Mentari Ink Sepesel Edisyen




Title : Mentari Ink Sepesel Edisyen

Medium : Graphic marker, Lengan sasa_ku, dan Lengan seksi_mu.

Technique : Bergembira tepuk tangan sama-sama.



Welcome to Mentari Ink!, ini yang sepesel punya.


Tattoo palsu kita pada kali ini ada tiga (3).


Pada nombor yang pertama. Ia adalah contoh bakat yang mendatangkan tunai. Lukis guna inai. Sebelah tangan, simple, beberapa minit dan ringgit Malaysia lima belas sahaja. Dan si pemunya tangan pula, kurang sedar bahawa teman lelakinya merupakan pelukis yang telah 5 kali menang anugerah “Jemari paling bakat” dan “Golden fingers of The Year”………walau hanya mimpi belaka. Pun begitu, saya beri kredit pada keseksian struktur tulang tangan beliau, serta lima belas bintang untuk kemulusan kulit.

*Iklan

Pada nombor yang ke-dua pula. Demi sifat mahu berjimat, maka saya buktikan saya juga mampu buat begitu. Tentang motif lukisan, kita boleh sembang kemudian. Yang paling utama, malam berinai kenduri saya kita tukar jadi “malam bermaker”. Satu keluarga pun takde hal punya.

Tajuk tattoo palsu ini “jaga-jaga kuderat saya dua kali ganda”.

*Iklan

Pada nombor yang ke-tiga pula. Sungguh dahsyat kerja seni ini sebenarnya, kelihatan begitu buruk, kerana pelukisnya cuba menterjemahkan rupa parasnya sendiri dengan lukisan. Dan boleh saya katakan ianya sangat persis. Garisan dijemari itu ialah “buku lima” kata beliau, “Ini tompok Dalmatian” sambil tunjuk pergelangan tangan saya. Akhir sekali ialah karya paling azab, “days I spent in Jail” tambah beliau sehabis menconteng lengan sasa saya dengan garis-garis halus. Terima kasih John Hafiz (sepatutnya saya dapat kredit kerana menyebut nama beliau).

*Iklan

Habis….

************************************************************************

Sedikit sisipan tentang isu semasa. Kepada Pak Hal, “Hang pi cari modai lain la..yang hang pakai la ni, depa dah pakai time KLCC baru nak naik dulu.”

Jika dulu ada orang yang betul-betul percaya encik Anwar bersalah atas tuduhan main belakang itu. Mesti la, mahkamah dah kata salah…tak elok ingkar mahkamah ooo…Tapi kini, mungkin sebahagian dah mula kurang percaya. Mereka sudah mula boleh baca, taktik basi. Encik Anwar sendiri, jika betul dia bersalah pun, tidak la sebodoh itu untuk ulangi kesilapan sekali lagi. Pak Hal, Che’det bagitau saya “Hang kasi perosak dia punya program la”.

5 comments:

  1. .khairi. said...:

    apa lagi, siarkan la wajah pemilik tangan satu tersebut..huhu

  1. Anonymous said...:

    firstly, bukan rm15 la rm10 je.. tambah2 plak..saya tau la kamu ade golden fingers tapi kamu pndai ke lukis guna inai?neway thanx ;)

    malam berinai jadi malam bermarker sah ke?tapi tompok2 dalmation tu cute gile, bolehla lukis kat tngan masa kenduri nsnti..haha!

  1. John Hafiz said...:

    ...tapi tompok2 dalmation tu cute gile...

  1. khairi: nnt kau menyesal...kamu rasa rugi terlepas seorang wanita yg mengagumkan. hehe!

    shikin: hmm..rm10 pun still mahal. inai bleh praktis..nnt saya masuk kursus.
    berinai tu adat dan budaya je..tu pun amik dari budaya org india. so, bermaker tak langgar syarat sah nikah. cute la sbb dalmation, kalau tompok2 kurap mesti takcute dah kan?

    john hafiz: jgn malas tulis komen. ulang phase org lain sudah basi. wake up!

  1. Anonymous said...:

    yela,kamu yg betol.. nak bermarker 2pun klu dpt restu.. hehe! tompok2 kurap mmg la xcute,sape yg ckp cute.. nape kamu ade kurap ke?hmmmm.. 2 sbb tutp dgn tompok2 dalmation kan? kan? kan?