3

Snek untuk perantau


Title: Ding Dang Perantau
Medium: Image and photoshop, dan imageku yg bersih
Technique: Balik Kampung wei!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAFKAN DOSA BETA YANG SIKIT-SIKIT ITU, DOSA KAMU YANG BANYAK SANGAT ITU, BETA DAH MAAFKAN.


Kepada mereka yang terpaksa menderhaka pada ibu bapa, tidak pulang ke kampung disebabkan pekerjaan, tiada pengangkutan, kena tipu dengan ulat bas, terlajak tido atau merajuk, juga yang belajar diperantauan, tidak ketinggalan juga yang cuba menjiwai lagu P.Ramlee, sehingga kamu ambil keputusan beraya sebagai perantau. Dengan ucapan, "raya kat kampung BEST wooo..." dan kad raya ini, khas buat kamu sekalian.

Kepada yang tidak terlibat, selamat bergembira. Tiada kad raya untuk anda.



Salam ibu dapat lima ringgit,
Salam ayah dapat sepuloh,
Salam kakak dapat kurang seringgit,
Salam saya, sori liposen berkarat, tangan berpeluh.




P/S: Kepada mereka yang mahu menghantar kad raya maya kepada saya, sila kirimkan kealamat ini, kha_marulisme@yahoo.com. Dan duit raya ke akaun ini, CIMB 089000121688120009.

9

Proposed cover for "Happy Little Creatures" compilation CD



Title : Proposed cover for "Happy Little Creatures" compilation CD
Design by : Otakkapasitirendah
Art Director : John Hafiz



Setelah selesai perjumpaan dengan konon-konon art director, enchik john pervert hafiz.
.
.
Seminggu masa diberikan, lalu siaplah cadangan kulit CD seperti terhidang diatas. Begitu menggagumkan sekali hasilnya bagi beliau, tapi hampir tiada apa-apa makna bagi si bakat seperti saya.
.
.
Seminggu masa diberikan, kepada si art director merealisasikan contoh maya kepada realiti. Dari editing, printing hinggalah kepada hasil akhir, semua beliau buat. Tugas art director disini, lebih kurang seperti balaci. Tetapi beliau senang begitu, kerana sekurang-kurangnya ada juga pangkat, dari terus-terusan menjadi pengalah (loser).
.
.
Dua minggu, masih tidak siap.
.
.
Tiga minggu, ada masalah teknikal dari pihak printing.
.
.
Final,
.
.
Design diatas sama sekali diubah, tiada aksi lipat-lipat istimewa lagi. hilang nilai seni. Art director mana yang buat ni?
.
.
OOOOO......patut la.

5

Muntah vegetarian (design baju T Foliage)



Title : Muntah vegetarian (design baju T Foliage)
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Memintal buih

Lapan hari saya tidak kemukakan apa-apa entry, jangan tanya lagi, saya malas.

Seperti rajah diatas, adalah design baju T untuk kugiran bawah tanah berketuakan kelasi kaya yang tidak kacak. Gigi kapaknya sudah patah satu, tetapi kekayaannya men’deny’kan kepatahan itu dengan kos RM1,500. Walau sudah tidak rongak, dia tetap tidak mampu jadi kacak, so, what’s the point? Sama saja seperti buat pertukaran kerajaan tapi sistem tidak berubah. Pembaziran.

Dengan lengan besar seperti popeye akibat menjadi kelasi, dia mengugut saya men’design’kan baju T kugiran beliau. Saya yang tergamam melihat tattoo sauh dibahu beliau, terpaksa akur. Kerana lengannya saja besar dan bahunya keding, sauh itu kelihatan seperti mata kail.

“Foliage” dalam bahasa saintifiknya ialah dedaun. Maka manusia muntah akar, manakala kepalanya dijadikan pasu menanam tumbuhan, adalah pilihan saya. Dia gembira sambil melompat tinggi apabila ditunjukkan design ini. Saya kemudian mengambil kesempatan, membuat tumbukan sauk ke jejunum beliau semasa beliau mahu landing. Resultnya sama seperti gambarajah diatas. Muntah vegan.





P/S:: Jangan lupa beli baju ini bila keluar nanti, bukan kerana anda support kugiran ini, tapi kerana design saya.

10

Kerastangan



Title : Cita-cita tak kesampaian
Medium : Chopping board, mesin pengukir manual, kertas pasir
Technique : Menunggu waktu berbuka


Segmen baru kita hari ini adalah pengganti sengmen Mentari Ink sebelumnya. Mentari Ink terpaksa saya berhentikan seketika kerana menghormati bulan puasa. Tak baik buat tattoo bulan-bulan puasa ni, susah nak sembahyang terawikh. time sujud terjongket kain pelikat, terpampang tattoo harimau, ada yang imam suruh saya sedekah more tiap-tiap hari.

Karya kerastangan diatas telah saya buat pada bulan puasa lima tahun sudah. Sebelum saya menjadi pakcik lagi, dan sebelum ada sedikit pun niat gatal nak bernikah lagi. Ini adalah kali pertamanya saya gatal mencuba kerja-kerja yang boleh mendatangkan habuk tebal, tak berapa seronok juga, walau hasilnya membanggakan selaku beginner, namun aktiviti menyapu hampas-hampas kayu setelah selesai, sangatlah Hampas sekali! tidak sesuai bagi mereka yang malas.

Habuk-habuknya sangat susah nak disapu, kita tolak kedepan dia terbang semula kebelakang dengan lebih garang. Kalau kita buat laju-laju, impak terbang kebelakangnya bisa masuk ke ruang-ruang terbuka dan seterusnya membatalkan puasa. Rasanya tidak sedap, seperti Hampas!

Tajuk karya ini ialah "cita-cita tak kesampaian". Kerana saya yang langsung tidak reti bermain papan selaju ini, sangatlah bercita-cita mahu fasih mengawal benda alah itu. Saya juga yakin, jika saya bergaul dengan kawan-kawan yang into papan selaju ini, dengan permulaan umur yang betul. Saya sudah bergelar Datuk dan mendapat pencen RM3000 sebulan, kerana pasti sangat saya dah berjaya mengharumkan nama Negara seharum pewangi Airwick. Pasti juga saya sudah punya permainan video "pro skaters" atas nama saya sendiri.



P/S:: Setakat ini, saya hanya mampu oley setebal duit syiling lima puloh sen. boleh beat ke?