Kehidupan adalah sekotak kematian



Title : Kehidupan adalah sekotak kematian
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : hasilkan bunyi "KRAKK!" dengan jemari
-
-
-
Entah lah, mungkin saya sudah amat kurang masa. Kurang waktu, bukan masa depan.
Dalam kotak pemikiran ini dah beratur benda nak dilukis, tapi semuanya hanya mampu makan hari berulamkan masa sahaja. Lebih bikin panas, bila kelakuan aib diri sendiri dibenarkan dirakam dan di pertontonkan. Apa ke terencat mereka ini. Itulah tarian sampan, mutasi dari tarian samba ye adik-adik. Jaga tiru aksi itu dirumah, jika ada maruah.
-
-
-
Kalau kalian perasan mamat yang tergelek-gelek yang agak lucah tadi, dia adalah pengetuk deram bagi kugiran Infinite Delay. Kelakuan tidak bermoral beliau itu, adalah kesan sampingan apabila saya tidak mahu buat design baju kugiran beliau. Akibat tidak mahu kawan saya jadi cacat, maka saya buatkan juga.
-
-
-
Jadi adik-adik, dapatkan baju kugiran ini bila keluar nanti. Ada ura-ura dalam perahu mengatakan, ianya akan mula dijual pada 26 haribulan ini, di gig menyambut Conquest For Death (kugiran USA) bertempat di dewan MCPA. Warna baju dan design mungkin berubah.
-
-
-
Selain design itu awesome, kugiran Infinite Delay juga adalah kugiran permainan laju bercorak abstrak yang tersendiri, dan tidak akan mampu ditandingi mana-mana kugiran lain, termasuk HUJAN. Kecuali perangai pemain derumnya yang kurang sopan dan agak terencat peringkat ke-3.
-
-
-
P/S:: .....................................................huuhu! takde P/S, anda tertipu........................huhu!

5 comments:

  1. mynncinonet said...:

    jantina si mati sukar dikenalpasti.. ototnya diibaratkan stonecold tapi dadanya ibarat Lolo yang mati sesak nafas. kesian kan??

  1. enchektua said...:

    yo dude!

    iklan sepam

    HAPPY LITTLE CREATURES RELEASE PARTY
    26.10.2008 ahad, tiket rm15 JERRR
    Venue : MCPA, KL
    Bands: banyak gak, dari amerika letup2 pun ada
    check out:
    www.thirdarmrecords.com atau
    myspace.com/thirdarmrecords

    3ARMCD17-HAPPY LITTLE CREATURES COMPILATION
    8 bands, 2 songs each. A Compilation.Lord Sunny Day, Devilica, Blood On Wedding Dress, Infinite Delay, Daighila, Foliage, Nazark and Akta Angkasa!

  1. KHAB said...:

    beb.. camne design TOTT?

  1. Anonymous said...:

    cute gile video tu terutama bila si kurus (otakkapasitirendah) menari, hehe! lenggokkan maut tu..

    terigt kisah kat paper psl pemuda yg tgn kena tetak...mesti lebih kurg dgn gmbar tu...

  1. .khairi. said...:

    malang sekali,setelah setengan jam mencari saiz s untuk design ini, tak jumpa2 juga..terpaksa lah aku merembat design yang lain di meja 3rd arm (MCPA) tempoh hari..

    p.s:yang foliage punya mana?bila nak keluar?