Mentari Ink (episod dua)




Title : Mentari Ink (episod dua)

Medium : graphic marker, betis-betisku, awww..

Technique : Promo percuma menggunakan tubuh badan.



Again, welcome to Mentari Ink! Ini episod dua. Episod tiga pula selepas ini.


Tattoo palsu pada betis kanan pemilik ini bertajuk “baling Molotov koktail dengan tangan kirimu, dan breakdance lah selepas itu!” Dan pada betis kiri pula, ialah tajuk cerita lucah untuk pengantin.

Bukan! itu ialah nama kugiran yang memang tak sedap. BloodOnWeddingDress (tahi!)

Tahukah kamu asal-usul nama kugiran ini? Mengikut fakta nyata, nama kugiran ini berasal dari kejadian seperti yang akan diceritakan di bawah.



Cerita Fakta:

5 orang individu, 4 orang darinya ahli kugiran tersebut dan seorang rakan. Mereka sedang lepak-lepak selepas sesi latihan di sekian kedai mamak, berkoordinat di Melaka raya, sebelah kedai serbaneka Tujuh “E”. Man Dagu Manggo merupakan ketua kumpulan jahat tersebut memberi topic hari itu, “Nama baru untuk kugiran yang menyedihkan”.


Sejam selepas itu, bergelen air liur melimpah ruah, mengRe-fill air kosong kami beberapa kali. Namun masih gagal memuaskan hati Monster Dagu bulan sabit itu.


Kelihatan Juru vocal kugiran itu agak lalai memerhatikan kedai baju pengantin di seberang jalan. Matanya asyik merenung satu persatu blouse pengantin yang tersidai permai. Matanya tenang dilimpahi ketenangan warna serba putih. Tidak lama selapas itu, ekor matanya teralih kearah seorang jurujual, yang sedang keluar mengusung sehelai dress menyeberangi jalan yang sibuk. Dia kemudian berlari anak menyeberangi jalan, sambil sedikit bahagian dress itu terseret di jalanan tanpa disedari.


Separuh lariannya, dia terpijak dress itu dan tergolek ditengah jalan sibuk itu. Pada masa yang sama, sebuah kereta sedang meluru kearahnya.


+Bunyi brek yang kuat! (cuba jerit “eat!” dengan cemas, dan bakar getah untuk dapatkan efek bau tayar hangit)

“Mati?”

“Mustahil, bunyi brek tadi macam kereta dah bikin dan berjenama mahal”


Seketika kemudian, kelihatan jurujual itu terbongkok-bongkok bangun sambil mengibaskan habuk di sendi-sendi badannya. Luka sedikit di siku, cedera sehiris di buku lali.


“Hoi! Gila ka!” driver kereta bikin berbrek jenama mahal, mula buka buah murka.


Jurujual tadi hanya tersengih malu, sambil blah slow-slow dia cakap

“ Soli incik” sambil kedua tangan dirapatkan dan buat aksi menyembah, kemudian dia tunjuk dress yang dia usung tadi, dan kata “Belat lo ini wedding dless”.


-Habis-

sarikata oleh jenyu:)




P/S :: Tadi masa nak potong rambut, juru potong lupa nak pakaikan aku kain penepis rambut dari terkena pakaian. Separuh jalan, baru dia perasan. Dia cakap ini “Sori, I’m so interested to cut your hair, sampai I forgot. Hehe!”

Ah~ pujian di saat yang paling akhir, adalah seratus peratus kepedihan.

9 comments:

  1. Anonymous said...:

    Akhirnya tajuk 'Rambutku lari dibawa angin menjadi kepulan awanan'(sila rujuk entri 18 April 2008) berjaya menjuarai carta ramalan tok tilik!

    sedey..tp kena halang pencipta tajuk itu dari terus bercakap supaya kejadian yang tak diigini dapat dielakkan dari berlaku!

  1. Anonymous said...:

    tragis btol crite disebalik nama kugiran 2... mesti ahli2 kugiran 2 ganas... haha!

    saya pun nak gak 'mentari ink' mcm tu,bleh x?

    yeay! da rambut pendek.. dun be sad, jap lagi pjg la rmbut 2.. wutever it is, i luv ur new hair cut n u still look ensem to me honey! *wink*

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Bro, cepatla taruk gambar baru!

  1. amscreamo said...:

    lawa tatu blood yg ko lukis tu dowh..

  1. anonymous: kata-kata kamu ada benar dan logiknya. saya tak kurang sedeynya..panik juga bagun pagi tgk2 dah kecik. hehe!
    pencipta tajuk itu boleh dihalang, hanya perlu ke guardian KJ dan tutup mulut dia guna tuala wanita. hehe!

    shikin: tragis skit2 je, ahli kumpulan tu ganas2 la gak cuma fizikal mereka nampak agak jambu. lagi2 dah berambut pendek. hhuhu!

    kalau nak tatu bleh je, jemput ke studio merangkap rumah saya. hehe! saya ensem walau botak sekali pun, jgn bimbang. hhuhuh! neway thank madu!.

    neem: sanggup ke menahan mata untuk melihat susuk wajah yg terlalu indah ni nnt?

    amscreamo: sbb ko ckp lawa, aku nak padam la. kugiran itu tahi! hehe!

  1. Anonymous said...:

    jambu ke? xde sket pun, nmpk mcm mangga ade la. haha!

    studio kt rumah?xpe la time kasih je. yeke ensem wlupun botak, kamu 2 sggup ke botak? ;-P

    hmmmm, saya bukan n xkn jadi kamu nya madu ye. honey xpe jgn madu, xsggup beb! haha!

  1. MusangKampung said...:

    hg p gunting kat demon barber ka din. last para tuh bleyh jdik scary.

    tpi tattoo hg mmg hawt. tabik kepala lutut

  1. dila raden said...:
    This comment has been removed by the author.
  1. dila raden said...:

    tak cam lampard pon