Title : Cita-cita tak kesampaian
Medium : Chopping board, mesin pengukir manual, kertas pasir
Technique : Menunggu waktu berbuka
Karya kerastangan diatas telah saya buat pada bulan puasa lima tahun sudah. Sebelum saya menjadi pakcik lagi, dan sebelum ada sedikit pun niat gatal nak bernikah lagi. Ini adalah kali pertamanya saya gatal mencuba kerja-kerja yang boleh mendatangkan habuk tebal, tak berapa seronok juga, walau hasilnya membanggakan selaku beginner, namun aktiviti menyapu hampas-hampas kayu setelah selesai, sangatlah Hampas sekali! tidak sesuai bagi mereka yang malas.
Habuk-habuknya sangat susah nak disapu, kita tolak kedepan dia terbang semula kebelakang dengan lebih garang. Kalau kita buat laju-laju, impak terbang kebelakangnya bisa masuk ke ruang-ruang terbuka dan seterusnya membatalkan puasa. Rasanya tidak sedap, seperti Hampas!
Tajuk karya ini ialah "cita-cita tak kesampaian". Kerana saya yang langsung tidak reti bermain papan selaju ini, sangatlah bercita-cita mahu fasih mengawal benda alah itu. Saya juga yakin, jika saya bergaul dengan kawan-kawan yang into papan selaju ini, dengan permulaan umur yang betul. Saya sudah bergelar Datuk dan mendapat pencen RM3000 sebulan, kerana pasti sangat saya dah berjaya mengharumkan nama Negara seharum pewangi Airwick. Pasti juga saya sudah punya permainan video "pro skaters" atas nama saya sendiri.
P/S:: Setakat ini, saya hanya mampu oley setebal duit syiling lima puloh sen. boleh beat ke?
10 comments:
-
emmmmm....
leh lukis......
pic maknusia dlm mate org x?
ala......
i duno how to describe it....
jus....
-
aku leh pergi tinggi dari tu
tapi tu cerita 5 tahun lepas la
-
em..
dr chopping board ke hasil berseni?
menarik dan istimewa tu..jgn ada bini tarik telinga sebab nak potong sayo takder tempat dah...
tahniah sbb cantik..
-
ade niat gatal nak bernikah lagi? dah married ke? huhu..
anyway,lawa~~ gambar... ;)
-
atheera.akem: selamat datang keruangan manusia kreatif yang suka menyusahkan dirinya ini. kamu buat jam, mengapa saya hanya perlu buat bekas kunci yang ada bunyi2 tu? tak art langsung.
anoy: lukis telur mata dlm perut manusia bleh la.
haha..
dila: jom la kita lawan grind limapuloh-limapuloh
idzaris: chopping board tu mmg ada lebih, dari takde org guna baik kita wat perhiasan. nnt leh la cuba sendiri, pastikan kamu tidak asthma
odeng: pinjam takleh, tukar la suka-sama suka, dengar kata neo laju?
shikin: silap ayat la, sepatutnya dibaca " dari sebelum ada rasa gatal nak bernikah lagi", lagi bukan bermakna mahu lagi, tapi bermaksud mahu.
argh!! susah betul, mcmne nak bg intonasi lain ni.
-
dah lama tak update dgn karya-karya gila-kental dari kau.
argh! kali ni lagi gila! mengukir pulak. kagum aku!
"sikit punya gila kau ni, mid!" -sikit punya gila, 1982
-
creative tul otak ni. bleh dah buat duit ni. ;) teringat dulu slalu tengok pakcik buat ukiran mcm ni. guna pisau khas..dan pakcik tu kan guna air bateri kaler hitam sapu kat permukaan kayu tu dan cat dulu baru ukir..tak tau kenapa macam tu..sampai skrg tak tanya..
-
ko org berseni, neway aku nk jd camni tp tersalah bidang plak. kreatif aku diluahkan dalam mendekorasi rekaan bandar.huhuuu.. tp aku redha..
bergaya (:
teringat waktu form 5 kene buat kerja khusus iaitu mengukir kayu untuk dijadikan jam. memang sangat sukar.
maka, saya dapat merasakan betapa sukarnya anda mahu membikin ini barang tapi hasilnya sangat superb!