Title : Bila Bijan nak naik roti
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Tarik clutch, Cungit gear, ZuuuuuPpp!
Aku dah naik bisul mata, selak sini, selak sana. Orang sekarang pakat mengata merata. Macam dah lumrah, semua orang salah. Sumpah! Ludah nanah! Muntah melamine ke tanah! Yang nak turun orang tak nangis, yang nak naik tak habis-habis tabur najis. Yang si Bijan nak pukul si Hal, sebab si Hal dah tak tau nak beza mana yang halal.
Garu lutut ingatkan gatal, rupanya pijat lompat bantal. Raba sini, raba sana, cari nadi tak jumpa. Tekan tengkuk barat daya, cuba kira denyut tuanya, sudah hampir hilang sisa remajanya. Tapi masih belum jatuh citarasa, mahu semua luar Negara. Pernah sekali cuba yang Mongolia. Cerita lama, dah bercampur tipu dengan rahsia.
Pagi bangun berdiri, ingatkan dah jadi menteri kepada menteri, rupanya kat situ lagi. Raba nadi, rasa denyutan terkini, manatau ada feel luar biasa, macam dah tiba masa capai cita-cita. Tangan dok melambai kot depan, merah-merah macam setan. Mesti get ready, baru nampak steady.
Dulu suka main meriam, sekarang dah kena pegang uang. Ape jadah kau bagi pinjam duit aku, dia dan kami kat kompeni yang menjunam? Banyak cantik kau punya kurap? Kalau bankrup, baru nak menjawab tergagap-gagap.
Alahai si Bijan, bibir merah jambu nak jamin masa depan. Yang takde kena-mengena tak payah risau, jangan harap dia nak hirau. Dapat isteri si gila nama, muka macam coli pasar malam, mana ada hati bijan nak palam. Dapat pangkat, dapat darjat, dapat syahwat, rembat sampai penat. Tunggu saja masa, semua yang kau mahu ada depan mata. Yang salah jadi rahsia, yang tipu jadi berita.
Jangan letak bijan atas roti, intinya dah cukup basi. Aku mual makan hati, bagi janji berkati-kati, sampai hati. Kalau dah menteri semuanya kurap, ada tangan tapi makan bersuap. Cikgu agama pernah kata, “belajar memberi bukan menerima”. Kalau kau dah tahu memberi, baru kami fikir nak terima.

Itupun jika kami tak lupa.
Wednesday, October 29, 2008
6 comments:
-
fareenz: gambar xde la..tgk je gambar profile tu, yang nampak separuh tu la baru separuh dimiliki.
prejudis: aku rasa kau hebat.
-
Hi, i've shifted my blog to suicidepark.blogspot.com. TQ.
Congrats!
-
pedasnya bermadah... ;)
2 bukan pict separuh...macam suku je?huhu!
-
Neem: lama tak dgr cerita. tahniah juga dah pindah> heh!
shikin: ni madah berhelah,
suku ke? manade, kalau suku, mata kamu nampak separuh je, ni nampak sebiji.
gambar tunang ari tu xde ke??
klau tak real..yg anime pun boleh..
masti santekk....:)