Jom Kawad!




Title : Jom Kawad!
Medium : Paper, pen, marker dan photoshop.
Technique : memutar skru bagaikan juruteknik.



Ayuh kawad dalam dakwad,

Sempat, derap ikut syawat,

Kawad pacak, terpijak, terlajak,

Kawad duri, si perdana menteri.


“Kau suruh orang ramai-ramai demonstrasi, tapi kau duduk rumah, mana nak jadi?” respon saya ketika sesi bual pagi di gerai mamak. Teman saya ini percaya jika ramai orang sertai demonstrasi nanti, pasti kerajaan akan turunkan harga minyak. Saya sependapat dengan beliau, jika seluruh rakyat bersepakat tidak mustahil berlaku. V for Vendeta, contoh termudah. Namun, kebanyakan kita hanya mampu berfikir sahaja tanpa disusulkan tindakan. Saya dalam golongan itu.

Mengapa? Kerana, kita tak cukup disusahkan lagi dan tak cukup rasa ditindas. Walau harga naik, tapi kita masih mampu beli. Di Negara seperti India dan Indonesia, terdapat jutaan yang tidak mampu makan sebelum harga minyak naik, apatah lagi selepas? Maka, perjuangannya bersifat bermati-matian. Perkara ini tidak terjadi di Malaysia, perjuangan bersifat bijak pandai, kerana hanya memperjuagkan sedikit peratusan dalam slip gaji. Walau ada pun, jumlahnya tidak besar.

Mungkin ini yang Pak Hal fikir dalam kepala hotak dia? Saya kata, “mungkin”. Maka, jika benar, apakah kita mahu terus-terusan digunakan atas dasar pandang remeh kita? Bila sudah betul susah, baru nak bertindak? Kita, merujuk kepada golongan “tahu fikir, tapi tak reti buat” dan saya.

Kita tak ubah seperti “Makan tahi, bila kena suruh, lepas itu cakap FUCK! Belakang-belakang”.

Ok la, aku nak makan megi. FAK! la buli rakyat!

Aku suruh makan nasi,

Engkau makan,

Aku suruh makan tahi,

Engkau saran,

Makan nasi gaul tahi.




P/S :: Seluruh teks diatas ditaip menggunakan jari hantu kedua-dua belah tangan, tanda protes!

5 comments:

  1. puYenGtujunaM said...:

    salam...tu lah pak hal...DEMO-KERAS-I...

  1. Anonymous said...:

    blog-hopping has led me to this blog.

    sgt amazing. teruskan.

  1. Rmywvs said...:

    cits, mana mungkin tetiba gua nak bersama-sama berdemonstrasi kalau aku akan dapat RM625 tidak lama lagi.

    walaupun tak banyak, ia bermakna bagi gua yang si penganggur.

    tunggu gua dpt RM625 baru kita berdemonstrasi ye? kalau abg FRU lepaskan gas pemedih mata, kita bagi gas asli ke tong gas sama diorang. kalau die sembur air, kita mandi ramai-ramai.

    p/s; jangan lupa bawak shampoo conditioner

  1. broken_nigina said...:

    heh.
    gua pon dalam golongan tuh jugak.
    cakap tapi tak buat apa pon.
    malas.

  1. KHAB said...:

    sombong dan bongkak. minggu lepas knp takda kat studio?

    ime illazaron.