9

Istimewa untuk kamu (Jari menunding pada isteri ku)


Title : Istimewa untuk kamu (Jari menunding pada isteri ku)
Medium : Paper + Pen + Photoshop
Technique : Mengalih pandang


Kekasih,


Sudah 26 kali,
Dunia menyambut hari,
Terciptanya bidadari,
Kepada bidadari.
Kerana,
Tiada pernah ku pinta lebih,
Tetapi kau sentiasa memberi,

Kekasih,

Aku bagaikan pohon,
Yang terlanjang,
Dimamah luruh,
Dan engkau,
Adalah mentari pertama,
Yang terbit,
Pada musim bunga.

Kekasih,

Sebarang luah rasa,
Dengan kata-kata,
Tidak akan masuk akal,
Kerana tiada kata yang cukup,
Membayangkan sifatmu.
Kekasihku,
Isteriku,
Dan,
Bakal ibu kepada anakku,
Selamat Hari Lahir Sayang.

P/S :: Owh! baby dalam perut pun wish juga, dia cakap Dub!..Dub!..Dub!.Dub!, masa pekup telinga dekat perut sayang tadi.