Bawa Mulut



Title : Bawa Mulut
Medium : paper,pen and hurm….photoshop
Technique : discolour fusion, enamel embrace, plus e-9.


Mak Tom stoking, seperti biasanya, duduk di pangkin pokok mangga. Ditangan kirinya menyimpul sireh. Tangan kanannya melambai-lambai, takala terpandang Jefri Plastic Surgery melintas malas di halamannya.

“Ape yang lembik sangat tu? Meh la singgah dulu” dia menyapa, sambil stoking kakinya dibetul-betulkan. Akalnya, Mak Tom Stoking, mahu tahu cerita panas Jefri Plastic Surgery. Dengar-dengarnya, Jefri Plastic Surgery nampak Kak Nab Mekap pakai push-up.

“Cerita la kat Mak Tom, cerita panas kau tu” pancing Mak Tom Stoking, sebaik Jefri Plastic Surgery melabuh punggung bikinnya. Jefri Plastic Surgery mencebik. “Dah agak dah, bukannya nak tanya pasal tulang serviks baru otter saya ni?” sambil memintal bucu beg plastiknya.

Dua, tiga hari sudah, Kak Nab Mekap datang mengadu dekat Mak Tom Stoking. Satu kampung kecoh dia pakai push-up, sebab nak mengurat Lebai merdu. Lagi heboh, bila ada yang tambah dia sumbat tisu. Datang Atan biskut anak Mak Tom Stoking pula, katanya, dia nampak Jefri Plastic Surgery bawak mulut sampai ke baruh. Makin panas push-up Kak Nab Mekap.

“Betul ke kau yang punya kerja ni Jefri?” sapa Mak Tom Stoking lembut.

Ceritanya, 3 hari sudah, Jefri Plastic Surgery melaram dengan Myvi barunya. Juah hatinya, bawa kereta sambil julur kepala luar tingkap. Entah macam mana, angin deras, ter”bluek” jatuh, mulut bikin Jefri Plastic Surgery dari soketnya. Gelabah dia mencari, dijinjingnya sampai ke baruh. Dr. Gopal anak lelaki Lapog cakap, dah sampai masa, kena tukar baru. “Ni ha, dalam plastic ni saya baru beli, ada yang macam Angelina jolie, Jessica Alba, yang macam Lebai merdu pun ada.”

“laa..jadi betul la kamu ke baruh bawak mulut?” tanya Mak Tom Stoking yang terkekeh sambil hidu stokingnya. Bengang benar Jefri Plastic Surgery, cerita tulang serviks dan Myvi barunya tak up langsung.
.
Esoknya kecoh, Kak Nab Mekap nenennya tumbuh mulut. kiri Angelina Jolie, kanan Jessica Alba.






P/S:: Saya dahagakan komen…..jangan biarkan pelukis ini kontang. Sila beri komen membina'sakan' kalian.

5 comments:

  1. dila raden said...:

    ha
    rajin boleh buat

    sila-sila

  1. Anonymous said...:

    merah betul mulut-mulut yg dibawa tu. tapi mcm sepesen je sume?perlu ke sume nak bibir yg tebal2.

    tapi xpe kamu mmg dh memilikinya xpayah susah2 bawak mulut kehulur kehilir.

    **lukisan kali ini berwarna-warni mcm kamu juga. so jgn give up sbb kamu mmg berbakat. keep it up! xoxo

  1. dila raden said...:

    aku tag kau lain

    buat tau!

  1. Anonymous said...:

    ini komen
    sila ambik~
    hehe

  1. Dila: post pasal tag tu akan dibikin selepas entry yang selepas ini.

    shikin: mulut merah2 mcm buah jambu air kan? masa lukis ni tgh terbayang jambu air, tu pasal jadi mcm tu. heh! bibir saya bukan tebal, tapi bengkak kene gigit. haha!
    yang pasal bakat tu, kamu tak lihat bakat batin saya lagi? bisa mencengkam khalbu.

    dominique: komen kamu membina, thanks! heh!

    sootsprite: ok, nnt komen lagi k. nah 20sen.