Padan muka




Title : Padan Muka
Medium : Paper, pen, self photo, and photoshop (disaturate photo, cutout effect, laid on drawing)
Technique : Pengelupasan kulit



Arahan pada entri yang sebelum ini, perintah agar pembaca melihat persamaan gambar singa dengan wajah tuan blog ini, agak kurang berjaya. Ternyata kebanyakannya mendapati kurang bukti tuan blog ini berwajah elegant persis sang singa.

Akibatnya, saya jadi kurang senang dan mula berasa sakit perut. Setelah beberapa kali ke tandas akibat cirit-birit, saya meneruskan apa yang saya gelar “Karya bukti yang tak tersangkal dek akal”. Tujuannya hanya satu, saya tidak mahu menanggung sakit perut ini lagi dan, saya memang kacak seangkatan dengan singa.

Tranformasi yang dilakukan keatas wajah ternyata kacak saya dilakukan tanpa bantuan pakar bedah plastik. Jika diperhatikan rajah, kecacatan maksima secara kekal saya lontarkan pada wajah saya tanpa belas, apatah lagi kasihan. Walaupun beribu karakter serta kenderaan saya susun agar kelihatan muka-selalu-kena-reject, ternyata 1 peratus kekacakan saya pun masih tidak tergugat.

Kacak, jika diselidik didalam kamus dewan mahupun kamus antarabangsa. Maksudnya tiada pernah menyatakan nama otakkapasitirendah sebagai sinonimnya, mahupun maksud keduanya. Kerana itu bukan nama sebenar saya. Cuba rujuk makna bagi “Tampan”.

Namun apa yang dikesalkan, rata-rata bersetuju menyatakan wajah pada karya ini lebih kacak dari wajah sebenar. Dialog-dialog tersasul seperti “Bekham afro? Kacak gile!” atau “Model antarabangsa mana yang kau edit muka ni?” amat membuat gegendang telinga saya bagai dicengkam apit-G, kadangkala bagai ditoreh penoreh getah hati saya dibuatnya.

Sesekali, pernah saya terfikir mahu tattoo muka saya dengan design seperti dirajah. Adakalanya saya habiskan seharian semata-mata meng”google” saloon mana ada buat tawaran mengkeretakan rambut. Saya runsing, perlukah setiap rambut yang dikeretakan itu harus punya pemandu atau tidak? Bagaimana pula dengan tali pinggang keselamatan bagi penumpang belakang? Skirting, spoiler, turbo, bagaimana pula?

Mengapa saya terus mengarut dan kamu masih terus baca? Kerana saya kacak mungkin..

Dan dengar khabar angin yang menghembus, weeeeeeuuuu~ fuuuuuuuuuuuuuuh~ (bunyi angin kencang) yang bermaksud ; Sesungguhnya, pada tarikh yang kurang pasti dan waktunya pasti muncul. Darah merah diatas baju pengantin bakal memilikinya. Dengan itu tampallah pada baju, pastikan semua mereka yang percaya memakainya.

~hembusan dari angin tenggara

Bermakna, design ini bakal dijadikan baju dalam dua kemungkinan. Pertama akan dicetak atas nama kugiran Bloodonweddingdress. Dan jika mereka mengubah fikiran, ianya tetap akan dicetak atas nama Otakkapasitirendah. Dua-dua pun bagus, tetap akan ada gambar si kacak ini Perkara ini kamu tidak perlu risau sebenarnya, kamu hanya perlu sediakan duit dan beli tanpa banyak bicara.

Secara tidak langsung kamu telah menjana ekonomi salah satu dari kami. Kalau tidak pun, simpan sajalah duit kamu di bank, kerana diakhirat kelak orang yang paling banyak simpanan di banklah yang bakal ditempatkan ke syurga.



P/S:: Hei! Semua…Angin lintang kirim salam.









13 comments:

  1. Anonymous said...:

    ini genius nih...

  1. Anonymous said...:

    yup,i absolutely agree wif u..

    i adore ur hensemness.. hehe!

    saya sgt beruntung & bertuah berkasih dgn kamu.. haha!!!!

    dah puji lebih2 ni mesti ade hadiah kan? kan? kan? kan?

  1. afrohead said...:

    afro itu kacak beb. hehe

  1. Al Hadi said...:

    karya ni simple sket berbanding yg lain. tapi aku tetap suka

  1. Anonymous said...:

    smua kereta tu jenama sama ye?
    kenapa org ramai mati dlm muke hitam dia?

    paling best tulisan otak kapasiti rendah tu xdok kat space otak.

    kapasiti otak hang mmg best langsung

  1. Fareenz said...:

    mahal ke tshirt??
    tgk muka org tu mcm serabut..

    kamu serabut ke???huahuahua!!

  1. F I Z A F E said...:

    buatla peraduan 'mengira jumlah kereta mainan' hehehe

  1. Caracol: xde la..cume kacak je. ehe!

    Shikin: Thank for approving my hensemness. i absolutely agree wif u and myself too.
    saya juga beruntung se besar bukit beruntung dilihat dari kanta cembung gergasi yang gigantic.
    hadiah? tunggu naa......

    anas: kita spesis afrosapien. dude, well?

    Pengejar:saya mmg kelihatan simple atau kata lainnya elegent.heh!

    lola: smua soklan hg killer, saya tobat xmampu jawab. heh! tapi tahniah, kerana berjaya melihat tahap rendah kapasiti otak saya.
    thank!

    fareenz: soklan pertama, paling mahal = 25, paling murah = 18, kalau nak beramal = 10,000.
    soklan kedua xmau jwb. haha!

    fizafeya: ok, kita mulakan dari sekarang! 1..2...3...4..???

    suffian: terima kasih...seyh! (baru rhyme) heh!

  1. hegira said...:

    seperti biasa. kagum.

  1. Zana Tingtong said...:

    pertama : anda sungguh kreatif

    kedua : anda sungguh perasan

    hihi :))

  1. Elly said...:

    hey i like your work! dahsyat!