Berak Disaster


Title : Berak Disaster
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Mengingati laluan untuk pulang.

Jam kakiku tepat pukul 9. Ketika aku mula memandu, keadaan sudah gelap. Ini bermaksud pukul 9 malam, bukan pagi lagi. Tiba di sebuah simpang, aku lihat sebiji timun berlendir ditepi jalan, lalu aku kutip. Rupanya se-ekor gamat sesat, hanya ada se-ekor sahaja?, mana yang lain?. “Oowh..” aku baru sedar, ini la SEGAMAT.

Jam randikku tepat pukul 9.45. Keadaan diluar masih gelap, malam lagi agaknya. Aku ditahan sekatan jalan raya. Turun cermin, mati radio, aku tanya kenapa. “kamu dah fikir masak-masak ke nak teruskan pejalanan ni?” tanya berbalas tanya. “dah” jawabku ringkas, “yang ini je mentah” sambungku lagi sambil telunjuk tepat pada gamat kutipanku tadi. “Memang sini je mentah” balas beliau. “kalau nak keluar dari kawasan ni, kene fikir masak-masak dulu” kata beliau lagi. “Oowh..” aku baru sedar, ini la JEMENTAH.

Aku meneruskan perjalanan.

Jam talifon bimbitku menunjukkan angka 10.15. Setelah 1jam 15minit, keadaan masih lagi malam, belum pagi lagi. Dari cermin pandang belakang, aku lihat sebuah kereta peronda merapatiku. Tuan polis tadi cuba mengejar aku? Apa pula salahku? “berhenti, tinggalkan benda mentah tadi di jementah” suara dari kereta peronda tadi. “owh! Tidak, gamat mentah ini milikku” aku terus menekan pedal minyak serapat rambut mawi. Aku larikan diri. Polis yang ketinggalan terus bertempik “Tangkak dia, tangkak!” terlepas slanga kelantannya akibat tergocoh. “Oowh..” aku sedar lagi, ini TANGKAK rupanya.

Aksi kejar mengejar belarutan hingga ke lebuh raya tambah (PLUS) utara selatan.

Dengan bantuan trafik yang sendat, aku menyelit untuk menjauhkan diri. Tiba disuatu tempat, airnya agak keroh. Lalu aku menangguk di AIR yang KEROH, namun mereka masih mengejarku. Dihadapan sedikit, aku menyusuri ALOR kepunyaan GAJAH, tapi mereka masih perasan. Usahaku hampa.

Setelah 45minit mereka mengejarku. Salah seorang dari mereka cuba menyemburku menggunakan penyembur lada dari tingkap sisi. Akibat kebodohan beliau, dan bantuan angin lintang, semburan itu mengenai mata beliau sendiri. “PEDAS, PEDAS!” jerit mereka. Jam randik dan kakiku menunjukkan pukul 11.00. Malam masih lagi malam, “Oowh” aku baru sedar, kini aku di PEDAS.

Setibanya aku disebuah tempat, kelihatan sebiji senjata api ditepi jalan. Kereta polis sudah makin dekat. Dalam terdesak, aku menggapai senjata api tersebut, halakan kearah mereka, aku tarik picunya. “Cis! Aku ingat senapang, rupanya SENAWANG” aku kembali memecut, dari jauh kedengaran polis-polis tadi terkekeh-kekeh menahan tawa.

Akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri. Terima kasih tak ternilai kepada anak kemaluan lelaki (Dickson). Kerana memberi aku sembunyi di ‘PORT’nya. Bantuannya tak ternilai hinggalah apabila aku sampai di NILAI.

Dari situ aku susur keluar ke lebuh raya menuju ke Klang. Sehinggalah aku terjumpa seorang Punker yang duduk seorang diri di bahu lebuh raya. Aku berhenti, aku tanya apa kes duduk situ sorang-sorang? Sambil meludah dia menjawab “Inikan SEPANG, mana boleh ada ramai-ramai punk”. Jawapannya aku terima, nasibnya sama seperti gamat tadi.

Tidak lama selepas itu, dari jauh kelihatan polis yang mengejarku tadi duduk diterpi jalan. Kereta bersiren merah kuning mereka tertonggeng didalam jurang. Aku turunkan cermin, mati radio. Bila sudah menghampiri mereka, aku mengata “Haa..tu la, orang DENGKi dan degIL macam korang ni, memang patut tersadai kat DENGKIL ni!” setelah mengucapkan padan muka, aku meninggalkan mereka terngaga.

Jam dipapan kenyataan digital lebuh raya, tepat menunjukkan pukul 11.30. Aku menguap ngantuk tanda masih malam. Susur keluarku seterusnya di USJ, aku menuju kebelakang. Harapku bila kebelakang, aku bakal jumpa konsonen yang sebelumnya, USI, USH…..hinggalah aku bakal tiba di USA, dimana tempat asalku. Tapi, tekaanku menyimpang. Aku terkandas dijalan yang dipenuhi matahari, dan akhirnya aku ditangkap oleh matahari berjawatan polis. Polis matahari itu kata “Kamu ditangkap, kerana tidak menggunakan jalan yang ditetapkan, ini SUNWAY bukan MANWAY”.

Waktu masih lagi malam, aku tidak tengok jam, tapi aku tahu waktu masih malam. Malam itu mata aku pejam, di mahkamah matahari. Yang mana hari-hari aku bakal mengkerekot, di MENTARI COURT.



P/S:: Gambar rajah dan cerita seribu peratus tidak punya kene dan mengena. Lukisan ialah versi kedua karya Tank Are Hard To Make ‘U’ Turn. Tajuk sekundernya pula, Berak Disaster akibat banyak makan ketupat.






8 comments:

  1. Anonymous said...:

    hei Kamu! Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin

    kali ni pjg betul story entry kamu,dari A - Z..

    dahsyat sungguh experience kamu bile balik dari kmpg ye..tapi lucky la dpt lpas dari polis selepas beberape incident..hehe!

    tapi xpe yg ptg smpi umh selamat...sgt mengujakan!

  1. Hei! selamat hari raya aidilfitri Maaf Zahir Batin juga.

    jgn terlalu terpengaruh, ini sekadar apa yg dibayangkan dlm otak, supaya dpt mengingat nama2 tempat yg perlu dilalui utk pulang ke rumah dari kg halaman.

    otak saya pemikirannya agak sewel.

  1. Anonymous said...:

    baru sedar ke pemikiran otak awak tu agak sewel?

    jgn risau,saya xkan terpengaruh dgn otak ajaib kamu tu, saya hanya sekadar memberi sedikit pemerhatian saja.

    teruja dgan penulisan bukan pemikiran otak kamu. huhu.

  1. shashe said...:

    sangat hebat kamu nya penerangan tentang nama2 tempat di malaysia ni..
    saya harap kamu bleh jalan2 di kedah nanti..
    ada nama2 pelik di kedah..
    contohnya padang geh, weng, alor gajah, langgar, gajah mati dan lain lain

  1. Ki Kiey said...:

    hye

    slmt hari ryay

  1. mynncinonet said...:

    ehem.. aku agk tertarik ngan title entry ko.. tp bila masuk gaya penulisan ko, kening aku mula berkerut2...hummm...

  1. Anonymous said...:

    haha.macam macam cite ada.tp tajuk dia berak disaster lak haha

  1. shikin: sekurang-kurangnya kamu masih kagum..hehe! bukan saja kamu saya juga kagum dgn diri saya sendiri. riak pulak bunyinya..maaf

    shashe: nama tempat kat negara ini memang lawak, selawat ketua negaranya. haha! nanti saya explore lagi, mungkin akan mula sertai amazing race.

    kikey: Selamat pada kamu juga

    mynncinonet: tertarik ngan nama kamu, tapi bila sebut laju2 bibir saya terconget pulak.

    naji: haha! mcm2 ada, ular,ikan,big foot, hahah! bagus la astro ni.