Apa kata cutter?



Title : Ikhlas Membunuh
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : lipat kaki belakang tengkuk.


Bayangkan situasi ini.

Kamu sedang memandu kereta, dalam keadaan gopoh-gapah. Tunang kamu ditempat duduk sebelah sedang makan jajan. Kamu sedang berikan teknik terbaik pemanduan selama ini. Seluruh pengalaman memandu kamu curahkan, sudut selekoh kamu minimakan, bagi mempercepatkan gerakan. 110km/j, itu hadlaju mengarut.

Sampai disatu selekoh yang radiusnya sedap layan. Kamu bersemangat. Radio berkumandang lagu dari PCD, kamu mula perasan seperti lewis Hamilton. Nicole sherzinger sedang menyayikannya untuk kamu. Tunang kamu di tempat duduk sebelah, masih makan jajan.

Masuk selekoh, kamu sengetkan kepala melayan inersia, tekan pendikit minyak. Pegang stering sebelah tangan. Kamu elak setiap lubang yang ada, walau sebesar batuk kuman. Kamu tahu, lubang-lubang itu tidak menjejaskan pemanduan, kamu sengaja untuk buktikan kepakaran.

Tiba-tiba tunang kamu hulur jajan kemulut. “nah makan” katanya.

Bayangkan,

Selekoh-laju-sambil-elak-lubang-dan-makan-jajan. Adik-adik, jangan tiru aksi ini dirumah, sila tiru dijalan raya.

Tak semena, senikata diradio berkumandang “I hate this part right here..” kata PCD.

Nicole cemburu agaknya.



P/S:: ‘Ikhlas Membunuh’ design proposal bagi sebuah kugiran bawah tanah, Tools of The Trade. Kugiran muzik teknikal kisar dan bermain pantas ini sangat mengilukan. Bayangkan bunyi besi kena kisar. Pedih…Dan ianya akan ditempekkan ke baju, ditambah dengan tulisan tajam-tajam dan darah merata tempat.

Berita terkini, mereka tolak design ini. Kurang kejam katanya.

13 comments:

  1. zeera said...:

    so control macho while drvg ah neh? haha. eh? did u talk abt yrself? dh bertunang ke?

  1. betty said...:

    siap ada klip kertas yang menusuk kepala otak. tambah dawai kokot..kokotkan dia mcm steve-o buat.kokot banyak2 (huh, betul ke?)

  1. Anonymous said...:

    Saya hanya mahu satu lilin saja yang xde sumbu.. Oopps! Licik ke?

    kamu ni bahaya bahaya betol la.. next time jgn buat lagi..
    tapi masa tu mmg terpaksa wat mcm tu so xpela..dimaafkan..

    nasib baik bawak kete sambil makan jajan, klu buat benda lain? Haaaa,bahaya tu..
    hehe!

    Nicole cemburu? Biar betol? Hmmm.. tapi mmg patut pun.. haha!

  1. F I Z A F E said...:

    nicole marah lewis hamilton psl teknik pemanduan hamiltonlah dia terlepas flight. nasib baik hamilton tunggu, kalau lepas hantar kat airport trus blah hehe memang kena makan jajan dlm cab la pulak lepas ni
    (cerita di atas adalah kisah benar)

  1. Amers. said...:

    minta maaf dulu, tapi karya kau memang hebat. kau ada ambil tempahan untuk blog tak?

    tabikk.

  1. zeera: bukan conrol macho, tapi control kereta..heh! yerp, tentang diri saya, dan yerp, saya dah tunang.

    Lola-lola: heeehhhe! dawai kokot dia berani la, kalau kepit ngan gigi utk putuskan selotep tu, saya rasa steve-o pun gerun.

    shikin: nicole cemburu sbb dia pun xpnah suap hamilto masa tgh race. hehe! saya hanya memandu bahaya ketika perlu..saya juga bahaya di bilik tidur (oops! licik lagi)

    lilin tanpa sumbu ada satu je tau...hehe!

    fizafeya: really? dia suck drive kat jalan berturap biasa, lagipun kurang biasa memandu tak pakai helmet. hehe!

    pzaewx: kenapa mintak maaf? sbb kamu telah menyusahkan saya utk eja nama kamu yang mcm word verification tu ke? hehe!
    thank anyway...apakah maksud buat blog? blog tulisan atau blok utk print atas baju? sila clarify.

  1. SisFaana said...:

    haha...nice oneeee :)

    cite tu agak mengkhayalkan jugak la..terimagine btol2 pon ade..hahaha...gile la..nice blog weh

  1. Anonymous said...:

    kurg kejam?
    kejam sgt ke dorg?

  1. Amers. said...:

    design untuk blog header aku. blog header kan? aku tatau nama. heh.

  1. bingbong said...:

    cuba kau ganti cutter dengan jari telunjuk..mana tau..depa kata kejam..oh oh...atau lilin tanpa sumbu barangkali..??

  1. farhana: haha!thank. imaginasi kamu tinggi.

    kiss of judas: kejam kecil-kecilan je. macm kejam kalau tidur-tidur ayam.

    pzaewx: owh~ cuba lihat blog header saya? duduk pun tak center, mcm mana saya nak buatkan utk kamu? hehe! what u hav on your blog rite now, for me is good enough.

    cheer!

    bingbong:lilin tanpa sumbu menusuk dada? wow! kau sangat membantu. hehe! kalau kau nak guna term yang sama, silakan...

  1. Firewabbit said...:

    kurang kejam? hrmm i can imagine the kejam-ness of the cartoon.

    nice btw. nice&kejam. haha.

  1. syazsy:thank..alagkah nice kalau bleh kejam kan mata sejenak.