17

Anak dan Ibu yang kuning



Title : Anak dan Ibu yang kuning

Medium : berus-berus pelbagai dari photoshop

Technique : pilih berus, klik kanan tetikus, gerakkan pergelanagn tangan dan KApoW!




Lihat rajah, dan

tenung lama-lama…



Hey! Kamu!

jangan nak fikir bukan-bukan!


Hah! Yang tu!

keluarkan tangan dari seluar kamu, ini arahan!



Neutralkan diri anda dari segi pemikiran.

Fikir dalam-dalam, sedalam seluar dalam, didalam lautan yang dalam.


Sekarang,

sebagai seorang yang berfikiran neutral dan rasional.

Terangkan apa yang kamu faham.

Dalam sesuka hati patah perkataan.







P/S :: Ini puisi separa arahan. Jangan abaikan suruhan beliau..PLEASE!



9

Bebiri pergi ke syurga, kambing pula ke neraka


Title : Bebiri pergi ke syurga, kambing pula ke neraka

Medium : paper, marker and photoshop

Technique : Banyak sangat.



Cake itu sebuah kugiran,

“Bebiri pergi ke syurga, Kambing pula ke neraka” ini mereka kata.

Masinlah hendaknya dan benar belaka,

Jika tidak, saya bebiri pertama yang berjumpa mereka di neraka.

Bebiri selepas di trimed, itulah saya.

Berbulu hitam,

Genetic perkasa.




Tahun depan umurku 27, akan saya nyanyi setiap hari,

communication – the cardigan” Itupun jika hidup lagi.




“Tetra Suci Lestari”

Pula, nama pekerja kilang dalam lif tadi. Name-Tag dia besar.




Kata otak saya ketika berfoto,

“Senyuman yang cantik, ialah bila kau dapat lihat pipi sendiri” Senyum yang pahit pula, bila lepas minum kopi.




Cuba Tikam “1774”

Ini nombor pesanan mcdonald saya sebentar tadi.








P/S :: Perenggan pertama sahaja ada kena mengena dengan rajah, selebihnya sekadar meludah kahak pekat perasa coklat.



9

Mentari Ink (episod dua)




Title : Mentari Ink (episod dua)

Medium : graphic marker, betis-betisku, awww..

Technique : Promo percuma menggunakan tubuh badan.



Again, welcome to Mentari Ink! Ini episod dua. Episod tiga pula selepas ini.


Tattoo palsu pada betis kanan pemilik ini bertajuk “baling Molotov koktail dengan tangan kirimu, dan breakdance lah selepas itu!” Dan pada betis kiri pula, ialah tajuk cerita lucah untuk pengantin.

Bukan! itu ialah nama kugiran yang memang tak sedap. BloodOnWeddingDress (tahi!)

Tahukah kamu asal-usul nama kugiran ini? Mengikut fakta nyata, nama kugiran ini berasal dari kejadian seperti yang akan diceritakan di bawah.



Cerita Fakta:

5 orang individu, 4 orang darinya ahli kugiran tersebut dan seorang rakan. Mereka sedang lepak-lepak selepas sesi latihan di sekian kedai mamak, berkoordinat di Melaka raya, sebelah kedai serbaneka Tujuh “E”. Man Dagu Manggo merupakan ketua kumpulan jahat tersebut memberi topic hari itu, “Nama baru untuk kugiran yang menyedihkan”.


Sejam selepas itu, bergelen air liur melimpah ruah, mengRe-fill air kosong kami beberapa kali. Namun masih gagal memuaskan hati Monster Dagu bulan sabit itu.


Kelihatan Juru vocal kugiran itu agak lalai memerhatikan kedai baju pengantin di seberang jalan. Matanya asyik merenung satu persatu blouse pengantin yang tersidai permai. Matanya tenang dilimpahi ketenangan warna serba putih. Tidak lama selapas itu, ekor matanya teralih kearah seorang jurujual, yang sedang keluar mengusung sehelai dress menyeberangi jalan yang sibuk. Dia kemudian berlari anak menyeberangi jalan, sambil sedikit bahagian dress itu terseret di jalanan tanpa disedari.


Separuh lariannya, dia terpijak dress itu dan tergolek ditengah jalan sibuk itu. Pada masa yang sama, sebuah kereta sedang meluru kearahnya.


+Bunyi brek yang kuat! (cuba jerit “eat!” dengan cemas, dan bakar getah untuk dapatkan efek bau tayar hangit)

“Mati?”

“Mustahil, bunyi brek tadi macam kereta dah bikin dan berjenama mahal”


Seketika kemudian, kelihatan jurujual itu terbongkok-bongkok bangun sambil mengibaskan habuk di sendi-sendi badannya. Luka sedikit di siku, cedera sehiris di buku lali.


“Hoi! Gila ka!” driver kereta bikin berbrek jenama mahal, mula buka buah murka.


Jurujual tadi hanya tersengih malu, sambil blah slow-slow dia cakap

“ Soli incik” sambil kedua tangan dirapatkan dan buat aksi menyembah, kemudian dia tunjuk dress yang dia usung tadi, dan kata “Belat lo ini wedding dless”.


-Habis-

sarikata oleh jenyu:)




P/S :: Tadi masa nak potong rambut, juru potong lupa nak pakaikan aku kain penepis rambut dari terkena pakaian. Separuh jalan, baru dia perasan. Dia cakap ini “Sori, I’m so interested to cut your hair, sampai I forgot. Hehe!”

Ah~ pujian di saat yang paling akhir, adalah seratus peratus kepedihan.

13

Mitos rerambut sotong




Title : Mitos rerambut sotong

Medium : paper, pen dan photoshop

Technique : memasukkan benang ke dalam lubang jarum





Tumpukan perhatian!

Lihat lukisan selama 5 saat..ikut kiraan saya.



1!....................2!......................3!.....................4!....................5!



Sekarang, dengan pantas alihkan pandangan anda ke gambar pemilik blog pada sudut kiri skrin kalian. Dan bayangkan beliau menyebut kata-kata ini;

"Hello! Saya OtakKapasitiRendah, orang cakap saya hensem, tapi sebenarnya saya tak pun."


Tahukah kamu, rambut beliau itu tidak palsu? Jika anda samakan rambut itu dengan sotong pada lukisan diatas pun, still dia cool aje. Kerana pada hemahnya, telah dijadikan tuhan sajaklah rambut itu untuk beliau, sedangkan tuhan itu sememangnya maha adil dan mengetahui. Dan dia menghormati keputusan tuhannya itu.

Diriwayatkan lagi, kesamaan dengan rajah tertera diatas. Adalah benar, rambut lagak sotong beliau itu telah menarik pelbagai golongan untuk mendekati (mengkaji?). Tak kurang juga bencana. Bayangkan juga kapal terbang -kapal terbang tersebut umpama lalat atau lebah yang cuba menyelamatkan rakan mereka yang tersesat. Ahhh~ fenomena yang menyentuh.

Walau beribu kenangan masih tersekat didalam gumpalan rambut itu, ianya (rambut sotong) akan dipotong jua, demi meringankan beban si pemilik. Sila senyap selama seminit bagi menghormati pemergian rambut sotong beliau. Terima kasih.






P/S:: Rambut yang dipotong boleh tumbuh balik, tolong kata itu bukan mitos?




12

Jatuh atau terbang (tertonggeng)




Title : Jatuh atau terbang

Medium : Pen, paper and photoshop

Technique : saya sangat malas! Titik!




Kan dah selalu saya kata, saya seorang yang sibuk. Tengok la sendiri, dah hampir seminggu saya tak update apa-apa?. Kamu tak perasan pun? Ape? Tak ambik pot pun?


Bagus la. Saya pun malas nak tahu.


Niat awal saya, adalah mengemukakan entri untuk setiap dua hari. Atau semalas-malasnya dua entri seminggu. Minggu lepas menyaksikan graf prestasi entri blog ini paling teruk sekali. Dan harap-harap memang hanya sekali. (saja nak beritahu walau kamu tak peduli)


Hari ini saya pasang niat, akan buat entri setiap dua hari selama seminggu, bagi menghukum diri atas kemalasan minggu lalu. Kecuali, Saya malas. (yang ini pun kamu tak peduli)


Kalau bekas ketua Negara pun dah malas, saya apa lagi? Kita tengok dua hari lagi.


Mereka kata “Politic is like a game, once you know how to play, you can win”

Kata saya “Mereka itu, ialah golongan orang yang suka main-main”




Politik itu cerita fiksyen,

Kita bingung,

Sekejap dia jatuh,

Tiba-tiba dia boleh terbang.






P/S : : Jumpa anda lagi dua hari, doakan saya tidak malas.

8

Kimono (ekau nak poie tu jang?)


Title : kimono

Medium : Pen, paper, photoshop

Technique : menghafal ingredient Big Mac untuk makan percuma.




Seorang teman memberitahu saya, semalam adalah kali pertama dia mengucapkan kata-kata “Selamat hari ibu” pada ibunda beliau. Dan respon dari ibunya ialah “Sejak dah ada girlfriend ni, baru tau nak wish”. Teman saya hanya ketawa. Dalam hati saya “agak derhaka juga dia”.


Mendengar cerita beliau, saya pun memberi sebab dalam keadaan spontan “Bila dah ada girlfriend ni, baru kita belajar mendalami hati perempuan agaknya”, seraya itu kami sama-sama tersengih dan nampak beliau pun turut bersetuju.


Kenyataan diatas kedengarannya seperti masuk akal. Kerana, semalam juga kali ke duanya saya menyambut hari ibu, setelah dua tahun saya bersama kekasih saya. Mungkin juga kebetulan. Dan yang pasti, saya kurang setahun menderhaka berbanding beliau.


Untuk lukisan diatas, adalah sedikit sebanyak memori ketika berkunjung ke Jepun. Muka watak kelihatan seperti sedikit maskulin. Mungkin juga beliau adalah transeksual, dan saya tidak ada masalah dengan itu. Saya juga hairan, kenapa ada golongan yang bermasalah dengan masalah orang lain. Sepertinya mereka itu terlalu sempurna, maka kita lupakan.


Karya kejepunan ini juga mempunyai sebab yang lain. Selain minyak wangi berjenama “Issey Miyaki” sebagai hadiah untuk hari ibu, dan iklan nippon paint yang sangat mengkagumkan, ianya juga ada kena-mengena dengan keterujaan saya melihat video-video dua orang individu jepun yang hyperactive ini. Mempersembahkan Tetsu and Tomo (ketika ini mata memandang lukisan selama seminit, kemudian klik butang main untuk video di bawah). Selamat berhibur.


video


P/S :: Saya telah di “TAG” oleh dua individu pada minggu lepas, iaitu Fareenz dan Dila. Untuk Dila, ini kali kedua kejadian ini berlaku. Maaf saya sampaikan pada kedua-dua individu ini. Tajuk TAG kamu saya rasakan amat tidak sesuai untuk remaja seusia saya. Mungkin juga lain kali sahaja. (sila lihat video tadi untuk meredakan rasa kecewa anda). Dalam versi punk rock untuk Dila.



21

Kuda gerbang




Title : kuda gerbang (bukan kepang)
Medium : graphic marker, paper, photoshop (cutout effect)
Technique : angkat, tolak, masuk, picit.



Ini tiada kena mengena dengan lukisan.

Siapa sempat kenal pada pelakon wanita bernama Lydiawati? Kalau ya, anda juga pasti pernah melihat cerita Maero Attack, saat kecil-kecil dahulu setiap jam 4.30 in the petang. Dan selepas itu pula, cerita bersiri untuk emak-emak, Oshien. Dan kamu juga pasti kenal Ahmad Tarmimi Seriga, lebih sebagai pengacara More Jutaria. Jika kamu familiar dengan nama-nama dan tajuk cerita yang disebutkan dalam huruf gelap diatas?

Anda sudah dewasa, Secara umurnya. (baca: Tua)


Ini ada kena mengena dengan lukisan.

Kuda gerbang, bukanlah sebuah nama yang sepadan dengan karya ini. Kedengaran sangat cacat untuk karya yang sebegini flawless. Justeru, saya ingin menerangkan alasan mengapa terjadi kejadian ini. Telus saya katakana, lukisan asal adalah hodoh atau hideous (untuk pembaca luar Negara). Dan hasil pembedahan plastic yang dilakukan terhadap lukisan tersebut, ianya berjaya di indahkan.

Ini lebih kena mengena dengan lukisan.

Ayu minum kopi,
Minum kopi,
pada terbit matahari,

Gerbang rambutnya,
Mengkuda.
Menggoda untuk dikuda.




p/s :: ‘Ayu’ bukanlah sebuah nama. Ianya bermaksud perempuan yang cantik. Tapi teman wanita saya lebih cantik!, tanam kata-kata tadi dalam pemikiran kamu semua.

19

Mata Bionik


Title : Mata Bionik

Medium : orange paper, pen and photoshop

Technique : summersault berpusing




Aku,

Ingin ke ufuk,

Memilih warna.


Baris,

Warna ku patri,

Jadi pelangi.


Misal,

Renyai terhenti,

Disana nanti.


Air,

Mata ku titis,

Menjadi ganti.


Semalam, Juardino (memang nama sebenar) kemalangan kecil ketika meronda ibu kota, kelisanya kini bermuncung pecah. Dia tak tercedera, terima kasih pada tali pinggang keselamatan katanya. Bila bercakap tentang keselamatan, saya lalu terfikir, kenapa tidak dipasang tali pinggang keselamatan didalam bas? Menteri pengangkutan, sila angkat tangan?


Bercerita tentang bas, tahukah kamu jika semua orang menggunakan perkhidmatan bas, harga minyak boleh di kawal? Dan semuanya tergantung pada kaum sepak-kelangkang-tak-senak-punye. Ye, wanita.


Kenapa? Mari kita bincangkan.


Sebab teorinya, tiada perempuan mahukan seks dengan si Bus Rider. Walau namanya agak kool (Bus Rider), macam mask rider atau kamen rider. Sudah kurang jumlah Bas Rider versi lelaki, tahu kenapa? Kerana teori yang disebut tadi, disebut lagi dengan huruf besar “TIADA PEREMPUAN MAHUKAN SEKS DENGAN SI BUS RIDER”


Peluang untuk “get laid” selaku penunggang bas amatlah tipis. Nadaa~ atau Na’a’a. Jarang terjadi perempuan kata begini “semalam I bermadu asmara dengan satu mamat naik bas ni”. Kebanyakan lebih berbangga dengan cerita begini “U tau, I dah….ah! tak penting la, dia ada escalade”.


Jadi, perempuan sila bikin statement “Lelaki naik bas kelihatan hot dan seksi, kami mahu seks dari kamu!”, jika harus bikin sepanduk, lagi bagus.


Bila kurang naik kereta. Kurang isi minyak. Kurang permintaan, maka banyak simpanan. Harga pula kalau tak direndahkan, pasti susah nak naik. Tak percaya? Tanya Menteri pengangkutan (sila jawab soalan diatas dulu ya encik menteri).


Maka, selepas ini. Jika kamu (kaum sepak-kelangkang-tak-senak) terpaksa membayar empat puluh ringgit lebih untuk seliter minyak tanpa plumbum. Ingat Perempuan, itu semua salah kamu!