SeEpilog BerMonolog



Title : Epilog Monolog
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : repeat the previous steps


Aku memang dah tak peduli. Pekup kepala, cuba angkat dagu kelangit.Tidur lagi tak tentu, otak pusing fikir ini dan itu, begini dan begitu. Aku duduk di bucu katil, selak selimut nampak kaki sendiri. Tak pernah berubah..Cuma bulu tu dah macam sedikit lebat. Dah nampak sikit macam kaki Lampard.


Otak aku tak sudi, tapi bebola syaitan tetap masuk lagi. Aku angkat pen, aku berdiri…tenung cermin, suluh diri. "hmmmm…zirafah pun tak tinggi macam ni"
Dari menyarap, merangkak, sekarang aku dah kuat berlari, sendiri. Belajar tinggi-tinggi, last-last jadi kuli. Berapa kali batal niat nak beli almari.


Pegi pasar jumpe bunga aneh, makcik tu kata "beli je la, jangan sengih-sengih". Seluk wallet dapat sapu tangan, jatuh 100 ringgit terbang masuk dalam cawan. Terus anak makcik senyum menawan, Tanya nama buat-buat nak jadi kenalan..orang macam ni yang aku tak nak kawan. tak de masa la I nak layan.


Brader helmet datang naik kuda, pergi gig nak tengok aksi anak-anak muda. Ape benda alasan tak munasabah? Cakap je la nak cari chick, nak jual muka, jual maruah dan nak tunjuk juah. Sekali lagi aku nampak kau kat tanah, sumpah aku pijak macam ulat sampah!


Piano agam bernota sumbang. Aku pegi gig nak tengok band pastu sembang-sembang. Tu pun susah nak cari kamera digital, yang manual aku dah mual. Balik aje badan sengal-sengal. Takpe lah…janji halal.


Abbas, abbas..kenapa kau sebat zine aku? Pastu lari terus tak bagi tahu..pakwad, oh! Pakwad..kenapa kau belah melulu begitu? tak sempat nak sembang isu drama hindu..semua gitaris memang macam tu, suka putuskan tali..tali silaturahim, talian talefon, tali gitar aku dan tali gitar kamu. Jemu, jemu..asyik terlihat gaya paktua yang sering mendagu. Time ni yang rasa nak menyanyi mendayu, sambil ketuk kepala pakai batu in between letak paku.


"Wan, ko jangan risau, have fun yang penting gaya tak mau kaku" the next time yang aku tahu, dia angkat bass kasi hantam kepala aku! Tengkorak rasa meleleh..rasa hati ni nak sangat-sangat aku sekeh. Boleh eh..siapa kata tak boleh… naik je la kren, lepak atas minum ayaq oren.

2 comments:

  1. Shikin said...:

    uit!! buat pantun? pantun yg aneh tapi menarik n creative.. tapi kn ape kena mengena dgn lukisan 2? hmmm,ada skit xphm connection dua2 tu..hehe..

  1. si teka teki said...:

    dulu ade rocker tua putuskan tali gitar aku.pastu wat bodo.celaka punya orang!