office part'T'

Title : karya seorang buruh
Medium : rough paper + Pen
Technique : ambik pen, bukak penutup, letak mata pen atas kertas, tarik…..

Selaku buruh kasar, lengan beruratku memang menjadi tarikan wanita-wanita penggemar tough guy..tapi tak pernah sekali pun aku cuba guna kelebihan aku ini utk memikat, aku lebih suka cara yang jujur..ku karangkan motivasi diri untuk gadis-gadis murung bagi mereka ceria, ku selesaikan masalah metamatik aneh bagi gadis-gadis lembab agar mereka kelihatan pintar, ku anyamkan origami-origami menarik sehingga bapok kelihatan sungguh perempuan, aku canai+senduk+gaul+dan uli menu-menu menarik sehingga gadis bulimic tak mahu diet lagi, tangan ini membuka mata pengkid tentang nikmatnya menjadi wanita…

Still, aku masih orang kebanyakan..makan gaji untuk makan nasi dan tak suka sayur taugeh. Aku sangat berharap muncul sekumpulan panda dan makan semua taugeh dalam dunia ni termasuk tauke-tauke taugeh sekali, biar tak wujud lagi perkataan taugeh dalam kamus masa depan, dan hanya tertera pada contengan batu-batu gua selaku sejarah ngeri penduduk dunia..
Begitulah terhasilnya gambar kumpulan panda di sisi kanan atas gambar diatas…

Seterusnya aku masih beranggapan teknologi itu berbentuk kotak atau blok..panorama kumpulan haiwan berbentuk meja sekolah diatas, yes! Itu ialah binatang dan bukan mambang pesegi! gambaran aku tentang masa depan. Bila mana pesisir pelabuhan akan penuh dengan kren besar dan jentera berat, dan keadaan itu tak ubah seperti melihat sebuah padang ragut penuh dengan binatang aneh berbentuk kotak..

Kapasiti Otak aku memang rendah, bukan sebab dia kecik bersaiz otak-otak atau aku bodoh! Bentuk sama macam otak korang yang sempit, kolot, kotor, dan keji..tak lari dari sifat-sifat tersebut. Bezanya otak cerdas kau ni tak pernah mahu berhenti berfikir, even when I’m sleeping…terlalu banyak dan sesak sampai aku kene upah polis trafik untuk mengawal lalu lintas pemikiranku sendiri…ibaratkan otak aku seperti rumah yang menyimpan segala keselesaan dan rasa selamat dalam hidup..dan aku tokey IKEA. Memang aku tak mampu untuk sumbat segala ciptaan kreatif aku dalam satu masa yang sama..aku masih perlukan ruang selesa yang mencukupi dalam rumah sendiri untuk terus rasa selamat dan tenteram. Sebab yang beginilah aku luahkan sebahagian darinya dalam bentuk contengan+coretan+lakaran+lukisan. Dan beban ini lah terpaksa aku tanggung selagi ianya masih berfungsi..my brain is my pain.

Pokok dan robot? Apahal? Entah la….maybe aku still tak puas hati dengan teknologi. How many more trees does technology need to make a single robot? Jawapannya, none as for tak de.. kepala hotak! mane ada orang buat robot guna pokok. Damn! You right…tapi, kita boleh cantas 5 ekar hutan untuk bina kilang nak buat kajian tentang apa-apa pun teknologi yang baru.."that could change the world and meets human needs". Mane plak korang nak letak hutan 5 ekar tadi? Nak tanam atas kilang boleh ke? Kalau tak boleh, mampu ke hasil teknologi tu nanti gantikan bekalan oksigen 5 ekar hutan tadi? "technology to meet human needs my ass! Human needs oxygen la GOBLOK!

Satu ketika tersedar pitam,
dunia dikawal robot-robot kejam,
Saat manusia ketagihkan oksigen,
Datang hanya hembusan asap-asap enjin…

2 comments:

  1. John Hafiz said...:

    smart. tapi yang ataih lagi smart.

  1. Anonymous said...:

    hot stuff betol tuan blog ni ye...haha..pening gak tgk lukisan yg ni sbb xtersusun tapi dpt phm dari cerita..eh,panda kaler bulu die mcm tu ke?