6

Bila Bijan nak naik roti






Title : Bila Bijan nak naik roti
Medium : rough paper + Pen + photoshop
Technique : Tarik clutch, Cungit gear, ZuuuuuPpp!


Aku dah naik bisul mata, selak sini, selak sana. Orang sekarang pakat mengata merata. Macam dah lumrah, semua orang salah. Sumpah! Ludah nanah! Muntah melamine ke tanah! Yang nak turun orang tak nangis, yang nak naik tak habis-habis tabur najis. Yang si Bijan nak pukul si Hal, sebab si Hal dah tak tau nak beza mana yang halal.

Garu lutut ingatkan gatal, rupanya pijat lompat bantal. Raba sini, raba sana, cari nadi tak jumpa. Tekan tengkuk barat daya, cuba kira denyut tuanya, sudah hampir hilang sisa remajanya. Tapi masih belum jatuh citarasa, mahu semua luar Negara. Pernah sekali cuba yang Mongolia. Cerita lama, dah bercampur tipu dengan rahsia.

Pagi bangun berdiri, ingatkan dah jadi menteri kepada menteri, rupanya kat situ lagi. Raba nadi, rasa denyutan terkini, manatau ada feel luar biasa, macam dah tiba masa capai cita-cita. Tangan dok melambai kot depan, merah-merah macam setan. Mesti get ready, baru nampak steady.

Dulu suka main meriam, sekarang dah kena pegang uang. Ape jadah kau bagi pinjam duit aku, dia dan kami kat kompeni yang menjunam? Banyak cantik kau punya kurap? Kalau bankrup, baru nak menjawab tergagap-gagap.

Alahai si Bijan, bibir merah jambu nak jamin masa depan. Yang takde kena-mengena tak payah risau, jangan harap dia nak hirau. Dapat isteri si gila nama, muka macam coli pasar malam, mana ada hati bijan nak palam. Dapat pangkat, dapat darjat, dapat syahwat, rembat sampai penat. Tunggu saja masa, semua yang kau mahu ada depan mata. Yang salah jadi rahsia, yang tipu jadi berita.

Jangan letak bijan atas roti, intinya dah cukup basi. Aku mual makan hati, bagi janji berkati-kati, sampai hati. Kalau dah menteri semuanya kurap, ada tangan tapi makan bersuap. Cikgu agama pernah kata, “belajar memberi bukan menerima”. Kalau kau dah tahu memberi, baru kami fikir nak terima.
Itupun jika kami tak lupa.

17

Jangan call, Saya Engaged





Title : Cinta separa bersatu, dan aku adalah telefon bimbit yang kehabisan kuasa
Medium : Paper, pen, and photoshop
Technique : kolarburit (apasal bunyi mcm mencarut?) bersama enchik ledisodre. Terima kasih paling istimewa buat beliau



Ya, mungkin, kita berbeza, dan ya, kita berselisih faham setiap masa, dan ya, ada masanya aku tak sanggup memandang matamu, tiap kelipnya adalah prasangka. Dan ada saatnya aku tak sanggup lagi mencerna kata-kata dari kita yang curiga.

Menilai tiap apa kurangnya kita, sedangkan manusia akhilnya tak akan sempurna,Tapi kau perlu tahu, kekasih, aku lebih tak sanggup hening hari-hariku tanpa mendengar suaramu, dan aku lebih bangsatkan saat-saat yang tanpa kita berdua. Sedang pertengkaran antara kita, adalah melodi jika aku bersendiri. Seribu waktuku tak akan sunyi, jikalau kau sentiasa disisi,

kanan atau kiri.

Dan kau juga perlu tahu, bahawa setiap perbezaan antara kita itu adalah kuasa yang mengikat hati kita bersama; kekurangan kita bagai nota-nota orkestra, yang bercantum menjadi irama bahagia. Maka kau perlu percaya, kekasih, bila aku katakan, aku ingin memilikimu,

Memilikimu, dan kekuranganmu. Setiap inci darinya.

Sah, dan ya. Aku bekata, tanpa syak wasangka.


(~ ledisodre + otakkapasitirendah)




Kau sebagai platlet darah,
Yang mengalir kedalam tubuhku,
Nadiku adalah suaramu,
Yang membuat darah itu,
Mengisi setiap ruang anggota
Kehadiranmu adalah jantungku,
Yang menafikan kematianku,
Kau yang membuatkan aku terus hidup,
Untuk mencintaimu terus,
Dan kau mengizinkan ia.

(~ otakkapasitirendah a.k.a Maiden & Khamarul)



P/S:: Hari ini saya ialah sebuah telefon bimbit, yang sudah tiba masanya kehabisan kuasa bateri. Maka, hari ini 25hb Oktober 2008, jika sesiapa cuba menghubungi saya, kamu tak akan berjaya. Kerana “Hari ini saya ENGAGED”.

5

Kehidupan adalah sekotak kematian



Title : Kehidupan adalah sekotak kematian
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : hasilkan bunyi "KRAKK!" dengan jemari
-
-
-
Entah lah, mungkin saya sudah amat kurang masa. Kurang waktu, bukan masa depan.
Dalam kotak pemikiran ini dah beratur benda nak dilukis, tapi semuanya hanya mampu makan hari berulamkan masa sahaja. Lebih bikin panas, bila kelakuan aib diri sendiri dibenarkan dirakam dan di pertontonkan. Apa ke terencat mereka ini. Itulah tarian sampan, mutasi dari tarian samba ye adik-adik. Jaga tiru aksi itu dirumah, jika ada maruah.
-
-
-
Kalau kalian perasan mamat yang tergelek-gelek yang agak lucah tadi, dia adalah pengetuk deram bagi kugiran Infinite Delay. Kelakuan tidak bermoral beliau itu, adalah kesan sampingan apabila saya tidak mahu buat design baju kugiran beliau. Akibat tidak mahu kawan saya jadi cacat, maka saya buatkan juga.
-
-
-
Jadi adik-adik, dapatkan baju kugiran ini bila keluar nanti. Ada ura-ura dalam perahu mengatakan, ianya akan mula dijual pada 26 haribulan ini, di gig menyambut Conquest For Death (kugiran USA) bertempat di dewan MCPA. Warna baju dan design mungkin berubah.
-
-
-
Selain design itu awesome, kugiran Infinite Delay juga adalah kugiran permainan laju bercorak abstrak yang tersendiri, dan tidak akan mampu ditandingi mana-mana kugiran lain, termasuk HUJAN. Kecuali perangai pemain derumnya yang kurang sopan dan agak terencat peringkat ke-3.
-
-
-
P/S:: .....................................................huuhu! takde P/S, anda tertipu........................huhu!

8

Berak Disaster


Title : Berak Disaster
Medium : Paper, pen dan photoshop.
Technique : Mengingati laluan untuk pulang.

Jam kakiku tepat pukul 9. Ketika aku mula memandu, keadaan sudah gelap. Ini bermaksud pukul 9 malam, bukan pagi lagi. Tiba di sebuah simpang, aku lihat sebiji timun berlendir ditepi jalan, lalu aku kutip. Rupanya se-ekor gamat sesat, hanya ada se-ekor sahaja?, mana yang lain?. “Oowh..” aku baru sedar, ini la SEGAMAT.

Jam randikku tepat pukul 9.45. Keadaan diluar masih gelap, malam lagi agaknya. Aku ditahan sekatan jalan raya. Turun cermin, mati radio, aku tanya kenapa. “kamu dah fikir masak-masak ke nak teruskan pejalanan ni?” tanya berbalas tanya. “dah” jawabku ringkas, “yang ini je mentah” sambungku lagi sambil telunjuk tepat pada gamat kutipanku tadi. “Memang sini je mentah” balas beliau. “kalau nak keluar dari kawasan ni, kene fikir masak-masak dulu” kata beliau lagi. “Oowh..” aku baru sedar, ini la JEMENTAH.

Aku meneruskan perjalanan.

Jam talifon bimbitku menunjukkan angka 10.15. Setelah 1jam 15minit, keadaan masih lagi malam, belum pagi lagi. Dari cermin pandang belakang, aku lihat sebuah kereta peronda merapatiku. Tuan polis tadi cuba mengejar aku? Apa pula salahku? “berhenti, tinggalkan benda mentah tadi di jementah” suara dari kereta peronda tadi. “owh! Tidak, gamat mentah ini milikku” aku terus menekan pedal minyak serapat rambut mawi. Aku larikan diri. Polis yang ketinggalan terus bertempik “Tangkak dia, tangkak!” terlepas slanga kelantannya akibat tergocoh. “Oowh..” aku sedar lagi, ini TANGKAK rupanya.

Aksi kejar mengejar belarutan hingga ke lebuh raya tambah (PLUS) utara selatan.

Dengan bantuan trafik yang sendat, aku menyelit untuk menjauhkan diri. Tiba disuatu tempat, airnya agak keroh. Lalu aku menangguk di AIR yang KEROH, namun mereka masih mengejarku. Dihadapan sedikit, aku menyusuri ALOR kepunyaan GAJAH, tapi mereka masih perasan. Usahaku hampa.

Setelah 45minit mereka mengejarku. Salah seorang dari mereka cuba menyemburku menggunakan penyembur lada dari tingkap sisi. Akibat kebodohan beliau, dan bantuan angin lintang, semburan itu mengenai mata beliau sendiri. “PEDAS, PEDAS!” jerit mereka. Jam randik dan kakiku menunjukkan pukul 11.00. Malam masih lagi malam, “Oowh” aku baru sedar, kini aku di PEDAS.

Setibanya aku disebuah tempat, kelihatan sebiji senjata api ditepi jalan. Kereta polis sudah makin dekat. Dalam terdesak, aku menggapai senjata api tersebut, halakan kearah mereka, aku tarik picunya. “Cis! Aku ingat senapang, rupanya SENAWANG” aku kembali memecut, dari jauh kedengaran polis-polis tadi terkekeh-kekeh menahan tawa.

Akhirnya aku berjaya juga meloloskan diri. Terima kasih tak ternilai kepada anak kemaluan lelaki (Dickson). Kerana memberi aku sembunyi di ‘PORT’nya. Bantuannya tak ternilai hinggalah apabila aku sampai di NILAI.

Dari situ aku susur keluar ke lebuh raya menuju ke Klang. Sehinggalah aku terjumpa seorang Punker yang duduk seorang diri di bahu lebuh raya. Aku berhenti, aku tanya apa kes duduk situ sorang-sorang? Sambil meludah dia menjawab “Inikan SEPANG, mana boleh ada ramai-ramai punk”. Jawapannya aku terima, nasibnya sama seperti gamat tadi.

Tidak lama selepas itu, dari jauh kelihatan polis yang mengejarku tadi duduk diterpi jalan. Kereta bersiren merah kuning mereka tertonggeng didalam jurang. Aku turunkan cermin, mati radio. Bila sudah menghampiri mereka, aku mengata “Haa..tu la, orang DENGKi dan degIL macam korang ni, memang patut tersadai kat DENGKIL ni!” setelah mengucapkan padan muka, aku meninggalkan mereka terngaga.

Jam dipapan kenyataan digital lebuh raya, tepat menunjukkan pukul 11.30. Aku menguap ngantuk tanda masih malam. Susur keluarku seterusnya di USJ, aku menuju kebelakang. Harapku bila kebelakang, aku bakal jumpa konsonen yang sebelumnya, USI, USH…..hinggalah aku bakal tiba di USA, dimana tempat asalku. Tapi, tekaanku menyimpang. Aku terkandas dijalan yang dipenuhi matahari, dan akhirnya aku ditangkap oleh matahari berjawatan polis. Polis matahari itu kata “Kamu ditangkap, kerana tidak menggunakan jalan yang ditetapkan, ini SUNWAY bukan MANWAY”.

Waktu masih lagi malam, aku tidak tengok jam, tapi aku tahu waktu masih malam. Malam itu mata aku pejam, di mahkamah matahari. Yang mana hari-hari aku bakal mengkerekot, di MENTARI COURT.



P/S:: Gambar rajah dan cerita seribu peratus tidak punya kene dan mengena. Lukisan ialah versi kedua karya Tank Are Hard To Make ‘U’ Turn. Tajuk sekundernya pula, Berak Disaster akibat banyak makan ketupat.