"Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor






Title : "Johnny Depp terpaksa akur" itu kata doktor
Medium : x-ray result, photoshop
Technique : menghabiskan masa mc


Ini susulan kejadian yang tidak kelakar berlaku sekitar 1.00a.m di pangsapuri tempat tinggalku. Serius ada org terjun dari tingkat 16, bukan kerana aksi stunt atau punya kuasa peter petrelli, tapi dia ingin tamatkan riwayat hidupnya dengan cara paling popular itu. Mungkin dia mahu bernisankan headline surat khabar tempatan.



Aku yang separa tidur dikejutkan oleh rakan-rakan rumah, bergegas ketempat kejadian. Memang tak tipu, mayat dah ditutup plastic hitam. Kami masuk dalam crowd, cuba ambil video, sambil-sambil dengar penerangan seorang volunteer menceritakan kejadian yang berlaku. Gaya dia bercerita macam detektif, penuh andaian-andaian beliau berdasarkan keadaan dan lokasi kemalangan.

Jarak dengan mayat (approximately 5meter). Seorang pak polisi selak plastik hitam yang tadi menutupi mayat dengan tujuan memudahkan fotografer forensic menjalankan tugasnya. Ya! ambil gambar (twist skit je nak konfius). Aku cuba amati keadaan mayat secara teliti, kelihatan macam seorang lelaki yang berisi dan warganegaranya diragui. Aku tolak seorang rakan aku kedepan, supaya dia boleh ambil video keadaan mayat tadi dangan lebih jelas.

1……………………………………………………..2……………………………………............................Tumbang!

Keadaannya tak ubah seperti tumbangnya highland tower.Menjunam ke tanah. Bayangkan, sila ambil papan sepanjang 1.83 meter, dirikan secara menegak dan lepaskan. Impak pelanggaran yang kuat bukan? Jika kamu rasa cukup kuat impaknya, cuba bayangkan ini pula. Dihujung papan bahagian atas sekali letak batu-bata sebagai pemberat, dirikan dan lepaskan lagi. Pasti batu-bata itu pecah bukan? (kalau tak pecah, ulang lagi dan sila guna batu-bata yang murah).

Begitulah panorama terjunnya kepala ini menghentam lantai konkrit setebal 175mm yang dibantusokong oleh besi kerangka tetulang BRC7 (dua lapisan) itu. Aku “blackout” tanpa sebarang amaran, dari elok berdiri aku tiba-tiba tumbang (tumbang bukan rebah, sila rujuk cerita papan diatas). Suasana jadi lebih kecoh, tapi berkat aku mendapat rakan-rakan yang masih mahu mengaku aku sebagai member lagi, keadaan jadi terkawal. Aku pulang dan terus tidur.

Keesokan hari aku ke klinik, berbekalkan muka calar dan bengkak di serata sisi kanan wajah pencair wanita ini aku masuk berjumpa doctor. Dia tanya kenapa? Aku pun cerita kejadian sebenarnya, dia pulak ketawa. Damn! Katanya aku ni jenis lemah semangat, tak boleh tengok benda-benda macam itu, katanya lagi sambil lumur iodine kekulit mulus aku. Thank doctor! Sekarang saya baru sedar. Dia nasihatkan aku buat sinar-x, takut ada retak. Dia cakap “I takut struktur tengkorak Johnny depp you ni lari settingnya”. Aku memang tidak membantah…….sedikit pun tidak doctor.

Lihat gambar: keputusan sinar-x menunjukkan, struktur rangka Johnny depp aku masih kukuh (lihat ramai gadis turut melurut dada tanda bersyukur). Tempat plaster adalah bahagian paling kritikal sekali menerima impak secara terus dengan lantai konkrit. Imbasan otak menunjukkan terlalu banyak fantasi dan tanpa ada sedikitpun riak-riak otak. He

p/s: gambar dibawah ialah design yang baru disiapkan untuk sebuah komuniti seni bahasa milik seorang rakan. Kapasitor.net. silalah lawati mereka, jika anda suka sajak,cerpen,novel dan sebagainya. Jika mahu beli baju design itu pun boleh ke sana.





6 comments:

  1. John Melawi. said...:

    teringat video kat hp kwn aku.

    sorang perempuan kena belasah ngan lebih sepuluh lelaki.

    ending dia, kepala perempuan tu kena hempap dengan batu konkrit buat ruamh tu dan perempuan tu......loya tekak aku tengok.





    kesian sifat manusia sekarang.

  1. Bab melurut dada tanda bersyukur tu aku macam kantoi je tadi. Ceh.

  1. axe said...:

    x membaca chicken soup for the soul si mati ni. kalaulah

  1. ** Shikin ** said...:

    hye johnny depp..terpaksa akur konon...skang dh xensem la kan? dh xleh jadi johnny depp la klu mcm 2...cari lain la...haha...jgn mara.. =p

  1. ** Shikin ** said...:

    nak lollipop lagi?nak perasa coklat tau..hehe..bagi ganjaran sbb penat komen...eheh.. ;p

  1. naji said...:

    hehe pengsan?
    kuatkan semangat.. :)