Benar yang salah dan salah yang dibenarkan



Title : Benar yang salah dan salah yang dibenarkan
Medium : Paper, pen, photoshope dan seribu ketenagan
Technique : Meneka waktu walau sudah punya dua utas jam rolex di kiri kanan tangan



Ini hanya luahan, dari apa yang tersemat,

Enam ratus empat ribu lapan ratus saat, dan aku hanya ingin ianya berlalu cepat/
Bagi aku ianya telah padam. Aku kerugian segala masa yang disebut tadi, hanya sepemejam/
Hanya monolog pada diri, berbisik dan memujuk hati. Mengenang erti hidup dan aku hanya mahu ianya pergi/
Selepas waktu itu selesai, aku mahu dosa silamku langsai/
Kelahiran semula adalah keajaiban yang tidak mustahil, bagi diri yang sudah lama jahil/
Percaya atau tidak, aku pernah rasa terbang diawangan/
Percaya atau tidak, aku kembali percaya padaNya, yang hampir aku lupakan/
Disana aku belajar betul yang disalahkan, dan salah perbuatan yang dibetulkan/
Keliru, dan aku tahu, pasti hidup lebih bermakna dari itu/
Aku sebut kembali syair-syair dan puisi indah dari langit. Terasa lekat di lelangit/
Kerdil bukan lagi pada tubuh, tapi pada jiwa yang kesat dan tak luntur walau di sagat hebat/

Luahan ini tamat, hati yang kebal dari keinsafan, kini sudah lumat.


*************************************************************

OtakKapasitiRendah datang lagi, kali ini dengan permainan gari-gari dan insaf.

Kehilangan saya boleh disabitkan dengan tarikh 30 julai 1982, dimana sang kacak berkepala menggerutu ini dilahirkan. Dan pada tarikh yang sama juga, tapi tahun yang ke-26 ini, saya terima hadiah yang super duper hebat. dariNya. Cukup jika saya katakan, dua utas jam tangan rolex + satu sut oren + dan percutian tujuh hari tujuh malam termasuk makan dan minum dan 24jam berpengawal peribadi, untuk 6 orang.

Saya yang kacak dari darjah dua ini, masih lagi kacak dengan rambut yang sedikit kembang. Cuma agak runsing dan keliru, mungkin atas kejadian sekeliling yang mendungukan. Jika ramai orang kacak yang bodoh berkeliaran di sana-sini, si kacak yang ini ialah dari jenis yang bijak. Masih tahu, jika orang mati dengan kesan tembak dikepalanya dan terdampar jauh didalam tempat yang sunyi, tidak boleh diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Itu cerita lain.

Yang ketua Negara versi alim pula sudah mula kusam. Mana yang awal-awalnya jadi imam disana-sini, hadith dan ayat-ayat suci disegenap ucapan, kini bisu bila isu agamanya diperkotak-katikkan? Tekaan saya, dia sedang dalam kelambu bersama isteri mualaf itu. Mungkin bermain permainan “sat-sat lari” atau “had lari”. Mana pula ketua orang-orang muda, yang dulu terpekik terlolong, tapi kini menyorok dalam tong? Ada orang kata, peguam-peguam dinegara ini banyak pegang rahsia Negara, betul agaknya? Harap-harap ketua Negara kita (yang lepas ini) tidak begitu. Sebab ini juga cerita lain, dan politik Negara lain.

Apa-apa pun, sepanjang kehilangnya saya buat sementara waktu itu, saya mula belajar. Terlalu banyak salah yang diperbetulkan, dan betul yang disalahkan.


P/S : Sekurang-kurangnya dinegara ini masih ada tempat yang aman, dan bukan bukit aman.






11 comments:

  1. Unknown said...:

    bagi gua, lu tetap salah akibat xdpt pi penang..
    tebus blk darah..

  1. MusangKampung said...:

    kali ini din, tulisan lagi menyerlah dari lukisan. woo. i like!

  1. Anonymous said...:

    maksud Enam ratus empat ribu lapan ratus saat = setahun lima lima hari eh? hahah ye ke ek

  1. Anonymous said...:

    atlast saya boleh juga bukak blog kamu..
    bersgguh2 sbb nak baca entry yang paling hebat ni.. ;)

    erm, tersentuh jiwa bila baca n btol2 memberi keinsafan.. mmg tulus dari hati smoga dipegang keinsafan itu smpi bile2..

    mmg satu dlm seribu.......

    p/s: u're very lucky to get a second chance... it's not easy u know... so, use it wisely dear!

  1. innerview zine said...:

    innerview will be out soon. very soon! Free copies for you for sure :)

  1. ~nurie!~ said...:

    lukisan tu ada sedikit biut macam tp tetap mengkagumkan.

  1. KHAB said...:

    ok power nih. bermain dengan gari memang sesuatu yang awesome!

  1. JackS said...:

    wehh..
    aku pn baru tau hg ada..damn gak la..
    tp aku x power mcm hg nya la..

  1. cip: aku ganti darah ngan air bandung

    musangkampung: makaseh. kgn lupa tuannya juga lebih menyerlah sekarang.

    anoy: 7 hari la encik.

    shikin: at last saya berjaya juga membuat kamu tak keruan kalau tak baca blog saya. haha!
    oh~ terima kasih atas pujian, dan mmg segala2 dlm ini terlalu ikhlas, kadang kala amat sukar utk difahami.
    kamu juga 1 dlm seribu bg saya.

    heartbeat: itu imoticon senyum. heh!

    innerviewzine: wah! percuma adalah kegemaran saya. thank!

    nurie: saya hargai pujian kamu, tapi biut tu apa?

    koperasi: awesome adalah perkataan yg menakjubkan. kamu sungguh asam (awesome dlm ejaan melayu)

    Am I: eleh, direct nak rendah diri. lecturer kan seorang yg power inggeris.

  1. Anonymous said...:

    dads tak jumpa cari pada bahagian mana otak kapasiti rendah tu... sebab dalam nie semua ayat dan lukisan berkapasiti tinggi.. hihihi...