Jangan call, Saya Engaged





Title : Cinta separa bersatu, dan aku adalah telefon bimbit yang kehabisan kuasa
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : kolarburit (apasal bunyi mcm mencarut?) bersama enchik ledisodre. Terima kasih paling istimewa buat beliau



Ya, mungkin, kita berbeza, dan ya, kita berselisih faham setiap masa, dan ya, ada masanya aku tak sanggup memandang matamu, tiap kelipnya adalah prasangka. Dan ada saatnya aku tak sanggup lagi mencerna kata-kata dari kita yang curiga.

Menilai tiap apa kurangnya kita, sedangkan manusia akhilnya tak akan sempurna,Tapi kau perlu tahu, kekasih, aku lebih tak sanggup hening hari-hariku tanpa mendengar suaramu, dan aku lebih bangsatkan saat-saat yang tanpa kita berdua. Sedang pertengkaran antara kita, adalah melodi jika aku bersendiri. Seribu waktuku tak akan sunyi, jikalau kau sentiasa disisi,

kanan atau kiri.

Dan kau juga perlu tahu, bahawa setiap perbezaan antara kita itu adalah kuasa yang mengikat hati kita bersama; kekurangan kita bagai nota-nota orkestra, yang bercantum menjadi irama bahagia. Maka kau perlu percaya, kekasih, bila aku katakan, aku ingin memilikimu,

Memilikimu, dan kekuranganmu. Setiap inci darinya.

Sah, dan ya. Aku bekata, tanpa syak wasangka.


(~ ledisodre + otakkapasitirendah)




Kau sebagai platlet darah,
Yang mengalir kedalam tubuhku,
Nadiku adalah suaramu,
Yang membuat darah itu,
Mengisi setiap ruang anggota
Kehadiranmu adalah jantungku,
Yang menafikan kematianku,
Kau yang membuatkan aku terus hidup,
Untuk mencintaimu terus,
Dan kau mengizinkan ia.

(~ otakkapasitirendah a.k.a Maiden & Khamarul)



P/S:: Hari ini saya ialah sebuah telefon bimbit, yang sudah tiba masanya kehabisan kuasa bateri. Maka, hari ini 25hb Oktober 2008, jika sesiapa cuba menghubungi saya, kamu tak akan berjaya. Kerana “Hari ini saya ENGAGED”.

18 comments:

  1. Fareenz said...:

    err...u r getting engaged??

    today??

    tahniah!!!

    kut?:)

  1. tahniah pada kamu juga!

    kerana dapat rungkai


    thank fareenz

  1. Anonymous said...:

    tahniah..gembira medengarnya

  1. Johari Rahmad said...:

    congrats buden! semoga kekal bahagia ke anak cucu

  1. tangan kotor said...:

    tahniah bro.

    takde buat parti bujang ke?

  1. Budak Kampung said...:
    This comment has been removed by the author.
  1. Anonymous said...:

    congrat bro...

  1. Anonymous said...:

    tahniah...
    smoga dpt anak yang comel!!

    wajarkah ucapan ini???

  1. terima kasih pada anda semua yang sudi amik tahu dan lemparkan ucapan-ucapan tahniah. terima kasih ini bukan satu, tapi sejuta didarab dengan sejuta lagi, jumlahnya kiralah sendiri.

  1. Anonymous said...:

    tahniah din & sikin! semuga berjalan lancar. tapi, kalo xleh call, sms, ym bulehkah? atau fb sahaja?

  1. M H said...:

    selamat bertunang.
    tahniah!

  1. Anonymous said...:

    thanx my dear! so sweet..

    tahniah di atas pertunangan saya dan KAMU..hehe!

    amin kepada yang berdoa untuk kebahagian kami berdua.. :0

  1. muntah hijau: terima kasih, kamu bila lagi?

    shikin: welkam, sesuatu yang sweet hanya untuk org yang sweet juga. kamu layak terima, kerana berani ambil risiko memilih saya. tahniah kepada kamu juga kerana bertunang dengan saya.

  1. zubyeorama said...:

    *menangis* sweet sgt! haih.
    congrats maiden.

  1. Anonymous said...:

    syg mmg berani amik risiko pun klu betul2 saya mau..haha!

  1. Anonymous said...:

    woi kam!
    ko da engaged ke?
    congrats!!!
    congrats to kak syikin too..=D

    sombong pya org tada bgtau
    bla la lu

  1. Anonymous said...:

    woi kam!
    ko da engaged ke?
    congrats!!!
    congrats to kak syikin too..=D

    sombong pya org tada bgtau
    bla la lu

  1. Anonymous said...:

    sesungguhnye entry ini adalah yg terbaik and the sweetest penah aku bace. cretip la lu dude!!! jeles jeles dgn tunangan mu sebab dpt entry mcm nih.. huhu btw, congrats korang!cant wait for entry kawin pulak :P