10

Kaki Bikin



Title : Kaki Bikin
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : sit-up dan tekan tubi barang seratus dua


Pada sekian tahun, semasa saya dibangku sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah hebat.

Semasa disekolah rendah, seluar tempah yang tengah trend adalah seluar G.Q. Potongan straight-cut, ada besi dekat pinggang, lipatan dipoket depan, kaki siap lipat, bekas iron yang kelihatan sangat tajam, dan tidak lupa haruslah dari fabric bewarna striking (hijau pokok pisang misalnya). Selalunya dipadankan dengan t-shirt putih, masuk dalam, dan tali pinggang “Boy London”. Sarung lofers kulit, keluar pekan, gerenti semua awek darjah 5 kenyit-kenyit mata. Itu pun, jika kamu boleh buat rambut belah tengah, sodok tepi kasi rapat.

Naik darjah 6, seluar boot-cut kain kotak-kotak. Siapa yang tak tempah lagi, tak boleh join turun pekan ramai-ramai. Dekat pekan, ramai-ramai pergi kedai tempah, ukur seluar jeans warna biru muda, potongan sama. Kalau jeans biru muda tu sarung dengan t-shirt putih, baju kasi keluar, tegur makwe pun konfiden. Perjalanan balik dalam bas, ramai-ramai belek kad tempahan. Dalam ada tulis saiz pinggang, panjang, dengan bukaan kaki, lepas tu ada dilekatkan sample kain.

Bila sudah naik tingkatan, masih panas lagi seluar boot-cut. Kali ini dia mengalami beberapa modifikasi pula. Eksperiman mula dilakukan pada seluar sekolah. Poket tepi kasi poket jeans, poket belakang buat lidah bentuk levi’s, bukaan kaki kalau tak 23” boleh kena hina dengan rakan-rakan seangkatan. Ada yang letak besi pinggang, poket kecil untuk pen, poket tersembunyi, dan zip dilutut yang kalis pandangan. Semua modifikasi mengikut tahap imaginasi masing-masing. Tapi saya kekal dengan keterampilan yang boot-cut-asli-tak-kecoh-sangat. Oh~ tidak lupa, kasut pallas jazz, atau penguin.

Beberapa tahun kemudian, jenis potongan baggy mula muncul. Kedai-kedai tempah, sudah ada yang mula menyediakan baju dan seluar tempah siap jahit. Seluar dan baju mereka lebih bersifat budak nakal. Ada tag kecil di seluar yang tertera nama mereka. Baju sekolah pula, kalau masuk dalam, cikgu tak perasan. Kalau keluarkan, boleh nampak corak-corak tribal dan nama jenama menutup bahagian bontot. Untuk perempuan pun ada, baju kurung lengan siap sensing sampai siku.

Kali terakhir saya menempah seluar, pada tingkatan 5. Baggy pinggang saiz 34”, padahal masa tu pinggang baru 29”. Semua kerana fesyen.

Sekarang pakai seluar, baru saiz 30”, eh~ 31”, eh~ ke 32”? Takkan nak kena pakai seluar masa tingkatan 5 balik kot?

Pada masa ini, semasa sudah habis sekolah. Sesiapa yang memakai seluar tempah adalah berperut hebat.

13

Apa kata cutter?



Title : Ikhlas Membunuh
Medium : paper, pen, and photoshop
Technique : lipat kaki belakang tengkuk.


Bayangkan situasi ini.

Kamu sedang memandu kereta, dalam keadaan gopoh-gapah. Tunang kamu ditempat duduk sebelah sedang makan jajan. Kamu sedang berikan teknik terbaik pemanduan selama ini. Seluruh pengalaman memandu kamu curahkan, sudut selekoh kamu minimakan, bagi mempercepatkan gerakan. 110km/j, itu hadlaju mengarut.

Sampai disatu selekoh yang radiusnya sedap layan. Kamu bersemangat. Radio berkumandang lagu dari PCD, kamu mula perasan seperti lewis Hamilton. Nicole sherzinger sedang menyayikannya untuk kamu. Tunang kamu di tempat duduk sebelah, masih makan jajan.

Masuk selekoh, kamu sengetkan kepala melayan inersia, tekan pendikit minyak. Pegang stering sebelah tangan. Kamu elak setiap lubang yang ada, walau sebesar batuk kuman. Kamu tahu, lubang-lubang itu tidak menjejaskan pemanduan, kamu sengaja untuk buktikan kepakaran.

Tiba-tiba tunang kamu hulur jajan kemulut. “nah makan” katanya.

Bayangkan,

Selekoh-laju-sambil-elak-lubang-dan-makan-jajan. Adik-adik, jangan tiru aksi ini dirumah, sila tiru dijalan raya.

Tak semena, senikata diradio berkumandang “I hate this part right here..” kata PCD.

Nicole cemburu agaknya.



P/S:: ‘Ikhlas Membunuh’ design proposal bagi sebuah kugiran bawah tanah, Tools of The Trade. Kugiran muzik teknikal kisar dan bermain pantas ini sangat mengilukan. Bayangkan bunyi besi kena kisar. Pedih…Dan ianya akan ditempekkan ke baju, ditambah dengan tulisan tajam-tajam dan darah merata tempat.

Berita terkini, mereka tolak design ini. Kurang kejam katanya.

16

Otakkapasitirendah tiga dimensi




Title : Otakkapasitirendah yang bongkah
Medium : paper, pen, marker and photoshop
Technique : Meletupkan jemari


Susulan peristiwa tanah runtuh baru-baru ini, makcik-makcik ofis sudah semakin lancar dalam bidang pembinaan. Sudah kenal dinding gabion, pengagihan beban rasuk, struktur dan komposisi tanah, rezab hutan, dan lain-lain. Kisah rumahtangga Baby Babadi dan Moron Hakim sudah tidak “ummmph!” lagi. Maka, tunggulah saya selama 30minit untuk satu urusan pos laju, demi membenarkan makcik sekalian berkongsi ilmu pembinaan ketika bekerja.

Ingin saya tambah sedikit ilmu-ilmu makcik sekalian ya. Bagi arkitek, jurutera, juga jurukur, mereka mempunyai singkatan bagi profesion masing-masing. Ar. (Arkitek), Ir. (Jurutera) dan Sr. (Jurukur). Dan singkatan ini akan diletakkan pada pangkal nama masing-masing (contoh: Ar. Polan Jr. bin Polan). Apabila sudah faham yang ini, kita maju lagi.

Secara maklum, kita tahu ada beberapa pelakon Malaya yang juga seorang arkitek. Contohnya, Azhar Sulaiman, dan Afdlin Shauki. Tahukah makcik-makcik sekalian, seorang lagi artis juga bergelar arkitek?

Kenal A.R Badul?



P/S:: Otakkapasitirendah sudah setahun pada 12/12/2008. Ah!~ lihat ada bunga api letup-letup.

11

Flora, Fauna Dan Manusia


Title : Flora, Fauna Dan Manusia
Medium : A3 paper, pensil, pen, and photoshop (brushes)
Technique : Mencipta erti seksi menggunakan minda.



PERHATIAN! GAMBAR RAJAH DI ATAS SEBAGAI PELARIS BLOG INI.

Pulang beraya tempoh hari, saya bertemu dengan satu-satunya sepupu yang membaca tulisan saya disini. Bercerita dari kisah sama-sama membesar dulu, kutuk sepupu lain, hinggalah ke cerita “Pelaris”. Bila saya bertanya samada beliau pernah melihat jenis-jenis pelaris, dia kata tidak. Bila giliran saya ditanya pula, saya jawab, “Pelaris tu, ialah PELARI yang ditambah konsonan ‘S” dihujungnya”.

Apa cerita?

Cuba sebut “S” depan Mat Saleh perempuan, tengok tangannya yang mana singgah kat pipi kamu dulu? Kalau tangan kiri, maknanya dia kidal.


~Flora, Fauna dan Manusia~

Indah nian ciptaan,

Seindah serangga dan pepohonan,

Manusia senantiasanya iri,

Maka yang indah dibawa lari,

Didirikannya ciptaan,

Dari tangan-tangan,
Yang menyebab korban.




P/S:: Bagi saya pelaris haruslah sesuatu yang indah di lihat, macam pepatung.

8

Otakkapasitirendah Pandangan Dari Awan



Ini LOGO, seeloknya diletakkan seperti header mukasurat diatas? (Kelihatan penulis mengalami kesukaran meletakkan ia ngam-ngam dalam kotak disediakan) Parkinson mungkin. Bukan Parkson!







Atau letak atas baju? Hitam..Fuh~









Kalau kaler merah pula? Peh! Apakan daya?





P/S:: Pa Cite~? Pe de hal? Pe la lu?