Orang Rumah


Title : Orang Rumah
Medium : Photoshop
Technique : Gesek-gesek mouse, tiba-tiba…KaaaBoom!


Kalau nanti dah berbini, dengan kawan-kawan lelaki, kita bahasakan bini kita sebangai ‘Orang rumah’. Pernah kita (lelaki) terfikir, apa pula gelaran pada si suami apabila para bini bersembang sesama sendiri?

Jika bini menjadi rumah, dan perkahwinan digelar ‘Rumah tangga’. Saya teka, para suami patut digelar ‘Orang tangga’.

Adil, kerana perkahwinan perlukan pengorbanan. Dan lelaki berkorban untuk dipijak-pijak.

*****************************************************************

Air dalam paip semua tersejat. Saya bersiap ke pejabat. Pagi itu sangat dingin.

Air dalam tangki jamban duduk, saya ceduk. Saya celup dua jari, calit hujung mata.
Air dalam tangki jamban duduk, saya ceduk. Saya gosok gigi, kumuh secukup rasa.

Pagi itu sangat dingin. Saya bersiap ke pejabat. Air dalam paip semua tersejat.





P/S:: Sepatutnya saya lukis sekali orang lelaki berkepala tangga disebelah gambar sediaada. Namun, saya agak ianya kurang menarik.

10 comments:

  1. ali aiman said...:

    "orang tangga aku salu balik lambat.korang rase asal eh?"
    -joyah gigi senget

    =P

  1. Anonymous said...:

    Kool. memang kreatif . Kau makan apa yek sampai jadi kreatif cam ni.

    idea dah cukup menarik dah,
    cuma tak cukup smooth je..
    aku paham, direct guna mouse..

  1. Eve Hawa said...:

    gune maus je...ah! tipu lah! :D

  1. bayang said...:

    sungguh evokatif.

  1. Anonymous said...:

    tangga ada mcm2 fesyen.

    dlm byk2 tangga.tangga apa x boleh pijak?

    sekali sekala mahu tinggalkan komen juga.heh heh.

  1. joabdullah said...:

    kalo tade tangga nk letak org pe?.hahahha

  1. saodah said...:

    makcik yg slalu borak kuat kat kedai kakak saye panggey hasben die -jantan aku-

    ade jugak panggey hasben die,
    -org rumah-
    sbb hasben die takerja.n duk umah.n tbe2 ade gf. huh~

    jiran saye panggil hasben die -org tue-

    kawan kakak saye panggil hasben die-suamiku-

  1. Opps...
    Bukan Orang Tangga je berkorban ek...
    Orang Rumah pun tak kurang....
    kihkihkih....

  1. tokalisuper: mesti dia dah jumpa rumah baru kot..haha!

    adiospunk: saya makan kacang pintar dan buah tin. heh!
    mouse mmg suke lari, susah nak kawal.

    weewit: ye la, takkan guna cat plak? ahah!

    dewajiwa: terima kasih.

    whammy: tinggalkan komen berkali-kali lah..lama tak jumpa.
    jawapannya..TANGGACHI!

    joabdullah: orang batang (translasi dari stickman)

    sabrinakuruslah: wow! thank. nnt saya nasihatkan bakal isteri saya panggil saya si kacak. heh!

    romibaidurizahar: ye la...terima kasih orang2 rumah sekalian.

  1. Zana Tingtong said...:

    sian umah tu.
    napa lukis dia gemuk ?
    :))