13

Puisi Buat Migraine


Title : Puisi Buat Migraine
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : Aku lukis dalam tekanan..aku mahu dia keluar dari kota-kota ceriaku.


~@ Puisi buat migraine @~


Migraine/


Sedap/apa/secitera/sengaja/


Mmmm/mempersona/benih/cambah/


debunga/salad/dan/keju/


Ohhh!/sengajakah/runsing/


Permata/Aku/bangkit/dari/mimpi/Ingin/


La/lu/tulis/mahu/kau/migrasi/dariku/kotaku/minda/ceriaku/


Layang/melayang/akutiup/Garam/dan/


Angin/nikotina/tar/20/milligram/


Kedai/apa/yang/sayang/Raksaksa/aku/tulis/


Dalam/sawai/Angan/berubah/sidah/menyahgajah/


Senjatamatapermata/Ingat/lima/empat/tiga/berdua/sorang/saja/


Habis/Napalm/epal/bersambungananjingrakanberbetol/


semak/Embut/hhhhhh/ lemah/aku/lemah/dan/noktah.


2

Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara


Title : Realitinya masih ada yang perlu diselamatkan selain negara
Medium : red paper, pen and photoshop
Technique : aku lukis ikut naluri, betul aku tak bercadang langsung lukis gambar ini, ini hanya gerakan bebas tanagn aku. (eksperimen no. 1)




Malaysia dilanda demam rancangan reality lagi, kali ini lebih hebat. Mawi yang alim tapi semuanya “Dunia” itu pun bisa hapus. Penontonnya hampir satu Malaysia, lagu temanya sangat santai dilagukan bersama-sama oleh anak-anak sekolah ketika ke kantin. tidak dilupa juga yang tua sibuk menelek bakal-bakal juara. Siaran langsung merata-rata media. Diari harian mereka terpampang luas di dada-dada akhbar dan skrin berita. Dasyat, dasyat. Muka peserta-peserta merata-rata terpampang di poster tumbuh tak melata. Bukan nyanyian yang mereka cari, bukan lakonan jadi penilaian juri, bukan tinggi mana mikrofon boleh diangkat dan masih bisa berlagu. Tapi budi…sana-sini campak budi, cakap sana-sini tabur janji, banyak budi banyak janji banyak undi!

Mempersembahkan, peserta-peserta rancangan reality “Akulah wakil rakyat kamu” yang akan mendendangkan lagu tema mereka “Marilah mari, pergi mengundi!”.

Wahai warga Melayu yang pelupa. Ingat lagi kah kamu pada adik sharlene kita? 3 minggu yang lalu cerita adik yang malang ini masih lagi hangat di Koran-koran akhbar berita dan kaca telivisi. Ramai yang datang membantu, persatuan dan individu, tak kurang juga tokoh-tokoh politikus kita. Kerajaan juga menubuhkan satu badan khas bagi mencari adik ini. Ketika itu, poster “Di mana adik Sharlene?” merata-rata, sangat banyak dan sangat tak mungkin kita terleka atau terlupa. Misi mencari amat meluas dan sangat bersungguh-sungguh (kata mereka). Bagi tokoh-tokoh politikus pula setiap sen yang dihulurkan seboleh-bolehnya mahu di iklankan (tanda bersungguh mungkin?). Warga Malaysia sangat prihatin, terlalu prihatin.sampaikan eksiden yang 3 jam lalu berlaku pun masih sesak jalannya, sebab tahap prihatin kita walau hanya tinggal kesan brek dijalan pun masih mahu ambil tahu, mungkin sebagai pengajaran yang kita tak mungkin pakai tayar berbunga begitu. licin dan mudah terbabas.

Kerana terlalu prihatin, Malaysia yang prihatin ini mudah mengalihkan keprihatinan mereka kepada isu panas yang lebih terkini (iaitu rancangan reliti seperti disebut diatas). Hasilnya kata-kata “Di mana adik sharlene?” akan terus menjadi soalan sambil menunggu ada orang yang berkata “dia ada kat sini la..”. Ataupun perkataannya ditambah menjadi “Di mana poster adik sharlene yang dulu banyak tapi kini makin ditutup poster muka tokoh-tokoh politikus yang pernah membantu tapi kini mukanya pula yang terpampang dan jumlahnya melebihi dari sponsornya dahulu” nanti ada lagi, “yang dulu sponsor poster yang besar tapi kini poster dirinya lebih besar beratus kali inci”. (Marilah kita sama-sama doakan agar adik sharlene akan pulang dalam selamat). Ingat, poster adik Sharlene menyuruh kita mencari bukan sharlene untuk diundi…

Mungkin ramai yang tidak sedar. Aku tersedar hari ini. Bilamana berita tentang adik sharlene hanya keluar di cebis sisi akhbar yang kurang popular, malah yang menyedihkan lagi “caption” gambar poster adik sharlene di kotak elektrik bertulis, “jangan lupa, adik sharlene masih belum dijumpai”. Dan ianya pula ialah kiriman dari pembaca..aduh! hitam putih sahaja.

Fikirlah sendiri, ada benda yang lebih penting lagi belum selesai tapi kita kalut nak menjana Negara. Kalau seorang pun kita tak boleh jaga, macam mana nak tadbir Negara?

Janganlah jadi macam cinpanzi, (ketika ini mata haruslah melihat lukisan) yang hanya tahu meminta pertolongan gorilla bila dalam susah. Sudah la engkau kutuk dia “kau tu dah la sepsis monyet, tapi tak boleh bergayut! Hahahah! (ketawa beramai-ramai)” tapi bila kau tak punya tempat berpaut, engkau gayut dekat badan dia (sekali lagi memandang ke lukisan).



*1. Perenggan terakhir hanya karutan, cerita habis pada perenggan yang sebelumnya.

2. cuba kaitkan sendiri cerita dan lukisan, aku tak reti nak sampaikan. penulis hilang ingatan.





3

"Nampak tak BERUK?"



Title : soalan ke cari gaduh?
Medium : paper, pen and photoshop
Technique : memberi ajar pada si pemakan rasuah


"Nampak tak BERUK?"


"Eh!, bukan.."


"Ada nampak, BERUK?"


"bukan lagi"


"BERUK, nampak tak?" (Eh?)


"Maaf..bukan aku panggil engkau BERUK"


"Ada tak engkau nampak, BERUK?"


"Macam salah lagi je.."


"Cuba engkau tengok, ada nampak BERUK tak?"


"Ini baru betul…"

2

Kisah Empat Ekor Anjing


Title : Kisah Empat Ekor Anjing

Medium : paper, pen and photoshop

Technique : meluahkan isi hati tentang keadaan semasa

Ini kisah empat ekor anjing. Seekor namanya ONMU, seekor lagi namanya SAP, seekor lagi pula PAD, dan yang akhir sekali yakni yang penghabisan pula, namanya agak panjang dan berbunga-bunga ejaannya, naLIDAek. Keempat-empat kawanan anjing ini amatlah bergantung harap pada seseorang yang bernama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Keempat-empatnya amatlah manja akan sifat-sifat mereka. Seperti anjing-anjing kebanyakan, kerja mereka hanyalah makan, tidur, berhibur, menipu, tabur janji manis, mencaci, dan membenci (eh? Itu macam cerita lain je..maaf).

Seperti anjing-ajing awam juga, mereka ini hanya mahukan ganjaran sahaja setiap apa yang mereka lakukan. Jika tuannya yang bernama sangat panjang itu mahu ajak bermain (dog trick), setiap aksi mereka pasti mahu upah makanan anjing berbentuk tulang macam dalam tivi itu. Jika tiada upah, jangan harap mahu lihat aksi.

Memang sifat anjing yang tak pernah kenang untung, tuannya yang bertungkus-lumus bekerja siang dan malam mencari duit, membeli makanan, bayar sewa dan segala bil-bil. Tapi mereka hanya goyang ekor menumpang harta tuannya. Kadang bila tidak diberi makan, tangan digigitnya pula. Kesian-kesian…kesian sama En. Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya.

Bila tiba masa makan, merekalah yang paling terhegeh-hegeh sekali tiba. Penuh dengan aksi-aksi yang menarik cuba meng’impress’ si tuan. Dalam konteks ini, siapa yang kuat mengampu tuannya dengan apa-apa aksi (janji) manis, maka dia akan lebih disayangi atau jadi “Pilih”an hati En. Rakyat. Ketika ini, segala macam kebolehan ditunjukkan. Boleh buat lebuh raya, buat masjid, jambatan, bantu orang miskin…sangat prihatin. (eh? Termasuk cerita lain lagi…maaf).

Dalam kisah empat ekor anjing ini, ONMU lah anjing kesayangan si tuan. SAP dan PAD pula kadang-kadang menjadi pilihan hati tuannya di beberapa tempat. Manakala, naLIDAek pula semacam dipinggirkan..mungkin, namanya yang pelik agak sukar untuk dipanggil oleh tuan.

Bagi En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya pula, dia memang tiada pilihan lain selain empat ekor anjing yang tak berapa berguna ini..terpaksa menjaga, bagi makan dan jaga kebajikan, kerana itu sahaja yang dia ada. Jika ditanya isi hatinya dengan lebih lanjut…harapan En.Rakyat bin Biasa bin Yang bin Membayar bin Cukai bin Kepada bin Kerajaannya, hanyalah mahu mereka menjaga keselamatan rumah dan dirinya. Tapi buat masa ni belum lagi mereka diuji, melainkan si ONMU sangat gemar membantu menghalau posmen yang datang hantar surat. "Gaya tu dah ada" katanya.

“tapi time-time nak bagi makan macam ini, saya rimaslah!” tambah beliau lagi.

“alah! Susah apa, buang je semua…” tambah saya pula.





**Aku dah letak Axe, hang rasa aku bleh kena sue tak?




6

“Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis”


Title : “Super Thunder and the magnificent five” dan “Si Pencuci Najis”

Medium : orange paper, pen and photoshop

Technique : lukis tangan sendiri…



Tangan lagi/

Bila aku tak ada kerja/

Aku lukis tangan/

Bila tak tau nak lukis apa/

Aku lukis tangan/

Dah bertangan-tangan/

Aku lukis tangan/

Dah jauh aku berangan-angan/

Aku masih lukis tangan/

Asyik-asyik tangan/

Adakah aku mahu di’tangan’?!/ (mesti korang dah agak sambung yang begini)

(oleh sebab yang begitu, aku tukar….)

Sigh!~/

Sebab yang melukis itukan tangan?/



Cerita:

Tangan yang menarik (pada mata anda) ini adalah milik tuan punya blog, dan jika posisinya kelihatan cacat (pada mata anda) ianya pula mungkin milik tuan punya blog ini (perhatian, perkataan “mungkin” amat ditekankan disini). Yang kanan itu namanya “Super Thunder and the magnificent five”, disini, jika sifat “judge the book by it cover” digunapakai. Ianya bermaksud mempunyai kepantasan yang “jika ditumbuk bisa mati”, disamping mempunyai lima jemari yang menghampiri sifat sempurna dari segi rupa hinggalah ke kebolehannya, dan mereka ini juga lebih mesra dikenali dengan jolokan “Don’t Mess With Me!”.

Disebelah kiri pula, namanya “si pencuci najis”, boleh juga dengan ganti nama "pemuas nafsu". Tiada apa lagi yang boleh diulas disini.

Pengajarannya pula, walau mereka tak sama darjat, beza martabat, namun mereka tetap bersahabat. saling perlu saling bersubahat. Contoh keakraban mereka boleh dilihat apabila mereka mengangkat. jika mengangkat "Dumbell" misalnya, perlu angkat kedua-duanya, jika tidak, anda bakal digelar "Abang separa sasa". Ketika mengangkat trofi GrandSlam pula, mampukah sebelah sahaja? jika ya, kamu memang boleh jadi pemenang acara setiap musim. Dan akhirnya, ketika mengangkat takbir (bukan berpiket untuk keADILan) ketika menghadap yang Maha Esa, bolehkah sah dengan sebelah sahaja? (ketika ini badan penulis sudah mula berasa panas). Sekurang-kurangnya, aku masih sedar.

Maaf, aku mandi dulu la....



3

besar kepala, punk sampai tua



Title : besar kepala, punk sampai tua

Medium : paper, pen and photoshop

Technique : terilham dari kata-kata saudagar karpet bernama Abbas



Kau kata,

Aku Besar Kepala.

Aku..

Mahu PUNK sampai tua!



Ini bukan impian, tapi harapan. Jangan salah sangka, bukannya jahat kalau PUNK sampai tua. PUNK bukan jenama, tak lusuh dimamah usia..PUNK! bukan tajam-tajam, PUNK! bukan makan sampah belakang jalan, PUNK! bukan koro macam yang ditulis dalam METRO. PUNK ialah tatacara, atucara, kearah hidup sederhana yang lebih bersifat gembira. Kalau susah sangat korang nak faham maksud….. PUNK ITU ATTITUDE!! Anda mahu lebih penjelasan? Banyakkan membaca…

Petikan kata-kata saudagar abbas:


“Situasi ketika anak kepada abbas (40 tahun) bersembang bersama rakan sekolahnya ketika waktu rehat.”

Kawan 1 : Bapak aku best, semalam dia bawak aku jalan-jalan kat zoo..pastu pegi ZOUK

Kawan 2 : Bapak aku cool, semalam dia bawak aku pegi taman tema...pastu lepak BAR.

Anak Abbas : Bapak aku PUNK, semalam dia bawak aku tengok gig crusty..pastu aku nampak dia kene terajang!






0

Adaptasi



Title : Adaptasi
Medium : Paperbag, pen, marker and photoshop
Technique : Draw on paperbag, scan and edit in photoshop



Adaptasi itu Halus.



Adaptasi itu Seni.



Adaptasi itu Harus.



Adaptasi itu Mengerti..memahami, menjiwai, mendalami, memanipulasi, bersatu dan sehati..



Adaptasi sebenar adaptasi.



Sahari 24 jam, seminggu 7 hari..



Samalah juga, erti..



Sehari 7 jam, seminggu 24 hari..




3

kulit limau atas kepala tumbuh benda


Title : benda atas kepala, sebelum raya cina.

Medium : paper, pen, and photoshop

Technique : menghabiskan masa kerja ngan berangan dan khayal tentang cuti esok hari.


HAPPY CHINESE NEW YEAR AND HAPPY HOLIDAY!


Hari ni last day dalam minggu ni, sebab esok start cuti tahun baru cina..sambutan yang menunjukkan bahawa kerajaan kita ni tak memilih bangsa, adil saksama, dan sama rata…Betul la agaknye. Dan harap-harapnye..

Hari ini juga aku buat kerja……..banyak kerja.

Ok. Aku tipu, aku tak buat apa-apa yang berfaedah untuk menyumbangkan keuntungan pada Syarikat bos aku ni. Aku memang tak de mood untuk menghabiskan tenaga untuk itu. Aku perlu tenaga untuk perjalanan 3 jam malam ni. Lebuh raya bukan calang-calang tempat..lebuh raya banyak meragut nyawa mereka yang terleka. Maka, aku bersedia.

Yang mampu aku buat bagi mehabiskan masa ialah karya ini. Apa yang bermain di fikiran aku sambil makan limau pemberian kontraktor. Yang aku fikir hanya cuti..dan perjalanan malam ini, tokong yang banyak disepanjang perjalanan pasti membuat aku terpesona…di tambah kesuburan pokok dan rerumput di laman rumah aku…waduh! Panorama bukit bukau belakang rumah dan kambing-kambing meragut…cukup indah untuk dipandang begitu sahaja.

Maka terhasillah…karya kepala yang diserkup kulit limau mandarin, sambil tokong-tokong tumbuh di atasnya bagai cendawan subur kerana kemeriahannya. dan tumbuh pula panorama indah yang bakal menjadi santapan mataku nanti….


Gong xi, gong xi.. Toh Che aaa.. tauke..

(dialog aku kepada kontraktor semasa majlis penyerahan sekotak limau sebelum balik tadi)




4

Terhantuk



Title : Terhantuk

Medium : paper, pen, marker and a lot of hours, photoshop

Technique : menghabiskan masa dengan garis-garis halus yang leceh!




Terhantuk.

Sakitnya.

Pedih sangat..

Terhantuk.

Sakitnya

Aku teringat..




Mak aku kata, dari umur aku setahun sampai 5 (dari merangkak sampai masuk tadika). Kalau orang lain tiap tahun tak pernah miss jahit baju raya, aku tak pernah miss berjahit kat atas kepala.


1 tahun :

Aku merangkak, mak aku kata laju..tapi terlalu melulu. Aku hilang kawal, kepala langgar frame pintu kayu. Kat situ ada paku….


2 tahun :

Baru belajar berlari dalam rumah. Tengah lari aku dengar ada orang panggil nama aku, aku toleh (sambil lari). Muka pemanggil gundah, aku hairan. Bila toleh depan…Meja! Tak silap, aku dengar ada org jerit ‘MasyaALLAH!’


3 tahun :

Balik malam lepas makan, rumah gelap. Mak aku buka pintu, aku terus lari meluru. Perkara biasa, aku lari dive atas sofa. Buka lampu, aku landing atas pasu.


4 tahun :

Aku lari kat dalam bilik air…(tak ingat). Buka mata, aku sepak doktor sebab dia cucuk jarum kat atas kening aku.


5 tahun :

Aku jatuh longkang! Akak aku tolak sebab dia bengang susah sangat nak ajar aku bawak basikal.





2

Mari Mewarna


Title : On the Phone

Medium : paper, pen, pencil colour and photoshop

Technique : memberi kerja pada trainee


“Khamarul, ada keje tak nak bagi?”


Aku selalu tertekan dengan soalan macam ni..bukan takde kerja aku nak bagi, tapi aku sendiri malas nak memberi..trainee. Nanti-nanti aku gak yang kene ajar macam mane nak buat, aku jugak yang kene check nak betul-betulkan…ish! Lambat!


“khamarul, ada keje tak nak bagi, ape-ape pun takpe?


lagi sekali…terketar-ketar tangan macam penagih tak lepas gian. Teruk dah budak ni..aku kesian. aku selak lautan kertas atas meja aku…jumpa contengan bait-bait jawapan aku masa on phone dengan client tadi. Tak cantik mane, tapi boleh aje.


“Nah! Amik ni kau kaler….”




Penilaian aku: 3 out of 5