik segala hak, pemunya segala benda dan harta..Baginda segala raja. Kalau engkau benci sesiapa, apa-apa, benda, mahupun sebesar hama ..maka, kau membenci hartaNYA, DIA yang Maha Esa.


Buanglah dari ulu hati engkau!
Kikislah dari kulit engkau!
Samaklah setiap inci naluri..
7 kali air tanah, 1 kali air suci..
Koyakkan lah dari dinding hati!
Biar tuli dari BENCI!
Lalu berbisik hati katanya begini..

"aku BENCI sifat BENCI”

0

JAJAH!


Title : ape yang datang? Cuba terang?
Medium : white paper, pen, and photoshop
Technique : Draw on paper, scan, Edited and coloured in Photoshop, and..Super!!


Bebiri berbisik sesama sendiri…
~Dude! Cuba tengok ape yang datang?
~Alah…dia datang nak bagi lalang. Kita jugak yang senang

Rumah bertegur sebelah menyebelah…
~Beb? Cuba tengok ape yang datang?
~Alah…dia datang nak bertukang. Kita jugak yang senang

Isteri ragu bertanya si suami…
~Bang…cuba tengok ape yang datang?
~Alah…dia datang nak bayar hutang. Kita jugak yang senang


Cuba terang?

~Memang dia datang nak bagi lalang, nak biar ladang terang, hutan-hutan jadi lapang
~Memang dia datang nak bertukang, nak tarah gunung-ganang, nak ubah jadi kilang
~Memang dia datang nak bayar hutang, nak bagi kita bertenang tak berang, baru senang nak SERANG!

2

Tutup Lampu

Title : Tutup Lampu
Medium : Yellow coloured paper, pen, and photoshop
Technique : Draw on paper, scan, Edit in Photoshop, and..NIN DIA!

Pagi yang sangat Menyampah. Aku baru cakap sikit, dah kene simbah, sumpah-seranah!

Tengahari yang sangat Meluat. Tengah elok makan nasi, tiba-tiba kat sayur ada ulat! bangsat!

Petang yang sangat Gampang. Aku baru packing nak pulang, keje datang macam pelempang! Pantang! Pantang!

Malam yang sangat Sial. Aku baru nak mandi, tengok sabun tinggal sejengkal! Baghal!

Tengah malam yang sangat Kimak. Aku baru nak tidur, tiba-tiba rasa senak…rasa nak berjimak! Cilakak!


Hmmmm………..

Aku umpama sebuah lampu, yang cuba cari jalan, cari ketenangan, lari dari kekalutan dan desakan. Limpahkan cahaya terang setiap jalanan dihadapan. Itu sahaja yang aku mampu..kerna aku umpama sebuah lampu.

Tapi kelilingku ada beribu tangan yang "tough", yang cuba jadi bajingan, halangan, cuba-cuba nak tekan, cuba makan, humban beban, tumbuk muka ikut depan, tikam pisau belakang badan, Eh! Kawan…With me you have to be rough..Because it’s not easy to "turn me off "

2

REBEL

Title : Etika ketika rebel
Medium : coloured paper, pen, scanner, and photoshop
Technique : Draw on paper, scan, Edit in Photoshop (invert) and..Surprise!

ETIKA UNTUK REBEL

1) Potong kepala jika tak pakai otak
2) Tinggalkan senjata, kita bukan perompak
3) "Bear hands" knuckle to knuckle, head to head
4) Jiwa mesti sarat, berat berisi knowledge bukan hates
5) Bakar hati kasi berkobar
6) Kaki melangkah gagah macam gajah, biar bergegar

2

Resolusi Babak Akhir

Title : Resolusi Babak Akhir
Medium : Envelope, magic colour, pen, scanner, and photoshop
Technique : Draw in a piece of envelope, scan, Edit in Photoshop, and..Tadaaaa!

Dari flat pelajar aku berhijrah ke apartment kelas kerjaya. Kini aku dah kerja, seminggu 5 hari aje. Dapat kemudahan, pen, kertas, kerusi, computer atas meja. Agak-agak bahagia? Sometimes ada le..

Sejak semakin mewah, aku semakin alpa. Tuntutan hutang dan rentetan rayuan sudah tidak kuterima. Tenteram, aman dan sentosa. Heh! Semua beralamat lama. Tapi semalam tidak seperti sedia kala. Mimpiku membuat lenaku terasa hina..fikiran kosong, yang ada cuma tanda Tanya (????)
Sampul surat kuterima. Cukup menyatakan segalanya…alamat seperti tertera cukup buat aku terus gila, seksa, merana dan tercerna…

Maksud contengan

Kepada, Encik pemiutang

Pertama, disini bahawa aku ini bukanlah seorang angkasawan. Hanyalah anak kecil yang baru nak main bangsawan. Halwa mataku hanyalah cereka "PINGU", senang terima kata-kata si bisu. Peliharaanku hanyalah seekor haiwan fantasi bernama "PU-PU". Najisnya tisu, nafasnya berbau. Aku Cuma mahu satu..Ya! hanya satu..sebab aku tak tamak macam kamu.

Aku mahu dengar lagu silam. Kalau boleh semua dari piring hitam..bila dengar aku nak duduk diam-diam. Mata aku pejam…dua-dua tangan aku genggam, sampai bara api boleh padam. Masa yang perfect untuk lafazkan azam…

Aku akan terus begini, terus-terusan melimpah seni..
Aku akan berhenti disini, berhenti dari dicari..
Ini hanya satu resolusi, ikrar janji pada diri sendiri.
jadi tak jadi tak tahu lagi....

2

Resolusi Babak Satu



Title : Resolusi Babak Satu
Medium : PTPTN envelope, red pen, black pen, new yellow magic colour, scanner, and
photoshop
Technique : Draw in a piece of envelope, scan, Edit in Photoshop, and..Tadaaaa!


Selamat menjejak masuk 2008, secara metamatiknya, semua orang makin meningkat usia. Dunia oh! Dunia…engkau pun semaikin tua.


Aku tak pernah punya resolusi diri, dari lahir hingga dah abadi sebangai lelaki sejati. malam ni tak ubah macam fantasi, aku cuba bikin resolusi! Aku tercari luar diri, celah pipi dan gigi, cari-dan-cari-lagi-serata-hati, tiba-tiba hati berkata begini. “ cuba kau cari kat luar plak, mana tau kot ada teselit celah laci” ape benda? Memang aku pun tak percaya. Aku buka laci tak ubah seperti jemari lelaki membuka coli, licik, smooth and steady..gently.


Pap! jatuh surat pedepap! Depan mata. Surat lama, alamat lama, zaman 2007 yang punya. Tak berlengah masih punya masa, sementara melangkah ke dunia sana, aku cuba buka cerita lama. Amaran ke-lima sila bayar semuanya. Termasuk caj lawyer dan surat segala. Jangan tunggu sampai terima surat seterusnya. Itu saja kata dia...
Dalam kepala cuma ingat gambar si dia.sahaja. selak dompet pun selalu nampak dia, semua orang pun jumpa dia akan rasa gembira!
tapi hari ini lain sketsa...dia nampak marah, ops! proper word "murka". sebab dia keler merah, bila kira cuma ada tiga..Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja.


URUSAN SERI PADUKA BAGINDA ….ampunkan patik maaf dipinta. Bukan hamba sengaja hamba cume terlupa…..sila janganlah tuanku murka, nanti hamba persembahkan satu cereka….Sepuluh Tahun Sebelum MERDEKA.


Senang Diri!........Jaga Sedia! ..........Aku Tabik Fahmi Reza!