Bingkai Maya (model sedia lawa)


Title : Itu semuanya disana kekasih

Medium : Photos and photoshop

Technique : Gambar berbingkai yang mahu dibingkaikan



Kekasih,


Disana,

Ada insan yang terkorban, ada tanah yang diceroboh, ada anak yang yatim, ada bayi yang piatu.

Disana,

Ada alam yang yang tercemar, ada sungai yang kontang, ada ais yang mencair, ada taufan,tsunami,gempa dan bencana.

Disana,

Ada mereka yang berebut kuasa, hilang sifat timbang rasa, insan-insan yang semakin gila, insan yang insane.

Disana,

Ada penindasan agama, tinggi rendah nilai kaum, sistem dunia yang rosak, orang yang tamak, akhlak yang punah secara mutlak.

Disana,

Ada kebenaran hanya khayalan, culik, bunuh, rogol, bakar, peras, dan ugut, seleweng.

Disana,

Ada perang antara saudara, perang antara jiran tertangga, perang merebut kuasa.

Disana,

Semuanya hampir punah, musnah.


Disini,

Aku jumpa bahagia,

Dalam,

Suam pelukan erat.

...mu.



P/S:: Ehem…ehem…bingkai la, bukan bangkai!

6 comments:

  1. Fareenz said...:

    akhirnya,

    hahahaa!!!

    kamu si penconteng, semoga berbahagia yer. amin:)

  1. Anonymous said...:

    Saya xtau nk ckp ape tapi time kasih bnyak2 atas usaha kamu membingkaikan pict saya

    Nanti saya akan bingkaikan gambar ini untuk simpanan kamu ye

    Saya sgt suka n kamu berjaya surprisekan saya,tahniah buat kamu!

    Kamu bagaikan pelangi yang sering menceriakan hidup ku……..

    ermmm,saya adalah pengerasnya?ok,sudah paham!
    model sedia lawa tu kena la kan dgn model berbaju putih? hehe!

  1. zeera said...:

    fuhyoo.
    sweet gila seh
    btw, nice frame
    classic gitu
    hehe

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Sweetnye.Macam sweetcorn dlm tin.

  1. Fareenz: Terima Kasih yang tak tercapai akalmu

    dominique: wah! juga

    Shikin: saya juga terasa kegembiraannya, mcm baru lepas menang lumba lari 100m ngan watson nyembek! Saya mcm pelangi ke? warna saya ada satu je, coklat2 hitam! tapi manis.

    pengeras tambah lagi.
    My pleasure....

    zeera: thanks yang banyak

    david santos: ko paham ke bahasa melayu? welcome to malaysia

    neem: sweet mcm cinnamon lebih cocok