Derma Untuk Mendirikan Masjid AL-Khamarul

Title : Derma Untuk Mendirikan Masjid AL-Khamarul
Medium : flyers khursus, my lovely pen, scanner and photoshop
Technique : teknik magik! Hahah!

Tanggal 15 & 16 hb Disember 2007…maka tertanggallah keraguan setiap insan yang selama ini mengaggap aku adalah calon terbaik "most gorgeous playa 2007".anda silap.. Aku kini pemilik sijil sah pra-perkahwinan. Dan dalam keadaan sangat bersedia dari segi rohaninya untuk berumah dan bertangga juga beberapa landscape menarik di halaman, ditambah hiasan dalaman bak hotel 5 bintang. Maka usahlah lagi wahai insan-insan keliru, terus-terusan menunding jari kepadaku menuduh akulah player itu yang suka befoya-foya dan selang sejam meninggalkan wanita sekerap menekan butang ‘BEEP’ dalam rancangan tv yang penuh kata-kata kesat.

Kalau ditanya.."apo bondo eh yang ekau blajo kek tompek tu?" Tanya seorang pemandu kereta bernombor pendaftaran N9, secara selamba dan berlagaknye dari dalam kereta..
Mcam tau-tau je aku baru pulang dari khursus dan juga sedar bahawa no plat keretanya terlalu nice..

Apa yang aku belajar ye..? ni dia…

1) Penceramah percaya bahawa jika lelaki mula terangsang boboynye mampu membasahi lebuhraya MRR2.

2) Dia juga suruh bakal isteri selalu mengenakan pakaian yang "terang dunianya" ketika bersama suami..heh! terang sampai si suami nampak ada dua buah dunia! Yaa!

3) Percaya yang semua lelaki kalau tak dapat sex selama 3 hari berturut-turut akan timbul penyakit tak mampu melihat devider..huhu!

4) Yang paling penting mereka mengistilahkan didalam hubungan seks, si isteri sebagai typewriter dan sisuami penulisnya, dan si isteri jangan cuba sorokkan typewriter dari suami anda, sebab sisuami masih mampu menulis menggunakan tangan…jeng!jeng!jeng!

Ok la, ini cebisan nota-nota yang aku catit sepanjang ceramah 2 hari tu:






Contengan otopsi belahan kepala manusia buruk ini adalah penterjemahan aku untuk menunjukkan otak itu berasal dari kepala seorang manusia…bukan otak lembu, sebab lembu sama macam BUSH, xde otak! Hehe!
Contengan ini mewakili perkataan OTAK






Contengan seorang lelaki mengadap ke tenggara dan si perempuan ke timur barat ini bukan sebab si pompuan tu merajuk kerana si lelaki sibuk bermain dengan boboynya. Ini lambang produk bejenama tersohor KAPPA Macam tak menarikkan? Damn! Patut aku lukis bahagian dada pompuan tu besar lagi..baru attractive. Heh!
Contengan ini mewakili perkataan KAPPA




Contengan 4 buah bangunan disiram mentari petang yang suram ni melambangkan sebuah bandar yang maju + simple + aman dan sunyi sebab aku lupa lukis orang…hehe!
Contengan ini mewakili perkataan Bandar atau CITY




Contengan ni nampak macam abstract atau dengan bahasa pasarnye "tak lawa" adalah gambar boy (housemateku ) yang duduk kat sebelah aku masa kursus tu. Muka dia memang la tak buruk sampai macam ni, bagi pengidap penyakit ganjil "pembentukan gelanggang iceskating" diatas kepalanya, lukisan ni bayangan aku jika dia cuba menyimpan baki rambutnya hingga panjang dan di dreadlockkan..dan dengan ketinggian mencapai 153cm maka dia layak untuk mewakili perkataan RENDAH
*boy……sory ye..aku tak buat dah pas ni.


Akhir sekali…gabungan kesemua contengan
diatas..OTAK+KAPPA+CITY+RENDAH (sila sebut laju-laju dan banyak-banyak kali sampai teman sebelah anda meluat dan tumbuk muka anda laju-laju sambil bertempiak "HOORAY!")
Maka terhasillah logo rasmi OTAKKAPASITIRENDAH…..peace brother!
Kata-kata penutup..aku sedang lancarkan tabung bagi mengutip derma untuk membina masjid seperti yang tertera di tajuk utama. Sila hulurkan bantuan anda seikhlas mungkin, kerna kalau siap masjid ni hangpa semua akan diberi makan nasi minyak dan persembahan kompang….sekarang baru dapat collect RM 300, marilah ramai-ramai membantu, nak derma leh contact aku…..Kos keseluruhan tak mahal…

Cuma Ringgit Malaysia tujuh (7) ribu serba satu je…..

4 comments:

  1. Unknown said...:

    bagi kain soh mak dia jahit sudah..

  1. Anonymous said...:

    one small step for a man, one giant leap for mankind

  1. Anonymous said...:

    weh..weh..apa ni??takan aku amik balik lighter aku, hang balas macam nih...wehh..apa ni weh???

  1. Anonymous said...:

    idea yg pndai utk mengutip derma.. hopefully dapat penderma dari 7000 ribu org..sorg singgit cukup la..