Stesen Kerja


Title : Stesen Kerja
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : Menjawab TAG!


Ini kali ke-3 dia TAG saya, dan siap cakap lagi, “kalau rajin boleh lukis”. Apa dia ingat mamak ke? Main oder-oder? Akibat tidak membalas TAG ke-2 beliau yang lalu, maka saya dengan relanya membalas yang ini. Jangan tuduh saya tak friendly ok.

Arahannya, tangkap gambar work station anda. Dalam kes saya, lukis gambar stesen kerja saya. Arahan ke-2 saya tak mahu ikut.

Merujuk gambar, saya ada 2 stesen kerja. Gambarajah atas ialah stesen kerja dirumah, yang mana meja computer itu hasil kerja tangan sendiri, diberi nama jolokan “Meja computer yoga”. Gambarajah bawah pula stesyen kerja di pejabat. Dan kalau anda bijak sila jawab soalan objektiv ini:

Apakah profesyen saya merujuk pada gambarajah stesen kerja yang bawah?

A. Pencipta pemandangan selepas taufan
B. Penternak lipas dan tikus secara komersial
C. Pengumpul kertas-kertas terpakai
D. Pembekal tempat untuk menyorok ketika solat jumaat
E. Semua diatas + PEMALAS





P/S:: Saya mahu TAG encik altraboy. Sila sujud syukur kerana kamu terpilih. Kalau tak puas hati, call kosong satu dua puluh enam, tiga ratus tiga puluh lima, tiga ratus lapan puluh enam.

9 comments:

  1. budak cari hari said...:

    stesen kerja yg menarik nampaknya di atas lukisan.
    yg meja komputer yoga tu,agak sakit badan kan kalo buat kerja lama2 kt situ..

  1. Anonymous said...:

    nice skill! n my answer is definitely B.. 2 berdasarkan pengalaman saya la.. hehe!

    tentang bakat batin kamu tu,pengeras ape yg perlu saya bayar? dan berapa price die? sposen? singgit? seratus? seribu? spuloh ribu? sejuta? berapa kamu ckp je, saya sanggup bayar,money is not da problem. haha!

  1. JackS said...:

    wehh...
    meja komputer yg sgt ol skool..
    dan suda byk berpindah rumah..
    U2 ke 7 ke Sunway

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Jawapan D tu takleh blah...haha

  1. zeera said...:

    nice art works
    aku dh jd peminat plak madah view blog kaw jew
    :)

  1. Anonymous said...:

    Cantik lukisan.Memang sesuai sangat dengan tajuk post.Hahaha.

  1. syahirah: yer..sgt sakit, tapi mampu membuatkan tulang belakang kamu elastik, sgt elastik!

    shikin: thank...pengerasnya ialah kamu. figure it out! haha!

    Am I: yes! kau lupa satu lagi. rumah sek.8

    neem: saya pembekal je..ingat itu. heh!

    zeera: kamu ni insane..walaupun begitu, thank, kamu punya taste!

    Tora aman: Terima kasih encik! cantik juga kena dgn saya. heh! kacak lebih kena.

  1. hegira said...:

    like. your style.

  1. Anonymous said...:

    wow..ko sgt talented...suke artwork ko..je!, aku seorang yg malas mmbace..