Kaki Bikin



Title : Kaki Bikin
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : sit-up dan tekan tubi barang seratus dua


Pada sekian tahun, semasa saya dibangku sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah hebat.

Semasa disekolah rendah, seluar tempah yang tengah trend adalah seluar G.Q. Potongan straight-cut, ada besi dekat pinggang, lipatan dipoket depan, kaki siap lipat, bekas iron yang kelihatan sangat tajam, dan tidak lupa haruslah dari fabric bewarna striking (hijau pokok pisang misalnya). Selalunya dipadankan dengan t-shirt putih, masuk dalam, dan tali pinggang “Boy London”. Sarung lofers kulit, keluar pekan, gerenti semua awek darjah 5 kenyit-kenyit mata. Itu pun, jika kamu boleh buat rambut belah tengah, sodok tepi kasi rapat.

Naik darjah 6, seluar boot-cut kain kotak-kotak. Siapa yang tak tempah lagi, tak boleh join turun pekan ramai-ramai. Dekat pekan, ramai-ramai pergi kedai tempah, ukur seluar jeans warna biru muda, potongan sama. Kalau jeans biru muda tu sarung dengan t-shirt putih, baju kasi keluar, tegur makwe pun konfiden. Perjalanan balik dalam bas, ramai-ramai belek kad tempahan. Dalam ada tulis saiz pinggang, panjang, dengan bukaan kaki, lepas tu ada dilekatkan sample kain.

Bila sudah naik tingkatan, masih panas lagi seluar boot-cut. Kali ini dia mengalami beberapa modifikasi pula. Eksperiman mula dilakukan pada seluar sekolah. Poket tepi kasi poket jeans, poket belakang buat lidah bentuk levi’s, bukaan kaki kalau tak 23” boleh kena hina dengan rakan-rakan seangkatan. Ada yang letak besi pinggang, poket kecil untuk pen, poket tersembunyi, dan zip dilutut yang kalis pandangan. Semua modifikasi mengikut tahap imaginasi masing-masing. Tapi saya kekal dengan keterampilan yang boot-cut-asli-tak-kecoh-sangat. Oh~ tidak lupa, kasut pallas jazz, atau penguin.

Beberapa tahun kemudian, jenis potongan baggy mula muncul. Kedai-kedai tempah, sudah ada yang mula menyediakan baju dan seluar tempah siap jahit. Seluar dan baju mereka lebih bersifat budak nakal. Ada tag kecil di seluar yang tertera nama mereka. Baju sekolah pula, kalau masuk dalam, cikgu tak perasan. Kalau keluarkan, boleh nampak corak-corak tribal dan nama jenama menutup bahagian bontot. Untuk perempuan pun ada, baju kurung lengan siap sensing sampai siku.

Kali terakhir saya menempah seluar, pada tingkatan 5. Baggy pinggang saiz 34”, padahal masa tu pinggang baru 29”. Semua kerana fesyen.

Sekarang pakai seluar, baru saiz 30”, eh~ 31”, eh~ ke 32”? Takkan nak kena pakai seluar masa tingkatan 5 balik kot?

Pada masa ini, semasa sudah habis sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah berperut hebat.

10 comments:

  1. Kiss Of Judas said...:

    peredaran masa dgn jenis2 sluar yg penuh variasi !

  1. JackS said...:

    kau sekarang pn still pakai sluar bikin kan? haha

  1. Fareenz said...:

    baju dulu masa sekolah budak lelaki sebok beli baju cantona 7 yg tuck-in depan. tp belakang cover bontot..kan2??

    sampai sekrg kt BB ade lg..hahaha!!

    awk pakai tak?

  1. Pengejar Masa said...:

    aahh... zaman sekolah yg mengasyikkan. kisah seluar kotak dan kaki saiz 23. macam ronald mcdonald lak. kau membuat aku terkenang zaman itu...

  1. kiss of judas: benar, ini semua kenangan. kalau kamu tak melalui zaman ini, kamu masih muda. haha!

    JackS: a'ah..seluar bikin panas. haha!

    Fareenz: yerp! cantona 7 paling top skali. jenama lain kira xcukup gangster. hehe!
    saya bukan gangster, maka tak pakai la. lebih kepada penampilan mobster, kemas..

    Pengejar masa: kamu buat saya tahu yang kamu telah tua. haha!


    SELAMAT TAHUN BARU (KELENDER RUMI) PADA SEMUA. TAHUN BARU SAYA DAH LEPAS.

    P/S: tiada entry khas tahun baru, jangan tunggu.

  1. Don Corleone said...:

    sekolah aku pakai suar tempah.. skang aku beli.. aku perut six pack.. huahahahahah

  1. don corleone: six pack...kamu mahu belajar dapatkan bentuk sick pack plak tak?

    cheer

  1. hahaha.betul lah.dan bagi perempuan bertudung,selain sinsing lengan,tudung lagi kecik lagi kool,man2 je tutup leher.kain meleret bergulung2 sapu lantai.fabrik mahu yg licin2.tak main lah cotton.hahah!!

  1. heretic preacher said...:

    masih ada yg tertinggal ko...
    lidah poket bkn stakat levis je, ade marlboro, lidah batman, lidah 2lapis dll... tak ketinggalan juga button jeans utk menaikkan lagi seri poket belakang...

  1. Dude said...:

    Aahhh...
    zaman persekolahan yang penuh warna-warni.