Title : Kebuk Wasap (baca: Wassup!)
Medium : Rough Paper, Pen and Photoshop
Technique : Terbakar! Terus terbakar!
Penukaran status perhubungan didalam Facebook ke “married to Norashikin”, lebih menguatkan lagi gossip bahawa saya sudah berkahwin. Ya, saya sudah menjadi ‘tangga’ kepada seorang ‘rumah’ yang cantik dengan dua anak. Dua anak mata bewarna coklat berbaur ke emasan miliknya, adalah cecair peluntur yang menghakis sekian hati saya yang murni ini.
[Dikala saya sibuk menerangkan anjakan paradigma yang berlaku dalam hidup saya. Otak kamu pula tidak habis-habis memikirkan sejak bila saya rejister selaku pengguna facebook. Kamu semua terlalu berkelakuan typical atau berperilaku orang kebanyakan.]
[Saya juga sudah pandai tag gambar.]
Sejak memegang status selaku suami orang, atau kata kias orang tua-tua “keris” saya sudah “bersarung”. Dan jika bersembang sesama ulama selepas solat, adalah rusuk kiri ana kini telah cukup set lah. Dan jika dahulu isteri saya selalu mendengar pepatah pisang berbuah dua kali, sekarang beliau telah melihat sendiri ‘pisang yang berbuah dua’ itu berkali-kali. Mungkin lebih tepat ‘Monster pisang yang berbuah dua’.
[Pada waktu ini, hati kamu mula mengerang dan meronta-ronta. Rongga peparu mula mogok bencikan udara. Kamu kesesakan, dan dada kamu berombak kuat. Otot terasa kekenyalan, keras dan teregang tidak menentu. Kamu stress…. “Aku mahu Add encik kool ini sebagai teman facebook aku!” kata-kata yang jelas terpancar dari mata setiap dari kamu.]
Sejak mula memegang jawatan suami ini, tiada yang lebih menyakitkan selain mendengar soalan seperti “macam mana rasa kahwin?, Best tak?”. Maka saya akan jawab “Sekejap, Errrrrrmmm….rasa macam pudding susu”.
Untuk karya kali ini tiada langsung unsur kahwin yang saya ceritakan tadi, mahupun keinginan kamu menambah saya sebagai rakan facebook kamu. Lebih bersifat perasaan gembira, dan api yang datang tidak pasal-pasal itu membuatkan lukisan ini kelihatan kejam. Saya sendiri kurang tangkap apa yang pemikiran saya telah hasilkan. Saya sarankan kita sama-sama melihat sahaja lukisan yang awesome ini. Kita rungkai pemikiran si pelukis.
[Bagi saya, karya ini sedikit mengganggu dan pelik]
Untuk tajuk kali ini, soalan pembayangnya ialah: Peralatan makmal apa yang paling hip-hop?
P/S:: Ye la..Mohd Khamarulisme, kalau lagi 5minit tiada sesiapa yang add saya akaun itu akan saya lupuskan.
14 comments:
-
Bila nak bercerai? <------- ayat mcm gampang....
wish la best2 sket utk kitorg,ape la.. hehe! btw,hepy wedding to us.. ;p
-
berkahwin seperi mencampakkan diri ke dalam api? api apa? api-sang nafsu? hehe. semuga berkekalan budin. insyaAllah
-
hoho..ni 3 in 1. promote karya wassup, bercerita status terkini & menyuruh org add muka buku.
tahniah budin tahniah!
*eh,syud pnggil otak bukan?* :D
-
berkarya kembali setelah
lama menyepi..
*tahniah puan shikin kerana berjaya disatukan dengan encik ini.semoga berkekalan hendaknya.. =)
-
gua nk ckp..
lu mmg otaiii..
gua jemput skali lu dtg kenduri kat blog gua..Western food.FOLLOW baca doa skali pun xpa..bg berkat..
-
bokbon: Amin.....(makbullah doa kau!)
John Hafiz: kan dah kena leter dgn bini aku..aku tak tanggung. hehe!
Shikin: terima kasih tolong uruskan si john hafiz. hepy belated wedding to us too..jumpa kat sebelah nanti ye? heh!
axe: hang jangan macam2 axe. tang semoga berkekalan tuh aku sgt sependapat. thank dude
s.c.h.u.l.t: bab penulisan kamu dan kaji. bab lukisan kamu belum kaji lagi..jadi sila lah ye?
btw, thank ucap tahniah. tapi tahniah utk apakah? hehe!
dillary: Hello too..vector saya kurang praktik, maka anggap saja saya tak tahu. tapi penakulan mantik saya mmg no. 1.
cuak:tahniah utk bini aku saja ka? tahniah utk aku bila nak bagi? mana2? huh!
shikin: lagi sekali, anda menjadi tukang jawab. terima kasih pun kena kasi sekali lagi.
FrdausAmad: baiklah...lepas isya' nnt saya dtg. saing dgn imam.
Jgn lupa sambut. Kami terjun dari tingkat 5 tau, jaga2.
-
John Hafiz : 18 julai ni. jemput la dtg bt. pahat. bleh tgk org memahat batu disana.
-
adoi.. memula kawin aku kat kapal..
pastu minggu depan kawin hr sabtu di batu pahat pulak tu... aku di kuala terengganu.. ahad ada klass..
dem.. aku sanggup dtg kalau ada flight dr kuala terenganu pergi blk batu pahat supaya aku boleh blk sabtu mlm itu juga..
minggu test pulak tu... dem sekali lagi.. aku kirim hadiah je la ye..
-
Haq: aduhai..salah setting lagi. so, sorry bro, aku mmg ikut saja tarikh pilihan keluarga ni. kalau kau mmg tak mampu aku faham. lagipun macam menyusahkan saja.
bab hadiah tu aku suka dengar..heheh!
sikit lagi jadi bapa la..