Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.



Title : Malam itu dari dalam sel, diluarnya hanya ada sebiji bulan sabit dan sebutir bintang.
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Parkir sisi dibahu jalan.


Pasti, saya sangat pasti. Persoalan yang bermain di minda setiap dari anda, “Adakah itu Bendera Negara Kita?”


Jangan salahkan anggapan kamu, dan jangan salah tafsirkan ia. Kerana mampu membawa pelukis kesayangan kamu ini ke dalam penjara.


Ini sekadar pencetus pemikiran, maka fikirkan. Saya sayangkan Negara ini yang telah pun merdeka. Walaupun hanya merdeka pada dalam minda kita sahaja. Kerana merdeka kita telah dipolitikkan mereka.


Hakikatnya, dalam pandangan saya, kita merdeka dari penjajahan. Tapi dijajah semula oleh kebusukan aturan, ketamakkan bajingan yang korupsi, penyelewengan dan undang-undang yang dicipta sendiri. Semua dibawah nama yang kotor. Kuasa politik yang keji pada masakini.
Politik yang tidak lagi asli, kita ditipu oleh phsycology mereka-mereka yang mengaku sejiwa, sedangkan rakus merebut harta. Sandiwara dipentas realiti yang telus mementingkan diri. Mereka ini yang membuatkan pejuangan asal itu menjadi keji. Sekeji najis babi.


Perhati, mari semua perhatikan. Setiap inci perjuangan mereka. Adakah kita masih merdeka? Atau merdeka hanya pada nama? Sedangkan kita terpenjara dibawah payungan bendera tercinta kita, yang setiap motifnya membawa maksud kesejahteraan, kemakmuran, perjuangan, kedaulatan dan perpaduan. Atau itu semua sekadar sejarah asal kemerdekaan kita yang kian dimamah sigila kuasa?


Seperti persoalan awal pada minda kamu sekalian semua. “Benderakah?”,“Bendera Malaysia kah?”. Jawab saya “Tidak, itu hanya silap pada mata kamu”.


Dan sila jawab persoalan saya ini pula.

“Merdekakah?”
“Merdekakah kita semua?”


Adakah jawapannya sama, seperti jawapan saya untuk soalan kamu sebentar tadi.






P/S:: Saya kehilangan pen kesayangan dan kini tidak punya laptop. Seperti disebut tadi, adalah alasan kelembapan entri-entri terkini. Jangan putus harap, saya seorang yang merdeka, pasti saya akan usahakan caranya. Oh~ sebelum saya terlupa, sila baca tulisan diatas dengan ritma rap.

13 comments:

  1. dila raden said...:

    Teringat cerita V for Vendetta

  1. Anonymous said...:

    mahu bErciNta saMa kamu! jOm bErciNta.

  1. Anonymous said...:

    merdeka sekadar untuk negara bukan untuk kita..
    rakyat xbebas mcmane nak merdeka.. Huhu!

  1. ye.. aku sedang rasakan bgaimana tgn dan kaki kita terkunci.. smbut merdeka?? hanya tgk smbutan tnpa ada perasaan.. jerit xtentu hala.. xtau apa yg merdeka..

  1. odeng said...:

    aku tak sambut merdeka~!!!tp skang aku mmg merdeka....

  1. Fasyali Fadzly said...:

    aku suka dengan work ko bro. serius. erm bukan serius je, tapi dua-rius, tiga-rius dan banyak rius...

  1. Anonymous said...:

    penjara hang tuh. extremity. sangat true. arini ada sorang UMNO kena gunned down, gangland style. ini politik Malaysia la nih.

  1. KHAB said...:

    baca dalam irama rap, terasa macam homicide pulak.. hehe..

    awesome.

  1. kalau begitu apa sebenarnya maksud merdeka?


    tanpa politikkah kita baru merasai merdeka?


    mesti tanpa penyelewengan baru merdeka.

    haha. busuknya saya.

  1. dila: Ya, ini O for Otakkapasitirendah. hehehe Hebat!

    anoy: cinta itu buta, saya tak buta.

    shikin: benar, cakap pasal bebas, teringat kumpulan KOOL (kami orang-orang lama) haha! tolong, orang kat atas nak ngurat saya.

    bijan: sapa soh sambut merdeka, pi sambut buah mangga ngan jambu yang jatuh kan bagus, boleh makan.

    Odeng: tahniah! akhirnya habis jugak ko menimba ilmu. timba tu simpan elok2, kot-kot nak pakai lagi bila2.

    vitamin: thanks, saya takut ngan org yg serius. serius saya takut!

    axe: kau memahami, kalau politik itu kira penjara janji. asyik janji tapi tarak. aku suka org politik ni mati, mmg tu paling layak. undang2 pun depa leh tukar. mati saja hukumannya.

    koperasi: yeah! bebeh! nanti aku datang studio kita duet lagu homicide sama2. aku nak yang suara keras tu. haha!

    john melawi: ko tak mandi eh? patut la

  1. chec. said...:

    Smart sial.

    Nanti dud, kita jumpa makan McD.

  1. M H said...:

    life ni macam main skate jugak. kalo takde obstacle tak best lah. kan?kan?kan?life is fun kalo ada sedikit kesusahan.

  1. heelloo guys.,
    we are band from Bali out there.,.,
    i just want to say hay to you all in Malaysia.,.,

    I'm very glad have friend in Malaysia out there.,.,

    so keep in touch brothers.,.,