Istimewa untuk kamu (Jari menunding pada isteri ku)


Title : Istimewa untuk kamu (Jari menunding pada isteri ku)
Medium : Paper + Pen + Photoshop
Technique : Mengalih pandang


Kekasih,


Sudah 26 kali,
Dunia menyambut hari,
Terciptanya bidadari,
Kepada bidadari.
Kerana,
Tiada pernah ku pinta lebih,
Tetapi kau sentiasa memberi,

Kekasih,

Aku bagaikan pohon,
Yang terlanjang,
Dimamah luruh,
Dan engkau,
Adalah mentari pertama,
Yang terbit,
Pada musim bunga.

Kekasih,

Sebarang luah rasa,
Dengan kata-kata,
Tidak akan masuk akal,
Kerana tiada kata yang cukup,
Membayangkan sifatmu.
Kekasihku,
Isteriku,
Dan,
Bakal ibu kepada anakku,
Selamat Hari Lahir Sayang.

P/S :: Owh! baby dalam perut pun wish juga, dia cakap Dub!..Dub!..Dub!.Dub!, masa pekup telinga dekat perut sayang tadi.

9 comments:

  1. Anonymous said...:

    aku dah bace 15 kali.

  1. dean said...:

    sifu maidin,

    saya mahu menuntut ilmu jadi kekasih dan suami yang hebat seperti kamu!

  1. betty said...:

    yay! tahniah kepada baby ;)

  1. sHiKiN said...:

    entah untuk berape kali saya cakap thanx kepada kamu..thanx sekali lagi..hehe..kiut gile lukisan tu..baby pun suka jugak..tiap kali tgok entry ni mesti dia tendang perut..hehe..;)

  1. naji said...:

    love it:)

  1. rionix said...:

    haha.. ade ke org ikat reben kt perut bini?