Protect Your Nuts



Title : Protect Your Nuts
Medium : paper + pen + photoshop
Technique : Menjamin masa depan.


Ketenangan suatu senja terganggu oleh bunyi kuakan pintu di sebuah bar tertutup.

Seorang brader melangkah masuk, matanya meliar kesegenap sudut. Dendangan lagu Don’t cry slanga terengganu dari sebuah live band di satu sudut, melekakan pengunjung-pengunjung yang tidak seberapa kuantitinya. Seorang makcik sendat dan terlebih alcohol, menari gelek depan vokalis band terbabit. Sepontan vokalis mengalun lirik “Don’t you cry tonight, Ah! Ah!”, diulangnya beberapa kali gaya lagu Rindu-Amelina. Dalam hati brader tadi terdetik “Wow! Crowd puller, real entertainer!“. Dia terus ke bar lalu memesan soda.

Ketika enak menghirup soda dari bibir gelas jenama Carlsberg, mata brader tadi tertangkap sesuatu yang menarik minat beliau. “Benda apa tu saudara?” Tanya beliau pada penbancuh air. Pembancuh air membalas pandang, diangkat sedidkit kening tanda mahukan lebih penjelasan. Brader tadi memuncungkan bibirnya kearah sebuah balang yang mengandungi cahaya seakan petir. “Owh! Itu balang petir.“ jawabnya ringkas.
Keciknya petir? Macam mana dapat?“ balas si brader bagaikan tertarik akan keunikan se-balang petir kecil itu.

“Saudara, dekat belakang ada seekor jin. Dia offer siapa-siapa pun satu hajat. Dan buat pengetahuan saudara, balang petir tu saiznya 12 inci.“ jelas pembancuh air. Dan sepantas kilat brader tadi menuju ke belakang.

Dibelakang, brader tadi bertemu dengan jin tersebut. Setelah jin itu menerangkan syarat seperti dalam mana-mana cerita jin yang biasa, lalu brader terbabit pun melafaskan niatnya. “Aku mahu One Million Buck!“. Kerana pernah belajar tentang nilai matawang, si brader dengan berlagaknya menggunakan matawang US dollar dengan slanga seperti dalam TV. Tidak lama selepas itu, muncul satu juta itik berduyun-duyun kearah si brader. Si brader yang ketakutan, berlari masuk ke dalam dan bertemu si pembancuh air.

Dengan marah si brader itu menyoal si pembancuh “Apa ni? Aku mintak One Million Buck, dia bagi aku one million duck! Apa punya jin ni? “

Sambil tersengih encik pembancuh air menjawab:

“So, sekarang saya rasa saudara tahu la, macam mana saya boleh dapat Balang Petir 12 inci ni “




P/S :: Sila fikir bukan-bukan.

8 comments:

  1. sHiKiN said...:

    ishh, asyik lambat pick up je orang ni. mungkin sebab tadi tengah2 mamai terus baca kan. haha. serius best, bahan bacaan yg menarik untuk hari rehat.. i like! hehe!

  1. Nurulbadiah Lai said...:

    HUHU..
    sy tidak fikir bukan-bukan..sgt tidak fikir..haih

  1. said...:

    What the frick, man? Hahaha. Lama betul hibernasi ye saudara.

  1. Anonymous said...:

    ohhhh.terengganu kan?
    ptt la BALANG PETIR.

  1. Mr. Pertikai said...:

    tak pahamla bro?
    aku dh abes pkir bukan2 dah ni

  1. kong said...:

    batang pelir 12"...

  1. NeemoNeemo™ said...:

    Tak tercapai dek akal.


    Nice sketch. Love it so much =)

  1. JuwitaSyafique said...:

    kapasiti anda sangat tinggi sebenarnya.

    saya mahu kongsi dengan kawan2 ye. minta izin dahulu :)