Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara


Title : Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara
Medium : red paper, pen and photoshop
Technique : aku lukis ikut naluri, betul aku tak bercadang langsung lukis gambar ini, ini hanya gerakan bebas tanagn aku. (eksperimen no. 1)




Malaysia dilanda demam rancangan reality lagi, kali ini lebih hebat. Mawi yang alim tapi semuanya “Dunia” itu pun bisa hapus. Penontonnya hampir satu Malaysia, lagu temanya sangat santai dilagukan bersama-sama oleh anak-anak sekolah ketika ke kantin. tidak dilupa juga yang tua sibuk menelek bakal-bakal juara. Siaran langsung merata-rata media. Diari harian mereka terpampang luas di dada-dada akhbar dan skrin berita. Dasyat, dasyat. Muka peserta-peserta merata-rata terpampang di poster tumbuh tak melata. Bukan nyanyian yang mereka cari, bukan lakonan jadi penilaian juri, bukan tinggi mana mikrofon boleh diangkat dan masih bisa berlagu. Tapi budi…sana-sini campak budi, cakap sana-sini tabur janji, banyak budi banyak janji banyak undi!

Mempersembahkan, peserta-peserta rancangan reality “Akulah wakil rakyat kamu” yang akan mendendangkan lagu tema mereka “Marilah mari, pergi mengundi!”.

Wahai warga Melayu yang pelupa. Ingat lagi kah kamu pada adik sharlene kita? 3 minggu yang lalu cerita adik yang malang ini masih lagi hangat di Koran-koran akhbar berita dan kaca telivisi. Ramai yang datang membantu, persatuan dan individu, tak kurang juga tokoh-tokoh politikus kita. Kerajaan juga menubuhkan satu badan khas bagi mencari adik ini. Ketika itu, poster “Di mana adik Sharlene?” merata-rata, sangat banyak dan sangat tak mungkin kita terleka atau terlupa. Misi mencari amat meluas dan sangat bersungguh-sungguh (kata mereka). Bagi tokoh-tokoh politikus pula setiap sen yang dihulurkan seboleh-bolehnya mahu di iklankan (tanda bersungguh mungkin?). Warga Malaysia sangat prihatin, terlalu prihatin.sampaikan eksiden yang 3 jam lalu berlaku pun masih sesak jalannya, sebab tahap prihatin kita walau hanya tinggal kesan brek dijalan pun masih mahu ambil tahu, mungkin sebagai pengajaran yang kita tak mungkin pakai tayar berbunga begitu. licin dan mudah terbabas.

Kerana terlalu prihatin, Malaysia yang prihatin ini mudah mengalihkan keprihatinan mereka kepada isu panas yang lebih terkini (iaitu rancangan reliti seperti disebut diatas). Hasilnya kata-kata “Di mana adik sharlene?” akan terus menjadi soalan sambil menunggu ada orang yang berkata “dia ada kat sini la..”. Ataupun perkataannya ditambah menjadi “Di mana poster adik sharlene yang dulu banyak tapi kini makin ditutup poster muka tokoh-tokoh politikus yang pernah membantu tapi kini mukanya pula yang terpampang dan jumlahnya melebihi dari sponsornya dahulu” nanti ada lagi, “yang dulu sponsor poster yang besar tapi kini poster dirinya lebih besar beratus kali inci”. (Marilah kita sama-sama doakan agar adik sharlene akan pulang dalam selamat). Ingat, poster adik Sharlene menyuruh kita mencari bukan sharlene untuk diundi…

Mungkin ramai yang tidak sedar. Aku tersedar hari ini. Bilamana berita tentang adik sharlene hanya keluar di cebis sisi akhbar yang kurang popular, malah yang menyedihkan lagi “caption” gambar poster adik sharlene di kotak elektrik bertulis, “jangan lupa, adik sharlene masih belum dijumpai”. Dan ianya pula ialah kiriman dari pembaca..aduh! hitam putih sahaja.

Fikirlah sendiri, ada benda yang lebih penting lagi belum selesai tapi kita kalut nak menjana Negara. Kalau seorang pun kita tak boleh jaga, macam mana nak tadbir Negara?

Janganlah jadi macam cinpanzi, (ketika ini mata haruslah melihat lukisan) yang hanya tahu meminta pertolongan gorilla bila dalam susah. Sudah la engkau kutuk dia “kau tu dah la sepsis monyet, tapi tak boleh bergayut! Hahahah! (ketawa beramai-ramai)” tapi bila kau tak punya tempat berpaut, engkau gayut dekat badan dia (sekali lagi memandang ke lukisan).



*1. Perenggan terakhir hanya karutan, cerita habis pada perenggan yang sebelumnya.

2. cuba kaitkan sendiri cerita dan lukisan, aku tak reti nak sampaikan. penulis hilang ingatan.





2 comments:

  1. Z. said...:

    love this post. real brilliant. ahahhaha. mmg pon. politikus bermuka dua. nway, im linking you. :)

  1. Anonymous said...:

    *@@ Itu lah M'sia & itulah juga realiti...hidup penuh dgn hipokrit...never satisfy with "KUASA" @@*