Infinite Delay




Title : Cadangan kulit depan dan belakang CD untuk kugiran ganas
Medium : photoshop sahaja
Technique : SeMaya dan menggunakan "Karen" yang mungkin

Seperti tertera di teknik yang digunakan dalam penghasilan kulit CD kugiran diatas, perkataan "karen" atau "karan" sudah amat jarang digunakan. Begitu juga dengan perkhidmatan telegram, tak pernah dengar? Begini, dulu-dulu masa internet dan telefon takde, orang pakai telegram untuk sampaikan masej-masej ringkas. Zaman itu, sesiapa yang didatangi telegram, adalah bersamaan sembilan puluh lima peratus akan mendapat berita buruk. Kebanyakan berita kematian si polan atau si polin.

Sedondon dengan perginya cerita kita tentang kulit CD, saya sedang membantu merialisasikan idea seorang teman, tugas saya lukis apa yang dia bayang. Lebih kurang macam kerja sambung ekor beruang la. Dia memang tak berapa bijak, maka dengan kurniaan yang saya ada, apasalahnya saya tolong budak kurang upaya itu. Maksudnya, sekarang sepatutnya saya tengah busy.

Berhenti, lipat, patah balik, celah masuk cerita tentang karya diatas semula. Ini hanyalah cadangan yang saya kemukakan pada mereka (Infinite Delay), 1,2,3,4...ok, empat tahun dulu, namun sampai sekarang mereka tak keluarkan rilisan sendiri. Mereka kecil, tapi pemain drumnya punya otot kenyal, kepalanya bengkok sikit (entahlah, orang kata memang dari kecik). Pemain gitarnya, tak main gitar. Hebatkan? Pemain Bass pula, takde, tambah hebat lagi. Penyanyi pula sudah tua, giginya tinggal dua.

Bersempena nama kugiran mereka ini, INFINITE DELAY. Saya kata, "Tolong jangan sibuk-sibuk, aku tengah sibuk". Maaf atas ke "delay"an entri-entri terkini.








P/S :: HAaaaaaaaaaCciuwwwwwwwwwwwww!..............
















6 comments:

  1. odeng said...:

    wweh...
    aper cer pren...lama tak ketemu...smkin bercelaru penampilan ko...hahaha....bila mau blnja?8 thn lalu kita ade perjnjian bersama...nmpk nye...tak kesampaian laa aku nk lanje..

    kirim salam kpada si die yg brade di sane....

  1. Anonymous said...:

    kamu kerja designe kah dimana?


    merah warna garang:)

  1. John Hafiz said...:

    Penyanyi tua bangsat. Ada hati ingin bercampur dengan anak muda. HUH!

  1. Anonymous said...:

    gambar no.2 tu sgt best tp cam x delay lak sbb ketepi tu menghala arah dia.mcm dia adalah org skema yg x kool bile br nmpak kpala tren dh berdiri tepi landasan.nk berebut lah tu!

  1. odeng: ceh! sedekat aku komen ka blog ko baru skang nak respon..pastu mintak blanje. haha!
    assalamualaikum...contohnya.

    dtg la sunway, kite leh gi mkn, sape blanje? itu kita biar jd tanda tanya.

    coffeeholic: bukan, saya tolong saje. tak punya kelulusan dlm bidang tersebut..jadi, kalau tak elok, sape pun takleh marah.

    lama tak dgr komen kamu.

    john hafiz: kau cuba tuduh aku skali ka? aku mcm terasa dah skang ni. haha!

    anonymous: delay dia ialah kat depan..sebenarnya landasan tu tak siap lagi. KTM cuti raya, so delay la lagi.
    haha! good observasion

  1. Anonymous said...:

    First time aku view blog ko emphh okla not bad. Tapi ayat + pics ko ni ganas2 + berbaur lucah. Tapi ganas2 ko pun jiwang gak...

    Gambo tren tu mcm Thomas & Frens citer fabret anak aku. Ini band kanak2 ke?