Ini cerita tentang aku bercerita aku menulis cerita "Aku sebiji dompet"

Title : Cerita tentang bercerita menulis cerita "Aku sebiji dompet"
Medium : Office rough paper, pen and photoshop
Technique : draw + scan + edit + brush + colour + cut + photoshop


Aku telah di TAG!

Dia tag aku…budak perempuan yang jantinanya diragui kerana separa punk!
Dia mahu tahu isi kandungan dompet aku, dasar perempuan meterialistik?


~Aku sebiji dompet~


Aku adalah sebiji dompet, dan tubuh gebuku ini diperbuat dari 100% kulit lembu yang begitu asli sekali. Tarikh lahirku tidak pernah aku ketahui, kerana ibuku sebuah mesin yang sangat gigih dan sibuk melahirkan anak-anaknya , hingga mendorong ibu kurang berbicara . Kami seiras semuanya, dan sangat bernasib baik kerana dilahirkan dari keturunan yang terkenal. Terpana nama bapa kami disudut kiri badan, terukir indah diatas plat aluminium. SEED namanya.

(cerita seterusnya; Mereka semua dibawa menaiki lori, dan terserempak dengan ultraman sedang bergaduh dengan raksaksa berbibir besar semasa di dalam perjalanan, sebelum mereka diagih-agihkan dan dipamerkan dalam rak kaca. Tapi terlalu panjang, lalu cikgu suruh potong)

“Wow! Lawanye…” bisik gadis yang sangat manis sendirian. “Lawa? Aku kacak tau tak!” Bentak hati dompetku. Tiba-tiba, gadis manis itu bingkas beredar…”baru nak usha…dah bla….” Belum pun sempat habis bicaraku, tubuh gebuku diangkat, dan dalam sekelip mata aku telah terperosok didalam sebuah bilik gelap. Terkontang-kanting aku terlambung didalam ruang gelap dan sempit itu. Aku tidak sedarkan diri lalu pengsan.

“SURPRISE SAYANG!”

Ini kata-kata si gadis manis tadi sesaat sebelum aku terjaga dari pengsan, aku bingung!

“Apakah?”

Dalam pada kebingungan tadi, aku curi dengar perbualan antara sepasang kekasih itu. dari cakap-cakap mereka, aku mulai faham. Aku adalah hadiah hari jadi dari gadis yang sangat manis tadi kepada teman lelakinya. “wah! Beruntung benar teman lelakinya kerana dapat aku, percuma pulak tu” hati kecil dompet ini berkata lagi. Dari kesamaran aku nampak sosok tuan baru aku itu, “kacak juga, seswai ngan aku..” aku tersengih.

Bermulalah hidupku, sebiji dompet yang bertuankan si kacak!

Setahun berlalu. Aku semakin lunyai, pipi semakin kembung….kulit kusam, dan paling dasyat, terdedah dengan risiko jangkitan kulit. Tuan aku sangat sayangkan aku, itulah juga sebab kenapa dia nak simpan semua benda peribadinya padaku. aku juga tidak pernah lekang di bawa kemana-mana. Kurang mesra kata kamu? Aku hanya di pisahkan ½ inci sahaja dari punggung beliau, tak mesra lagi ke?

(Perenggan seterusnya juga terpaksa dipotong kerana dianggap lucah oleh cikgu. Terlalu banyak tulis “punggung”. Cerita berlanjutan lagi sehinggalah dompet itu telah di copet oleh penyeluk saku)

Di bawah sebuah jambatan, di tengah kotaraya. Terlihat sesusuk tubuh sedang mencangkung, dan tangannya sedang sibuk menyelongkar sesuatu.

“Hmm..RM500, Wow!” makan besarlah dia, kata hatinya gembira. Seronok benar lelaki bawah jejambat kotaraya tadi, tersengih hingga ke umbun-umbun kepala. Tidak sia-sia dia memilih mangsa yang kacak. Benar tela’ah beliau “Lelaki kacak dan perempuan cantik = banyak duit”. Sengihnya makin panjang.

Aku masih lagi buntu. Pening kepala terhayun kedepan dan belakang dengan laju tadi membuat aku pusing, perit badan 100% kulit lembu asliku. “kuat betul dia genggam, mesti berbekas teruk ni” rengus hatiku. Badan aku diraba-raba lagi, baru tadi dia ambil duit tuan aku dari ruang utama, “Apa yang dia nak lagi?” tanyaku seorang diri. Setahu aku, tiada benda lain lagi yang berharga di dalam ruang-runag diriku ini lagi?. Melainkan gambar tuanku (yang kacak) dan gambar kekasihnya si gadis yang sangat manis itu. Itulah ruang kegemaran beliau.Bingung.

Lelaki bawah jejambat tadi masih lagi dalam posisi mencangkung, sibuk benar dia membuat otopsi isi kandungan hasil buruannya tadi (AKU). Lagaknya tidak ubah seperti detektif cerita CSI yang selalu ku tonton bersama tuan kacakku. Di kakinya bertaburan 3 keping kad hutang yang masih lagi bertopok darah segar. Di lontarnya pula beberapa keping resit bertulisan jepun, kad bisnes dan sekeping kad tertera “passport entrance-Tokyo Disneyland”. “Sampah!” tempiak lelaki tadi, berterbangan pula kad keluarduit untuk 2 buah bank berbeza. Marah benar dia, kerana tidak disertakan nombor katakuncinya sekali. Dia selongkar lagi.

Aku lemah, habis setiap genap suduk empat segiku di raba. Rakus benar dia, terburai bermacam barang purba khazanah tuanku. Tuan aku itu memang “Antique keeper” yang bagus. lelaki bawah jejambat ini tak ubah seperti Indiana Jones yang mengkajigali khazanah, tapi kali ini khazanah tidak berharga. Aku sudah hampir kontang di kerjakan, yang tinggal hanya kad warganegara Malaya, kad insurans nyawa, gambar dan kad tertera kuasa mata kiri dan kanan tuan aku itu sahaja.(sangat kacak bila dia berkacamata).

“Takde benda dah lagi ni, buang je (Pak) lah!” Lelaki bawah jejambat membentak, sambil tangannya diangkat tinggi dan berhenti pada posisi melontar. Aku memejamkan mata, “Kesungailah Aku….!”. saat ini, otak dompetku ligat memaparkan satu persatu perjalanan hidup dari awal hingga saat ini, dan dari yang paling indah hinggalah yang paling menyampah, sungguh mengerikan. Inilah dia pengakhiran kisah “aku sebiji dompet”….tangannya kurasa mula menghayun kedepan. Riwayatku hampir tamat, selamat tinggal semua……………

Bila hati terasa gundah,
Aku pejamkan mata,
Aku leka,
aku lupa,
dan,
Aku redha……

BUAK!..........................................................................................................................Adoi!

Aku mendarat keras, pendaratanku tidak terasa basah air. Sakit. Fikirku, aku mendarat diatas batu-batu sungai. Sebaliknya bila aku buka mata…….”Tuan Kacak!” sepontan aku bertempiak. Aku lihat dia sedang menghampiri aku, dibelakangnya lelaki bawah jejambat kelihatan longlai dan lunyai. “Padan muka!, Syabas Heroku!” itu teriakku 5,4,3,2,1 saat sebelum kami saling berpelukan. Sangat mesra penuh sentuhan kasih kami curahkan, da…

(juga terpaksa dipotong. bukan kerana lucah dan dimarah guru, tapi penulis yang semakin malas mengarang)

Dari satu sudut bawah jejambat kotaraya itu, terlihat seorang kacak berambut menggerutu berpegangan sambil berpusing-pusing (dengan gembiranya) bersama sebiji dompet. Mereka seperti meraikan sesuatu. Sangat indah panoramanya. mesranya mereka, alangkah bagus jika dunia sentiasa segembira mereka.

“Tak ape, naik je..” aku membenarkan permintaan tuan aku untuk menunggang di belakangku. Dia memang begitu jika gembira pasti aku ditunggangnya (rujuk lukisan). Aku dipacu dalam keadaan penuh enjoy dan ceria. Kami meraikannya, bersatu semula setelah terpisah seketika. Walau sejenak terpisah kami sama-sama menderita. “Lompat lagi…ah! Happynya!” kami terkinja-kinja kegembiraan. Aku dipacu kesana dan kemari, dia tunggang belakangku dan dia tunggang lagi. Hingga balik kerumah pun dia masih menunggang aku (tiba-tiba menyampah pulak).

Inilah dia kisah aku sebiji dompet. Owh! Dan aku juga berkawan baik dengan sebiji tong sampah.

(tong sampah sengaja disebut untuk ambil hati cikgu, yang katanya ending haruslah “watak” itu dibuang kedalam tong sampah kerana tuannya sudah dapat pengganti yang baru dan metilah ber’mood’ sedih. Aku benci attitude habis madu sepah dibuang ini, tidak elok dijadikan rujukan. maka aku ingkar)

Cikgu : kenapa kamu tak buat ending sedih macam saya suruh? Mana tong sampah? Saya tak Nampak pun? (sambil memiat lemak perutku)

Aku : Saya PUNK cikgu, tong sampah ni sensitive sikit. (ini 2 saat sebelum aku terjerumus kebawah meja sekolah akibat di lempang).




P/s : Dila (peng-TAG), kau dah puas? Aku tak mungkin hasilkan entri tanpa lukisan. Tapi aku boleh hasilkan tulisan yang panjang ini khas buat kamu.
siapa-siapa tahu di mana boleh dapatkan lollipop yang sangat besar dan sangat sedap?




5 comments:

  1. Anna Shariff said...:

    sebiji dompet pun boleh jadi comel.
    :)

  1. Anonymous said...:

    hye si kacak...lawa wallet?sape kasi? =) syg betol dgn wallet 2 smpi cari bile kena curi..hehe..wlupun dah lunyai mesti ada sentimental value kan kat wallet 2 smpi xnk ending kat tong smpah?...story yg sgt detail hanya ttg sebiji 'wallet'...creative gile...neway,thanx coz still keep dat wallet... (^_^)

  1. dila raden said...:

    ohoy
    mekasih karena reply tag aku

    tapi ko main tipu

    tak aci

  1. Anonymous said...:

    nih citer real ke cobaan???
    tapi cam real jer...accept bab yg kcacak tuh...
    hahahaha

  1. F I Z A F E said...:

    gile betul tulisan ko
    kejap2 aku rasa nk gelak
    kejap2 nk nangis
    ke aku yg dah gile