Kurang Pakai


Title : Kurang Pakai

Medium : pen, paper, photoshop
Technique : on your mark, getset…..GO!



Bukan berkaitan dengan lukisan :

Sekali-sekala saya sering teringatkan aneka drama swasta lama-lama. Saya sempat kenal watak bernama Tapa. Watak ini muncul takala bulan puasa menjelma, wataknya yang agak unik mampu memancing mata untuk terus mengenali beliau. Sengau, hitam dan kerinting serta catchy, membuatkan saya sering menonton “Rumah kedai”. Faktor lain yang menjadikan drama ini terkenal, kerana berakhirnya rancangan ini maka hampir masuklah waktu berbuka puasa. Arwah Pak Halim pula, kalau dalam Lord of The Ring dia macam Gandalf.

Jika kamu rasa ini cukup nostalgik, cuba kalau saya sebut “Santan Berlada”? lupakan sementara “Pi mai Pi mai Tang tu “. Komedi awal bermula dengan “Hikayat Hang Setia”, dimana Param juga berlakon, berlatar belakangkan kehidupan zaman panglima.

Komedi selepas itu pula, “Jangan Ketawa” dan “Gado-Gado”. Kedua-dua siri ini menampilkan komedi gaya sketch yang mendahului zaman. Kalau tidak percaya kamu boleh tonton semula, kebanyakan lawaknya kini sudah boleh diterima.

Kamu kini ketawa kecil kerana teringatkan sedutan-sedutan kecil dari cerita-cerita diatas. Sedang kamu juga patut sedar, yang kamu telah besar panjang. Saya tak pasti apa yang membesar dan apa yang memanjang? Mungkin membesar untuk perempuan, dan memanjang untuk lelaki. Agak saya.


Cuba dikaitkan dengan lukisan:

Maka, setelah sedar yang kita telah jauh meninggalkan zaman diatas. Pada segala tahun yang telah berlalu tanpa kita sedar. Apakah yang bermakna telah kita lakukan? Bukan pada dunia, tetapi sekurang-kurangnya pada diri sendiri?


Berkaitan dengan lukisan:

Jadi lakukan sesuatu, apa-apa pun, selagi ianya berfaedah dan bermunafaat. Apa pun yang kamu mahu buat, yang kamu minat. Belanja diri sendiri makan, atau mahu boikot Amerika dan Israel. Mahu beri saya wang atau mahu melihat alam ghaib, hanya lakukan. Walau sekecil bijan dikisar seratus nilainya, walau sehalus kelemumur kuman sekalipun.

Dan jika kamu mati selaku pengemis, dan kamu sempat menyatakan rasa cinta kamu kepada gadis kerja bank idaman kamu selama ini. Sekurang-kurangnya, kamu tidak...

“USELESS, like Starbuck…Sitting across a street, of another Starbuck”




...walaupun cinta kamu ditolak.






p/s :: Saya ada blog, dan jika saya mati selaku pengemis. At least, Useless like Restoran Tom Yam Ala Thai sahaja kot?

6 comments:

  1. heretic preacher said...:

    oh rumah kedai, nostalgia... pelakon watak tapa tu baru meninggal kalau tak silap aku... al fatihah untuk arwah...

  1. This comment has been removed by the author.
  1. s H i K i N said...:

    Love dis art very muchi. so adorable.
    Mmg indah mengenangkan drama2 lama ni. Kamu ni mmg bijak. Haih.. ;-)

  1. heretic: tula, saya pun dengar dia dah meninggal juga..al fatihah

    Elsa Soraya: thank. jangan ketawa awesome duh!

    shikin: pasal kamu suka saya letak..hehe! adorable sgt, mcm tuannya.
    bijak? untung la kamu..hehe!

  1. whammy said...:

    aku betul2 ketawa
    i like this one!
    NO 99

  1. BingBong said...:

    sekarang zaman budak negara asing buat lawak tanpa ada rasa mahu gelak..diakhiri unsur-unsur sopan santun "im sorry"...haram jadah kn?