Silly boy in blue




Title : Malam yang sepi..pi..pi
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Salam cangkuk (Ptuih!)



Malam yang sepi~pi~pi,

Aku memandu seorang diri. Hari ini berlainan sedikit, aliran adrenalinku agak mengujakan. Nafsu pelumba lariku memomok ke benak fikiran. Dulu, aku tidak pernah mengalah memecut ke garisan penamat. Jika kalah pun, kerna pihak lawan memakai kasut ‘spike’.

Aku menoleh ke cermin sisi, kalau-kalau ada kereta yang cuba membontoti kereta aku. Pasti akan aku sahut cabarannya. Jika dulu aku bergelar Black Stallion, hari ini watak itu bakal muncul kembali. Setakat 150km/j di lebuh raya wilayah memang bukan masalah, kalau mahu lebih. PS2, need4speed boleh la sikit-sikit.

Sedang ligat otak ini memikirkan gaya yang mahu dipadankan. Samada mahu sendal kepala guna sebelah tangan gaya initial-D, atau sebelah tangan memegang tombol gear gaya kebanyakan filem-filem semasa. Mataku terpandang cermin pandang belakang, lampu tingginya di kilas beberapa kali, menandakan mahu cari pasal. Aku tersengih.

Aku memberi laluan, bersedia dengan gaya sendal kepala (gaya memegang tombol tidak masuk akal, kereta auto). Seperti biasa, langkah seterusnya. Pancung belakang, tekan minyak agak rapat, seinci bumper ke bumper.

Selesai memasuki langkah pertama, tiba-tiba kurasakan telurku mengalami pengecutan yang begitu mendadak. Serentak dengan itu telefon bimbitku menjerit pinta di sahut. Kini gaya menjadi lebih lebih rumit, posisi kekal gaya sendal kepala, ditambah lutut kepit stering, tangan kiri menjawab panggilan sambil menurunkan volume radio.

+ : Wei! Cepat la sikit!

Aku : Aku tengah pecut ni, tapi ada kereta depan.

+ : Apa ke bongok, potong la.

Aku : Tak boleh la.

+ : Cucuk la. Pancung kiri ke? Hebat sangat ke kereta tu?

Aku : Kereta Wira je, dengan ada tulisan polis sikit..
.
.
*Sunyi*


+ : Ok, ingat pesan aku ni. Biar lambat asal selamat.


Aku kembali ke posisi pemandu tauladan. Dan tidak lama kemudian, saiz telurku kembali normal.





P/S :: Kabare?

7 comments:

  1. Al Hadi said...:

    hahahaha.. terpaksa gak kontrol bila jumpa wira putih

  1. Anonymous said...:

    eheh.mcm x biasa.
    ha ha ha

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Saiz telur kembali normal.

  1. Anonymous said...:

    mengkagumkan (drawing)..

  1. Pengejar masa: wira yang perlahan..dem!

    Whammy: biasa dah, tapi kadang2 takut juga hehe

    neem: ya, senormal normal hakim heh!

    shikin: mervelous (kamu)

  1. Aiena Zahira said...:

    ni first time aku baca blog hang, dan aku tertarik dgn entri yg ni. tak wira, waja. dan baru2 ni aku nampak kereta polis dah redesign, dah macam initial D pon ade. tataula kete nissan ke, toyota ke, lebih kurang camtula. aku cakap kat kawan aku kat seblah, 'fuck kete polis camni! penipu sial! bawak 160 kot, siap beratur 3 bijik skali' aku ingat penipu, aku cuba kejar. dan kat depan skit, dia tahan lori. mmg sah skrg authoriti pon dah entah ape2 jadinya.

  1. esah ezral said...:

    Pak mat jual to pi pi pi

    Blog kamu seronokzzzzzgilazzzz (ok jangan kembang sangat), saya link ya :D