Soo00ooOO "otakkapasitirendah" SEXY!






Title : komik pg 3 (projek fully age)

Medium : Paper + pen and photoshop

Technique : sekolah menengah teknik slim river...



Untuk pengetahuan semua, saya juga berbakat melukis komik. Jika kamu baru sedar akan satu lagi kehandalan saya ini, begitu juga dengan saya. Ini adalah inisiatif pertama dalam cubaan meneroka kebolehan jari-jemari misteri milik saya ini. Sejajar juga dengan kewujudan blog saya yang sangat tulus mulus ini. Nah! persetankan karutan di atas semua.
'
'
Komik diatas adalah helaian mukasurat ke-3 untuk 16 mukasurat komik yang sudah saya hasilkan untuk dijadikan buku lirik rilisan sebuah kugiran yang namanya dirahsiakan. Ketua kugiran ini (seorang kelasi kapal yang tidak kacak tetapi kaya), telah dengan tegasnya mengarahkan saya supaya cuba merialisasikan impiannya ini.
'
'
Sungguh kerana ketidak tampanannya yang amat itulah juga, saya terima lawaan ini demi *meng"avoid"kan diri jauh2 dari beliau. Akibatnya, hampir sebulan blog ini tidak bersuara, entah apa kuasa si kurang tampan itu, hingga aku turuti kehendaknya?
'
'
Semasa sesi latihan kugiran baru-baru ini. saya sempat bertemu beliau (sambil menutup mata dengan kain). walaupun saya muntah beberapa kali, namun dapat juga menangkap kata-kata beliau seperti berikut "Aku rasa ko simpan je la komik tu, kitorang nak rekod balik and tukar semua lirik" (baunya sangat hamis). Sambil jari telunjuknya diletakkan di celah kacamata "Indie" nya, dan ditolak ke atas sedikit, juga sedikit senyum sinis.
'
'
**Aku lalu bangkit, kucapai mikrofon yang sedari tadi ada disebelahku, aku rapatkan set sistem PA betul-betul di telinga beliau, lalu aku jerit "Fucking awsome dude!"
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
*kata2 inggeris digunakan untuk menunjukkan betapa penulis sangat maksudkan.
**Gantinama "aku" digunakan untuk ekspresi marah
'
'
'
'
'
'
P/s: Sebelum beredar, aku telah menghempuk kedua-dua sistem PA itu ke muka mangsa. Mangsa? ya! beliau cedera parah di muka, dan kini berkira-kira mahu membuat pembedahan plastik ala-ala artis barat. Bagus juga, kalau dia mati nanti, aku hantar mukanya ke kilang kitar semula.
'
'
'
cheers!
'
'
'

10 comments:

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Err..kelasi yang tampan tapi kaya takde ke?

  1. Anonymous said...:

    haha! uplod lagi kepingan lain dude

  1. Anonymous said...:

    hehe..rilek la jgn mrh sgt..sian kelasi kapal 2..klu bukan kerana die syg tak explore bkt baru lukis komik kan? hehe..ptt terima kasih kt die.. =)

  1. Anonymous said...:

    aku macam tahu pangkalnya. tapi hujung yg camni? takkanlah? btul shikin

  1. aku sudah putuskan utk mulakan sesi berbalas komen harini jgk, maka penyinggah. terimalah...

    neem: 1stly thank kerana menjadi penyinggah setia, aku hargai. kelasi tampan bola (goalkeeper) yg kaya ada la..huh! ko nak?

    red: abg merah sggup singgah, tersisip hatiku rasa malu. hehe! kepingan lain nnt aku finalisedkan. baru ink je

    shikin: hehe! itu hanya ekspresi je..mmg trima kasih gak kt sang kelasi tu (jaga kau si kelasi! ini cuma ayat baik dpn gf).

    axe: heheh! hanya ekspresi teman...dlm hati membungkak.

    cheers all!

  1. John Hafiz said...:

    Lukis muka abang satu, dik!

    Kalau adik sudah tidak menyimpan gambar bersaiz bantal yang abang bagi kepada adik tempoh hari, adik boleh melukis muka abang menggunakan rama-rama atau bunga orked sebagai reference.

  1. Anonymous said...:

    kat mana nak cari kaca mata indie ni bang?

  1. john hafiz: muka abang telalu suci la..adik takut kalau lukis tak jadi nanti hilang kesuciannya..mmg tak fasih lukis rupa keldai.


    kumprinx: spek indie boleh didapati dalam kotak makanan ringan DingDang!
    percuma dengan setiap 3 pembelian

  1. Anonymous said...:

    siyes..ko mmg cool..

  1. haq said...:

    wah, dah siap rupanya komik ni.
    pembetulan, dulu aku rush nak rilis balik, tapi aku ade gitarist yg sasa dan sgt berat, jadi lambat. aku xmau komik dilukis dgn keadaan yg sgt pantas sebab nanti tangan pelukis boleh cramp. oleh itu aku berfikir mungkin akan diubah cara dan lyric rilisan. tapi macam xsempat juga. hingga kini hanya 2 lagu dari demo yg dilukis telah direcord dgn keadaan yg salah.mungkin yg ini guna untuk kompilasi, ntah la aku pening. give up main band pun ada juga. main bersama band hebat, aku kene marah.main band sendiri rasa nak marah.
    bau2 hamis itu maafkan aku, aku jam untuk 2 band pada hari tersebut.
    mungkin kerana ini kau masih tidak menyinggahkan diri ke studio ku.
    maafkan aku.
    "aku" adalah kelasi yg tidak tampan dan tidak lagi kaya. aku tidak lagi punya sesiapa. hanya studio dan sebiji viva. tiada lagi pesanan ringkas bertanyakan khabar.