Title : kimono
Medium : Pen, paper, photoshop
Technique : menghafal ingredient Big Mac untuk makan percuma.
Seorang teman memberitahu saya, semalam adalah kali pertama dia mengucapkan kata-kata “Selamat hari ibu” pada ibunda beliau. Dan respon dari ibunya ialah “Sejak dah ada girlfriend ni, baru tau nak wish”. Teman saya hanya ketawa. Dalam hati saya “agak derhaka juga dia”.
Mendengar cerita beliau, saya pun memberi sebab dalam keadaan spontan “Bila dah ada girlfriend ni, baru kita belajar mendalami hati perempuan agaknya”, seraya itu kami sama-sama tersengih dan nampak beliau pun turut bersetuju.
Kenyataan diatas kedengarannya seperti masuk akal. Kerana, semalam juga kali ke duanya saya menyambut hari ibu, setelah dua tahun saya bersama kekasih saya. Mungkin juga kebetulan. Dan yang pasti, saya kurang setahun menderhaka berbanding beliau.
Untuk lukisan diatas, adalah sedikit sebanyak memori ketika berkunjung ke Jepun. Muka watak kelihatan seperti sedikit maskulin. Mungkin juga beliau adalah transeksual, dan saya tidak ada masalah dengan itu. Saya juga hairan, kenapa ada golongan yang bermasalah dengan masalah orang lain. Sepertinya mereka itu terlalu sempurna, maka kita lupakan.
Karya kejepunan ini juga mempunyai sebab yang lain. Selain minyak wangi berjenama “Issey Miyaki” sebagai hadiah untuk hari ibu, dan iklan nippon paint yang sangat mengkagumkan, ianya juga ada kena-mengena dengan keterujaan saya melihat video-video dua orang individu jepun yang hyperactive ini. Mempersembahkan Tetsu and Tomo (ketika ini mata memandang lukisan selama seminit, kemudian klik butang main untuk video di bawah). Selamat berhibur.
P/S :: Saya telah di “TAG” oleh dua individu pada minggu lepas, iaitu Fareenz dan Dila. Untuk Dila, ini kali kedua kejadian ini berlaku. Maaf saya sampaikan pada kedua-dua individu ini. Tajuk TAG kamu saya rasakan amat tidak sesuai untuk remaja seusia saya. Mungkin juga lain kali sahaja. (sila lihat video tadi untuk meredakan rasa kecewa anda). Dalam versi punk rock untuk Dila.
8 comments:
-
apa slhnya baru teringat utk sambut mothers day drpada xde lgsg lagi teruk... better late than never...
bawak kekasih ati gi jumpa ibu pun ckup wat die hepy masa 2...haha (^_~) ... pttnya bagi issey miyaki dgn kenzo skali baru ngam...
p/s: kamu cepat2 la hafal dialog big mac 2 bleh dating kt McD makan big mac free...save money...;p
-
oh..pasal tag tu..no hal punyer..sebab tak tau nak tag saper dah sebenarnyer...hihik!!
kimono tu macam bunga2 yang selalu ade kat beach boys punyer short..sexy~
-
cip! : kalau wish awal 2 hari, cubaan anak derhaka menunjukkan baiknya. tapi tersilap langkah.
:selamat hari ibu untuk ibu cip! yang DIY gak:
shikin: hehe! better late than never. janji ada "better" sebagai wakil perkataan yang baik.
ibu saya rasa, hadiah paling berharga bagi dia ialah mempunyai anak seperti saya. yang seperti takde perasaan. tapi sebenarnya saya ini full of supprises!
dah hafal ingredient shikin mcdeluxe je. bile leh nak test ni. haha!
fareenz: thank, kerna kemaafanmu. haha!
kamu ni, semua nak kaitkan dgn seksi je..itu motiv bunga sakuraya jepun. haha!
Garben: Neraka? menderhaka lah jawadnya! haha
-
ini full of supprises la sgt...mmg kamu ni xde perasaan pun...tapi nk wat mcmane dah anak terpaksa la trime...haha!
nak test shikin mcdeluxe? jgn la harap! igt sng ke nk hafal ingredient shikin mcdeluxe ha? bukan calang2 org yg boleh buat tau? igt tu... ahaks!
arini nk pergi trip. yeay! pergi dulu b. ;p sementara 2 berusaha la hafal ingredient shikin mcdeluxe ye...2pun klu boleh wat la kan...eheh.
-
ada point yg bleyh di elaborate di sini. tapi lukisannya....laen
-
aku belum sedia lagi untuk ucapkan itu.
tapi pulang kelmarin ucapan itu tiba2 terkeluar dari mulut bacin ini.
kalau wish selamat hari ibu 2 hari lebih awal plak apa maksudnya?
"selamat hari ibu kepada mak aku yg DIY"