Kisah Empat Ekor Anjing


Title : Kisah Empat Ekor Anjing

Medium : paper, pen and photoshop

Technique : meluahkan isi hati tentang keadaan semasa

Ini kisah empat ekor anjing. Seekor namanya ONMU, seekor lagi namanya SAP, seekor lagi pula PAD, dan yang akhir sekali yakni yang penghabisan pula, namanya agak panjang dan berbunga-bunga ejaannya, naLIDAek. Keempat-empat kawanan anjing ini amatlah bergantung harap pada seseorang yang bernama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Keempat-empatnya amatlah manja akan sifat-sifat mereka. Seperti anjing-anjing kebanyakan, kerja mereka hanyalah makan, tidur, berhibur, menipu, tabur janji manis, mencaci, dan membenci (eh? Itu macam cerita lain je..maaf).

Seperti anjing-ajing awam juga, mereka ini hanya mahukan ganjaran sahaja setiap apa yang mereka lakukan. Jika tuannya yang bernama sangat panjang itu mahu ajak bermain (dog trick), setiap aksi mereka pasti mahu upah makanan anjing berbentuk tulang macam dalam tivi itu. Jika tiada upah, jangan harap mahu lihat aksi.

Memang sifat anjing yang tak pernah kenang untung, tuannya yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam mencari duit, membeli makanan, bayar sewa dan segala bil-bil. Tapi mereka hanya goyang ekor menumpang harta tuannya. Kadang bila tidak diberi makan, tangan digigitnya pula. Kesian-kesian…kesian sama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Bila tiba masa makan, merekalah yang paling terhegeh-hegeh sekali tiba. Penuh dengan aksi-aksi yang menarik cuba meng’impress’ si tuan. Dalam konteks ini, siapa yang kuat mengampu tuannya dengan apa-apa aksi (janji) manis, maka dia akan lebih disayangi atau jadi “Pilih”an hati En. Rakyat. Ketika ini, segala macam kebolehan ditunjukkan. Boleh buat lebuh raya, buat masjid, jambatan, bantu orang miskin…sangat prihatin. (eh? Termasuk cerita lain lagi…maaf).

Dalam kisah empat ekor anjing ini, ONMU lah anjing kesayangan si tuan. SAP dan PAD pula kadang-kadang menjadi pilihan hati tuannya di beberapa tempat. Manakala, naLIDAek pula semacam dipinggirkan..mungkin, namanya yang pelik agak sukar untuk dipanggil oleh tuan.

Bagi En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya pula, dia memang tiada pilihan lain selain empat ekor anjing yang tak berapa berguna ini..terpaksa menjaga, bagi makan dan jaga kebajikan, kerana itu sahaja yang dia ada. Jika ditanya isi hatinya dengan lebih lanjut…harapan En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya, hanyalah mahu mereka menjaga keselamatan rumah dan dirinya. Tapi buat masa ni belum lagi mereka diuji, melainkan si ONMU sangat gemar membantu menghalau posmen yang datang hantar surat. "Gaya tu dah ada" katanya.

“tapi time-time nak bagi makan macam ini, saya rimaslah!” tambah beliau lagi.

“alah! Susah apa, buang je semua…” tambah saya pula.





**Aku dah letak Axe, hang rasa aku bleh kena sue tak?




2 comments:

  1. Anonymous said...:

    sangatlah tidak din. tp kalo org xtau depa balun gak. tgk kes atip ali v josephine doris nunis. hehhe

  1. Anonymous said...:

    kewl!!