Selak-selak gambar bunga






Title : Selak ( E pepet )
Medium : Peper, pen and photoshop
Technique : Selak buku, tengok no. akhir mukasurat, ambik jadi score untuk liga bola kelas tingkatan (1 Agama 2) Sek. Men. Jitra.





Saya bercerita tentang selak, sekeping sehari, tiap-tiap hari wajib selak.
Mula putih, bersih tapi tidak jernih. Habis hari baru tahu apa isi.
Hitam, putih, bunga, duri, air atau api kadang antara teh dan kopi.
Selak semalam, ada kapal yang karam,
Selak hari ini, mula agak happy tapi tak tahu lagi.

Kadang ada hari rasa hendak koyak, tapi rasa macam terlalu banyak.
Bila rasa ragu, saya selak mukasurat yang sudah bertanda buku,
Dekat situ saya tahu, betul dan salah itu yang mana satu.
Kata orang, kalau nak ke depan jangan toleh belakang,
Saya bilang, boleh juga kalau kadang-kadang.

Lupa nak beritahu kamu, ada dua yang diselak bukannya satu.
Sebelah gambar bunga, sebelah lagi gambar yang bertentangan dengan syurga.
Lebih kurang macam dosa dan pahala, gula dan cuka, duri dan bunga.
Saya yang pilih semua, bukan ada siapa-siapa. Kamu punya pun sama.
Sendiri pilih mana yang kita lebih suka.

Saya pilih bunga.
Kalau boleh..

Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,
Selak-selak gambar bunga,

Sampai bila-bila.





3 comments:

  1. tapi kau sampah said...:

    "..Selak buku, tengok no. akhir mukasurat, ambik jadi score untuk liga bola kelas tingkatan (1 Agama 2) Sek. Men. Jitra..."


    jom la main sama aku.

  1. MusangKampung said...:

    boleh jadi design baju batik din. baju batik untuk sekolah asrama yang menyakitkan mata kadang2
    tuh, esp KUSESS..aku mencadangkan paper star hari ahad dan sabtu ja utk dibaca. itu pon sisipan bukan yg main..aku nak selak tgk gambaq cewek ja. cewek 36-25-40. uuiii

  1. m4ui said...:

    hari hari selak?
    selak page tengah saja ka
    heh heh ''