Gagak lupa, tak boleh terbang sambil berdoa



Title : Gagak lupa, tak boleh terbang sambil berdoa
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : bantuan pernafasan mulut ke mulut (wanita cantik sahaja)


Susulan entri yang lepas, seraya tindakan penting diri saya yang mahu memudahkan kerja. Kini memakan diri, apabila terpaksa menjadi hakim tanpa dilantik untuk memilih pemenang. Ini tugas berat bagi si kacak, yang sentiasa buntu memilih ajakan wanita-wanita apabila masuk waktu makan malam.

Saya yang kacak dari darjah dua lagi ini, memang terkenal dengan sifat atas pagarnya. Pengalaman pertma mengundi, adalah ketika dipaksa undi untuk ketua kelas 3 cempaka dengan bilangan penduduk seramai 28 orang. Undi dikira dengan mengangkat tangan pada calon pilihan anda. Hanya dua nama sahaja tercalon, kerana sifat saya yang sangat gemar menjadi watak "saya cadangkan, cadangan ditutup".

Pada undian pertama, setelah dicatit di papan hitam (sebenarnya warna hijau pekat) jumlah undian setiap calon. Cikgu mengira jumlah keseluruhan undi, dan didapati kekurangan dua undi. Setelah disiasat saya dan seorang rakan seRebel, tidak mengangkat tangan untuk mana-mana calon. Kami disuruh undi sekali lagi, saya dan rakan seRebel diberi warning.

Setelah proses yang sama berlangsung secara life dan tanpa campur tangan pihak atasan, undi keseluruhan dikira lagi. Kali ini cikgu dapati undi terlebih 2 orang, dia kini terhidu pengundi hantu wannabe. Siasatan lanjut mendapati, saya dan rakan seRebel (RsR) buat hal lagi. Kami angkat untuk kedua-dua calon. Sekali lagi kami disuruh mengundi semula, dan saya dan RsR di beri warning kedua beserta beberapa hentakan siku orang dewasa ke umbun-umbun muda kami.

Undian ketiga memaksa saya dan RsR memikirkan cara terbaik untuk masih berada diatas pagar tanpa dikesan. Hasil akal melangkau umur sebenar saya ketika itu, kami dapat solutionnya. Ya, memang ketika itu saya sebut "aku dah dapat solutionnya", dewasa bukan?

Pada akhir undian ketiga, didapati keseluruhan undian tepat 26 orang dan majoriti dimenangi budak lelaki yang lembut dan suka mengorek hidung itu. Dalam masa yang sama, saya dan RsR tersengih puas disudut belakang kelas. Kami berjaya tidak memilih mana-mana calon tanpa disedari. Dan ini kata -kata RsR sebelum kami meghabiskan sesi persekolahan hari itu,

"dude, (26-2) + (26+2) / 2 = 26, you are brilliant!"

Itu ialah stratergi kami, apa tindakannya? figure it out.



Sila klik "Kenapaku Kopek Puzzle?" ini, untuk mengetahui keputusan pertandingan yang sangat mendapat sambutan walau tanpa habuan, yang lalu.

7 comments:

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Dude, aku tak pandai algebra.

    Jangan buat aku begini.

  1. Anonymous said...:

    eh? sejak bile otakkapasitirendah menjadi otakkapasititinggi ni? dh tukar ke? dah pandai bagi soalan mencabar plak...

    give up la nk jwb soalan kamu ni...otak xjln la... =) last2 kena tnye gak dgn kamu jwpnnya...walau dh tau jwpn, simpan sorg2 je la... biar tuan pnya blog yg reveal sendiri...

    tapi saya ada 1 soalan utk otak,
    drill this out and see if you are a mathematician!

    Scenario:

    There is a bus with 7 girls inside,
    Each girl has 7 bags,
    Inside each bag, there are 7 Big cats,
    Each Big cat has 7 small cats,
    All cats have 4 Legs each!


    Question:

    How many Legs are there inside the bus?

    :: Please answer, let me c how much intelligent u r...hehehe... ::

    p/s: saya rasa otak bleh jwb sbb saya bagi soalan ni based on ur post... pndai nk mengelirukan org ye... dont cheat ah! cannot ask ur frens or anyone! sendiri jawab... i can see or noe if kamu tipu... haha!

  1. neem : nampak IQ aku lebih tinggi berbanding kamu. heh!

    shikin : org bagi soklan, dia bg balik? demm!

    jawapannya, tunggu jap amik kalkulator.

    7 kucing besar x 4 = 28
    7 x 7 kucing kecil x 4 = 196
    7 orang bdk pompuan x 2 = 14

    total = 238

    atau

    total = 240 (tambah kaki driver)

  1. Anonymous said...:

    hg geletek ketiak cikgu tuh buat dia undi? atao pengiraan hang pakai sistem kuota dr. mahadeiy yg genius? jangan buang undi. tunaikan tanggungjawap sosial anda

  1. Anonymous said...:

    :: wrong answer la... xpela,ari tu dh jwb yg betol...tpi 2pun nk kena terangkan...sebenarnya bukan soalan 2 yg slh kamu 2 yg xphm soalan...hehe...jgn mara...cuba baca balik n phmkn...baru tau mcmane bleh dpt jwpn... ::

  1. axe: jawapannya, RsR angkat dua kali, dan aku tak angkat dua kali.

    shikin: Saya terima kekalahan ini, kita sama2 salah teka. maka, hadiahkan saya "shikin Mcdeluxe"!

  1. Anonymous said...:

    ok deal! haha...