aku tak pilih bulu ok..kamon la!


Title : Aku tak memilih bulu
Medium : Fine A4 paper, sketch and scan
Technique : Teknik menghabiskan dakwat pen!

Hello Malaysia! Sekali lagi aku paksa korang-korang yang dah bukak page aku ni, membaca isi-isi bernas datang dari pemikiran alaf baru aku. Terdahulu aku nak kasi tau, gambar yang tertera diatas ni dilukis sekitar 5 bulan lepas selepas kejadian bertemu dengan makhluk berbulu ni…tak banyak yang mampu aku kupas sebab dia bukan buah kelapa ..tetapi tak lebih hanya sebuah karya agung tentang seorang teman anehku.

Aku dah kawan lame sangat dengan makhluk ni, ada la rasa muak skit-skit, tapi kesetiaan dia mendengar aku membebel dan mengarut sangat aku kagumi..aku kenal dia dari dia benama Mohd syamsul Azhar, tukar jadi Syon, dan kini lebih glamer dengan nama ala-ala "stripers"nya AXE! Cakap pasal nama panggilan ni, aku ada 7 jenis nama samaran dan yang paling aku tak suke kalau org panggil aku Johnny as for Johnny depp…meluat tau! For those yang panggil aku Johnny please after this don’t ya’ll dare…Johnny tu nama anjing jiran aku ok!

Axe ni memang aneh! Dari perwatakan membawa ke tabiatnya. kadar petumbuhan bulunya sangat produktiv hingga merangkumi 70% tubuhnya..Pernah sekali aku lepak minum ngan dia, ada pakcik tiba2 salam cium tangan aku mintak tangkal, sebab dia ingat aku sedang berdialog dengan jin. heh! lagi haru, pernah keluar supermarket dan kena tahan pak guard, sebab dorang ingat bulu yang tekeluar dari baju dia adalah sweater yang ingin dicuri..hehe!

Aku dulu sehat, sekarang kene asma…tak yah bagi tau pun aku rasa korang dah boleh predict kenapa kan? Kalau waktu pendidikan jasmani, aku selalu konfius samada dia pakai seluar treksut hitam ke tak? Sebab macam tak payah pun tak pe je…insane la lu axe! Apa-apa pun, aku tetap rindukan panorama emping-emping salji berguguran takala dia mengibas ketiaknya hasil dari sapuan deodorant yang berlebihan..hehe! everyday is chrismas dol! Hohoho! Tu belum kira kejadian seperti cubaan menyikat belah tengah ala-ala GQ pada bulu dadanya..

Lukisan diatas ni adalah beberapa mimik muka yang selalu dia wat..memang btol, btol dia memang suke wat muka kesian, tapi sila jangan bagi muka kat dia kalau jumpa kat mana-mana…lebih baik jauhi kalau tak nak kene furball. Seksa tau! Aku memang sengaja tak lukis keseluruhan badan takut penonton muntah dengan keadaan fizikal anehnya. kalau anda pecinta binatang, sila jangan mencemuh kawan saya ni, dia bukanlah memakai baju bulu musim sejuk rekaan pereka fesyen ulung seperti anda nampak..

After all he’s one of my true friend…jenis kawan yang akan sedih kalau salah sorang dari kami mati. Dan kalau orang ramai sibuk bertanya, kenapa aku still nak berkawan dengan dia yang aneh tu? Jawapannya mudah…

We may look so different..in the outside,
But inside, I guess I’m as weird as he too…cheers!

Aku benci engkau yang bertanya begitu, sungguh memilih bulu sekali!

1 comments:

  1. Anonymous said...:

    aku benci axe!