karya berjaya bukan kerjaya


Pic.1 - bloodonweddingdress (cutecutknife release)

Pic. 2 - tribute to the hideous band ever made

Title : Cover 1st release Bloodonweddingdress and tribute to them.
Medium : adobe photoshop and 5% telent
Technique : teknik penyembelihan sempena musim korban


Satu hari yang sangat tak bajet bagi individu berperangai ingkar macam aku..pengumuman dengan menggunakan PA system kenduri kawin, aku dalam usaha membayar fidyah puasa 2 tahun lepas..seharian meronda setelah hampir cukup org miskin aku beri makan, hala tuju aku seterusnya misi ke rumah si miskin yang terakhir…..Jehan miskin….damn! I hate this guy! Sudah aku pusing semua rumah kebajikan, tetap aku gagal jumpa beliau. Miskin sangat ke hingga perlu aku cari di bawah2 jejambat kotaraya?


Monolog sunyi aku terkandas dek nada dering polifonik hanfon berkamera ku.."Hello! I dah berpunya ok, I jijik ngan You!" jawapan bagi tiap panggilan yang tak kukenali, kerna sudah kerap dihurung rengekkan gadis-gadis metropolitan yang tak penah jemu mencuba nasib bersabung nyawa memiliki perawan matang dan well dressed ini.


Pemanggil : eh..sori la, ni aku la Man Dagu…yang gitaris band blood on wedding dress tu, kita pnah sembang, ingat tak?


Aku : kejap, apasal name ko macam gampang? Yang ko sebut tadi tu name band ke tajuk DVD lucah? Jawab la? Apasal ko senyap? Ko tau tak Jehan miskin duduk mane? Ko nak aku shuffle kepala ko ke? Ko puasa cukup tak? Senyap ape? Tak cukup la tu, Lakhanat! Jawab la? Hoi!


Pemanggil : Ape ni ? ok la, kite settle down skang je…please sangat2 designkan cover CD band aku, sebab kalau bukan designer terkenal macam ko yang buat, band kami memang tak boleh pegi jauh.


Aku : band tak leh gi jauh? Owh..band yang sume muke macam sial tu cume vokalis korang je yang muka boleh blah tu kan, baru ingat..sori dude! Kau ni untalented gitaris tu la..yang muka "jaw dropper" tu..dagu kau tu panjang ko buat katne eh?


Dipendek kan cerita sependek akal ahli band tersebut, aku bersetuju membantu mereka dengan harapan, design aku mampu menarik pembeli yang ramai, seterusnya menyumbang modal bagi pembedahan pemulihan wajah-wajah makhluk serupa tahi itu…muka penghindar wanita meraka memang tak masuk akal untuk glamer, pun begitu aku tetap bertungkus lumus menyiapkannya sebab tak mahu lagi keburukan mereka mengganggu masyarakat dan ekonomi Negara..


Dipendek kan lagi cerita tentang fizikal hanyir mereka, sebab dengan bercerita pun sudah mampu menyumbang dosa besar. Lalu terhasillah design pemulih wajah huduh mereka itu (pic 1), amat gembiralah mereka semua, mereka mula berkira-kira wajah artis majalah mangga mana yang mahu ditiru. Tak ubah seperti ulat sampah bercita-cita menjadi rerama. Jelik sungguh aku lihat wajah lembam kerbau yang gembira dan cuba buat muka manja! Igauan ngeri sampai ke hari ini.


Hampir 3 tahun selepas kejadian bersekongkol dengan makhluk-makhluk jelek itu, aku dapat panggilan lg..bukan dari mana-mana gadis hot seperti biasa, tetapi dari MAN….ye, MAN DAGU muncul kembali..pemilik dagu berjarak sekilo dari muka itu buat aku meremang! Belum sempat aku nak tekan butang untuk putuskan panggilan, dia tiba-tiba merayu "nanti dulu, aku skang dah bikin muka macam chef wan la, rilek la bro" kekagetan aku mula reda. Nyaris terpelanting org disble ku tendang sebab terlalu horror dengan ketegangan tadi.."bumper depan ko yang jatuh tak bikin skali ke? Bisik hati busuk ku.


Pemanggil : aku call ko dari jepun ni…nak ucap thank bebanyak sebab kau kitorang bleh sampai sini…and ada chick jepun kirim Arigato and shushi kat ko, nanti balik aku passing..ok, tu je la..aku nak meraba gadis jepun kat dalam tren ni..wish me luck!


Clack!.............Tuuuuuuuuuuuutuuuutuuu……………………..............tuut.


After that, I drew a tribute to them…Blood on wedding dress ‘Japan Tour 2007’ (pic 2)
Tak sangka aku telah mengubah nasib insan-insan bermuka lambakan pasar malam itu tanpa aku sedari…aku pasang CD pemberian mereka 3 tahun dahulu, habuk setebal buku telefon aku usap dengan jemari halus ku. Butang "main" ku tekan, Sejurus lagu pertama berkumandang……aku merenung kelangit dan hatiku dengan rela berkata..


Still…this band SUCK! Big time!

5 comments:

  1. Anonymous said...:

    aku benci bagi komen

  1. pae dasuki said...:

    Ahaa..ayat² yang sgt berorientasikan imaginasi penulis =p
    [merujuk juga kepada entri yang ditujukan untuk makhluk berbulu @ Axe]

  1. Anonymous said...:

    sian jehan miskin kena kutuk..ensem mamat 2..badan tough..hehe..

  1. Zafwan Zakaria said...:
    This comment has been removed by the author.
  1. Anonymous said...:

    man dagu? ahaha..

    eksperimentasi ayat2 tohmahan yang terbaik. mari jatuhkan dignity org tua itu